October 12, 2011

Macam-macam Oktober

1 Oktober 2011

Aku bangun tidur awal dengan semangat waja. Hari ini hari pertama aku mula kerja. Pakai seluar dan baju yang telah diseterika malam tadi. Then sembur Versace Blue Jeans Perfume 2 x disebelah kiri dan kanan baju. Bersiap-sedia menghadapi awek-awek pejabat. Dan tidak dilupa kopiah putih made in India tersergam indah di atas kepala bak mahkota Raja Rom dan Parsi.

Pukul 7.30am aku sampy. Senyum kepada pak guard jaga lif di bawah. Aku tekan lif naik tingkat 9. Hari ini aku menjadi pekerja yang paling berwawasan tinggi, orang pertama sampy di office yang masih belum dibuka. Wah..

Ting.. Tingkat Tujuh.. - Suara secretary lif bersuara ayu.

Lif aku singgah di Tingkat 7.. Lif pun terbuka menanda orang akan masuk. Aik.. tak ada orang lak. Kejadahnya main-main lif pepagi buta ni. Besar-besar pun nak main tekan-tekan lif, pastu lari nyorok. Adui..

Tak lama, 2 orang brader sampy buka office. Sembang-sembang kenal dengan diorang sementara menunggu bos sampy. Then sampy lagi sorang amoi jaga counter. Terus amoi ni ngorat aku. Kenal-kenal dengan amoi.

Baru kerja ka ?? 

Yup.. Hari ini baru start kerja. 

Ooo.. Awal sampy.. 
U kalu sampy awal-awal, jangan naik dulu. Tunggu orang lain sampy naik sekali. 
Aritu sy sampy awal, naik lif sorang2. Tiba-tiba lif goyang. Pastu lif berhenti kat tingkat 7. Sy tak tekan Tingkat 7 pun, dy berhenti sendiri. Gila a.. Tingkat 7 mana ada orang. Pejabat kosong.

Brader 2 orang tadi menyampuk: Lif buka ada 'orang' masuk la tu. U yang tak nampak.

Amoi sambung story lagi: Kalu tak nampak tak pa. Jangan nampak.
Dulu David pagi2 dy paling awal sampy office, antar paper. Skunk dah tak brani naik, dy tinggal paper kat pak guard bawah ja. Mesti dy juga kena.

Uiks.. aku pun kena juga. Tapi aku tak bgtaw. Malas nak kecoh. Haha.. Sangka baik kat hantu. Makcik-makcik cuci yang tekan nak naik, tiba-tiba tak jadi terus turun.

Bukan tak percaya, tapi malas nak ambil kisah. Kalu ambil kisah menda2 camni, lama2 aku jadi penakut. Nak naik lif takut, p tandas takut, dok sorang takut, kelam (gelap) pun takut, takut.. Takut sedangkan tak pernah tengok pun. Aku pun tak minat dan tak tengok filem-filem tahyul mahyul seram-seram bodoh. Sebab aku tak maw jadi bodoh takut tak tentu pasal.

Bertaubatlah korang daripada suka tengok cerita hantu.. Pakejadahnya..

Sedikit kejutan tenaga bila dah kerja. Balik ja rasa letih walaupun tak letih. Sehingga dah malas nak update FB, Blog, baca paper. Dan lebih mujahadah untuk jaga 5 amal. Balik kerja time hari gasht. Kena terus turun masjid. Fuh.. orang lain balik kerja terus rehat, makan-makan. Tapi aku ada Over Time yang kena buat. InsyaAllah bayaran lumayan untuk sesiapa yang buat OT kat masjid daripada OT kat office.

Doa-doa mudah-mudahan Allah bagi kekuatan untuk aku istiqamah.

PS - Hari ni cuti, yeah... Nak g konvo Sabtu ni.
Sapa nak bagi bunga kat aku ?

8 comments:

  1. selamat bekerja untuk dunia n akhirat anda.. (",)..

    konvo kat mana??

    selamat berkonvo.. (n_n)

    ReplyDelete
  2. Dulu saya pernah shift dekat satu hospital in rural area.. There was this one on- call, at 10pm, saya pergi operation pakai tudung merah..

    Operation ended around 12am. Otw to my room, i bumped into a security guard. Dia tengok saya sangat2 macam takut.. Depan pintu sebelum masuk bilik saya tengok dia balik, dia tengok saya then tunduk, reciting something..

    Esok tu ada sorang doktor ni pakai tudung merah. Then nurses dok cerita dekat dia cerita turun temurun dekat hospital tu, pasal "hantu berjilbab merah".

    T_T

    *envy the health and strength you have.. pagi2 pergi kerja semangat, balik tu pergi gasht pulak..*

    ReplyDelete
  3. mmg agak letih balik2 keje pukul 5 terus nak gi gash.. kadang2 rasa, nak carik keje yg keje dari pagi sampai tghari je lah.. (",)

    kalau sampai awal pagi, singgah la tinggat 7.. mungkin depa nak berkawan kot.. (",)

    ReplyDelete
  4. selamat menempuh ujian di alam kedua sbgai karkun.. letak maksud di depan..

    ReplyDelete
  5. Selamat bekerja anak muda, kerja dgn tekun kerana Allah suka pada hamba2Nya yg apabila melakukan sesuatu, mereka bersungguh2 melaksanakannya...tapi paling penting, jgn lupa kerja agama, sampai bila2...

    ReplyDelete
  6. da jd orang awam skang.. makin mencabar.. x lame lg.. da kawin lg mencabar.. ceit ckp mcm da tempuh alam2 nh..ha3.. gudluck bro

    ReplyDelete
  7. نور توفيقة ادريس - Akibat suka dengar crita hantu. Tengok orang pun nampak hantu. Haha..

    fuad ansari - Haha.. gua memang kamcing ngan geng2 tingkat 7..

    azharjaafar - alam ke-3 pasti lebih mencabar.. Huu..

    Norsha - Mekasey.. Selamat2.. InsyaAllah.. Ingat sampy mati. :)

    Hidayatullah - Yeah.. sama2 kita tempuhi..

    ReplyDelete