September 27, 2011

Kerja Macam Zulaikha

1 malam yang tenang, sambil membazirkan masa melayan fesbuk..

Teet.. Teet.. - SMS masuk

Mai skunk. Cepat2.. Tempat biasa..

Ayat perintah daripada member aku. Ajak minum kedai. Memang budaya kawan2 aku suka bagi ayat perintah, sebab kalu tanya, konpem tak boleh.

Teh panas 1, roti nan 1. Terpaksa order walaupun tak lapar. Kang kena halau dengan tauke kedai.

Member aku open story - Ni aku bukan nak prajudis kat sapa-sapa, tapi aku nak tanya hang skek.

Potong stim betoi. Tengah syok sembang-sembang leh wat suspens lak. Aku dengar perkataan 'prajudis' dah bley feel mesti nak tanya soklan-soklan killer ni..

Tanya soklan-soklan sal Usaha.. Cakap-cakap orang itu dan ini.. Kenapa India. Kenapa tinggal meninggal. Kenapa keluar 4 bulan.. Kenapa tak pangkah 1 bulan ja. Letih nak menimbang nii..

Wallaweii.... Malas betol nak jawab soklan-soklan camni.. Tak jawab kecik hati, bila jawab kita sakit hati. Macam-macam isu lain yang keluar. 

Pesan Amir Sab aku kat India dulu, mengkalu orang tanya pasal Usaha, first-first sekali sebelum jawab apa-apa, terus tawajuh dengan Allah. Sama ada dia tanya sebab nak tahu, atau saja nak uji kita. Jadi tawajuh pada Allah, minta ilham yang terbaik supaya dengan jawapan kita dapat jadi asbab hidayat untuk mereka.

Jadi, aku cakap apa yang amir sab aku pernah cakap..

Kerja agama ni macam kerja Zulaikha. Dulu wanita-wanita sibuk memburukkan Zulaikha sebagai perempuan jahat, kerana goda Nabi Yusuf as. Apa yang Zulaikha buat, dia tak jawab balik. Tapi dia kumpulkan wanita-wanita tadi dalam 1 majlis. Dan beri sebilah pisau dan sebiji epal, lalu dilalukan Yusuf as di hadapan mereka. Kesemua mereka telah terpotong jari-jari tangan mereka dalam keadaan tidak sedar kerana terlalu asyiknya dan takjubnya melihat kedahsatan kecantikan Yusuf as.

Baru mereka faham!!! Sebelum ni mereka tidak pernah melihat Yusuf as, dan terus menyalahkan Zulaikha. Sebaliknya apabila mereka lihat sendiri Yusuf as, mereka juga tergoda dan terpegun melihat Yusuf as.

Begitu juga usaha agama. Macam-macam orang cakap dan persoalkan tentang usaha agama. Jadi korang kena keluar sendiri 3 hari, 40 hari dan 4 bulan, buat 5 amal masjid. Apabila korang alami sendiri pengalaman2 ni, maka segala persoalan akan terjawab daripada pengalaman-pengalaman korang.

Aku sendiri pun tak faham dan tak pernah faham. Apa tah lagi nak fahamkan orang. Keluar sendiri, maka korang akan faham apa yang korang tak faham. Allah akan bagi kefahaman mengikut korban masing-masing.

Tapi 1 yang aku faham, ustaz aku pesan;

Orang yang buat usaha agama ni muka dia cantik seperti cantiknya wajah Yusuf as. Semua perempuan dan bidadari suka.. Heawww..

*Ps: Isteri-isteri solehah lak masuk syurga 500 tahun awal untuk makeup cun-cun dan jadi ketua bidadari. Cantik-cantik.. "Blink.. Blink.."


13 comments:

  1. patutlah muka tuan tampan bergaya.. (",)

    kata orang, bila buat usaha agama, carilah kebaikan dalam usaha ni, maka kamu akan jumpa kebaikan.. kalaupun kamu terlihat akan keburukan, itu tidak lain dan tidak bukan, adalah atas kelemahan orang yang mengikuti usaha ini.. dan bukannya keburukan usaha ini.. (",)

    jangan mencari2 keburukan, kerana ia akan merugikan..

    apa2 pun, saya lebih banyak kebaikan.. keburukan itu datang dari kelemahan manusia yg buat usaha ni, bukan dari usaha yg mulia ini..

    ReplyDelete
  2. nak jadi isteri solehah....nak blink blink tu...

    ReplyDelete
  3. tak faham jugak,buat2 faham..
    yang faham, hanya untuk faham.
    faham fahamkan je.
    tak faham...tak faham..

    betul ke wat usaha agama ,perempuan2 suka?heh
    tukar niat dah ni.

    ReplyDelete
  4. fuad ansari - kebaikan datang daripada Allah.. Keburukan datang drp kelemahan kita. Tp hakikatnya semua datang drp Allah.

    azharjaafar - kena keluar

    Norsha - Jaga semayang, taat suami. blink.. blink..

    Ismi Ijmi - kena keluar.

    Sorang budak p beli roti. Pastu tauke kedai bagi hadiah gula-gula free. Dy ambil gula-gula, bayar roti dan ambil roti balik rumah.

    Wat Usaha agama, kebaikan yg Allah bg kat dunia ni hadiah free mcam dapat gula-gula. Ganjaran sebenar untuk Usaha pasti akan dapat kt akhirat macam 'roti' yang dah dibeli, itu kita punya.

    Tamsilan lagi.. Adoi..

    ReplyDelete
  5. selagi tak buat, selagi tu tak paham..
    tapi klu dah buat pun kadang-kadang tak paham..
    sebab Allah belum bagi paham... (",)

    p/s: tuan izmer macam ada udang di sebalik batu nie.. heheh... (",)

    ReplyDelete
  6. nam - ramai yang buat-buat tak faham..

    ank_ayah - heaw..

    ReplyDelete
  7. Salam,apa khabar saudara/saudari,artikel yg menarik,saya jemput saudara supaya memberikan koementar/pandangan terhadap artikel yg di tulis oleh saya...harap memberikan komentar/pandangan yang tidak beremosi…hahahah

    ReplyDelete
  8. Saleem Wahab - baca sampy jemu..

    Anak Pendang Sekeluarga - Isu panas nih.. emo2..

    ~PENCHENTA~ - I Loike..

    ReplyDelete
  9. aku lg tak paham... Allah bg paham..

    ReplyDelete