November 27, 2010

Obsessive Compulsive Disorder (OCD)


Selalu bila kuar jalan-jalan supermarket dan sewaktu dengannya, time tu la rase nak pegi tandas buang air. Ai... sedih betoi. Lalu sibuk mencari lambang manusia lelaki dan perempuan berwarna biru. Alhamdulillah. tandas awam skunk dah makin bersih dan wangi. Tapi sesetengah orang termasuk aku akan mengalami simtom-simtom terlalu teliti dan waspada tentang kebersihan. Bagaimana tu?


Aku akan mencari tandas yang cangkung, dan terasa sangat sedey apabila tandas cangkung selalunya penuh dengan manusia, yang available selalunya dan yang pastinya tandas duduk. Oh... Mungkin ramai yang sependapat dengan aku, bahawa tandas duduk sukar dipastikan kebersihannya, atau mungkin juga tandas cangkung lebih selesa untuk membuang? Tepuk dada tanya perut.

Jadi hasilnya, aku sangat pasti bukan aku saja yang membuat perkara ini, iaitu aku akan menggunakan tisu yang disediakan, lalu melapik alas duduk tebal-tebal, sebelum aku duduk. Supaya aku tidak was-was dengan alas tempat duduk tersebut. hahahaha.... Dah macam sofa lak rasanya.

Dan apabila hendak memegang hos atau flush, korang akan basuhkan dulu tempat-tempat tu sebelum pegang atau pun melapik dengan tisu supaya jari tak tersentuh hos atau flush dengan tangan  korang yang suci. termasuk aku juga. aduh, susah nya pabila menggunakan tandas awam.

Setelah selesai assignment, aku dan korang akan basuh tangan dengan sabun berulang-ulang-ulang kali untuk pastikan tangan bersih, suci tanpa was-was serta berbau harum. Kemudian ambil sedikit air dan lalukan air pada tombol pili sebelum korang pegang tombol tu, takut-takut ada kotoran melekat yang ditinggalkan oleh orang terdahulu pada tombol tersebut.

Dan setelah selesai, akan cari tisu dan gunakan 2,3,4,5,6, ... helai tisu untuk pastikan tangan betul-betul kering. Pastu bila nak keluar tandas, korang akan tolak atau tarik pintu tandas bukan pada pemegang pintu, tapi cari tempat-tempat pada pintu yang orang jarang sentuh, termasuklah menggunakan kaki takutkan tangan korang menjadi kotor apabila memegang pemegang pintu yang telah dipegang oleh jutaan manusia pengguna tandas sekalian.

Ketahuilah aku dan anda bahawa kita adalah OCD. Obsessive Compulsive Disorder. huhu...

Ramai yang tak sedar bahawa mereka menghidapi penyakit OCD yang teruk, iaitu korang akan mengamalkan apa yang aku tulis di atas, dan banyak lagi aktiviti-aktiviti tidak berfaedah di atas. Tetapi kebanyakan orang akan mengidap OCD yang minor. Biasa-biasa ja yang dibuat kebanyakan orang.

Antara contoh lain adalah korang akan semak dan baca assignment dan homework skolah dan universiti yang dibuat berulang kali untuk memastikan tidak berlaku kesilapan titik, grammar, spelling, bla bla... atau akan baca buku teks dari kulit ke kulit (kulit depan sampai kulit belakang) tanpa tertinggal satu perkataan pun. Dan study sampai korang betul-betul faham sesuatu teori, soalan tanpa membuat andaian sendiri. Dan bila buat sesuatu assignment, pastikan setiap garis, paragraph, tulisan, tersusun rapi dan seimbang tanpa senget dan cacat, sampy sedap mata memandang.

Bila dalam kereta pula, berasa sangat stress bila ada bunyi-bunyi pelik yang tidak tahu dimana puncanya. Dan sedaya upaya akan mencari punca dimanakah bunyi tersebut walaupun sedikit, dan sedaya upaya akan repair dan modified sampy bunyi-bunyi kecil itu hilang. Dan pastinya kereta korang mesti dalam keadaan sangat bersih, tidak banyak ranggi-rangi dan aksesori-aksesori yang semak macam hutan amazon, tingkap bersih daripada minyak dan cap jari. bla bla bla...

Dah, dah banyak contoh aku bagi. dan korang mesti tahu korang pengidap OCD yang berat atau tak. Dan aku sendiri pengidap OCD yang berat, tapi tak sampy tahap kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke dalam ICU. hahaha... seronok bila tengok manusia-manusia yang OCD termasuk sorang lecturer aku. yang apabila masuk ja klaz, dy akan buat bebarapa garisan pada white board untuk dibahagikan kepada beberapa bahagian, dan akan ambil masa beberapa minit untuk garis dan padam sampy semua garisan dan bahagian sama saiz dan lurus. aduh... Geng-geng OCD kritikal.

Lagi sorang lecturer aku pun sama, dy akan berhenti bercakap dengan tiba-tiba sambil membuat muka stress apabila bercakap menggunakan grammar yang salah.

Orang OCD akan buat kerja smpy perfect, cantik, kemas dan faham apa yg dyorang buat, tanpa sesuka hati copy paste tapi tak faham apa-apa.

Jadi, adakah anda OCD?


# Ni semata-mata tulisan aku tanpa merujuk mana-mana buku dan guru. Jadi untuk lebih input, bley search google, OCD. 




5 comments:

  1. Assalamualaikum w.b.t,
    hmm menarik..kdg2 org xfham n kata, penghidap OCD ni sbg cerewet n pelik...ooo ramai jg geng yg sekapal..cth lain, if nk makan@minum@masak, akn basuh semula dulu semua peralatan yg nk digunakan...kdg tgk org selamba je guna peralatan yg dh terdedah..bakteria kan di mana2..

    tp bila dh nikah nnt, pandai2la ejas tahap OCD kita ni, unless dpt pasangan yg kuat ikram [mcm hincik zauj sy].. :)

    ReplyDelete
  2. OCD bagus. Tp OCD yang teruk sangat2 menyusahkan. Kena belajar control mengikut keadaan. Terutama bila dah kawin. Yes!

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.saya pon ada penyakit ni.tapi agak sedih bila ada yang xpaham dan tuduh kita bukan2.saya tak minta jdi macam ni dan OCD ni dah bagi kesan pada kehidupan seharian.paling2 sedih bila family sendiri buat kita macam tu.hard to stay....

    ReplyDelete