July 29, 2010

Kisah Brader Sudanese

27 July 2010, Monday Malam
15 Syaaban 1431H


Crita sambutan nisfu syaaban dengan azam baru... untuk extra josh & less slek... huahua....  dengan azam baru dan josh terus buat ziarah member-member foreign di Uniten. Yang best ziarah rumah pak abang arab nih, konpem kena baling dengan pinggan mangkuk roti arab dan salad. kali ni g serang rumah brader Sudanese. beriya-iya nak bagi kitorang makan spesel, roti pita/arab + salad (tomato + timun + minyak zaitun tanpa was2 + ?????) + telur dadar + nasi lemak (konon nak ikram) + jus oren. antara tetamu VVIP yang hadir: aku, mutakallim-ummat, dan Khairuldin, masuk dengan penuh bersemangat dek perut yang lapar. Alhamdulillah...


Gambar di atas adalah rupa 'Special Vegetarian Salad' dengan tomato dan timun bersama 11 herba rahsia resepi Sudanese yang dimakan bersama roti pita (bukan sejenis cacing) dan rasa yang memang umph dan mantap (tapi tidak bagi mutakallim-ummat kerana menghidap penyakit elergic terhadap sayur-sayuran).


Potrait kenangan aku (kanan) bersama Muhammad (tengah) dan Muttasil (kiri skali = nampak kaki sahaja) sebagai cheff terhormat pada malam itu. Kelihatan mutakallim-ummat turut berada di dalam gambar tetapi hanya kaki sahaja yang berjaya dikesan (kanan sekali) mungkin dalam kesedihan akibat sangkaannya meleset untuk makan briyani kambing Sudanese.


Set makanan harian Sudanese telah terhidang dan sedia untuk dijamah tetapi tetamu VVIP masih cbuk bergambar kenangan akibat teruja kali pertama melihat makanan Sudanese (kecuali mutakallim-ummat yang kemudian berpura-pura keluar untuk mengambil rakan di Residence-Hotel melarikan diri daripada menempuh saat-saat yang sungguh menyukarkan ini)


Roti terpaksa dihidangkan di atas meja bagi menjamin kualiti, mutu dan keaslian tradisi masyarakat disamping saiz roti yang terlampau besar sehingga menyukarkan tuan rumah mencari pinggan yang terlampau besar.


Waduh... camera-man x bertauliah la ni... Mekasih buat brader Muhammad dan Muttasil atas hidangan istimewa Sudanese. Sekian~ sape2 nak merasa masakan Sudanese bley konteks Khairuldin untuk membuat tempahan meja dan set masakan Sudanese... Sedap Sehingga Menjilat Jari (sunnah nabi / not KFC) 

July 23, 2010

Khidmat Masak

10 Julai 2010, Sabtuday...

Jom Lepak-Lepak KL...

Tentatif hari cuti yang penuh. x bley diamalkan selalu... huahua... agenda pertama pagi-pagi nak g batu caves. bukan lawatan tengok patung ma... tolong kawan-kawan nak wat business buku teks. jong... lepas sedikit mesyurat dan diskusi bersama tauke-tauke buku, kami meneruskan agenda kedua, jalan-jalan Low Yat. kawan-kawan nak beli laptop la, hdset la, printer la... suma kawan-kawan punya hal... 3 jam tawaf lowyat, serabai dan serabut dibuatnya aku...


Kawan-Kawan 'josh' yang sesekali tidak tergugat iman pabila memasuki lowyat. . .
(Gambar kabur akibat nur cahaya daripada sekalian kopiah-kopiah)

Balik petang-petang giliran pakcik-pakcik surau lak... tolong pakcik-pakcik surau khidmat masak untuk program Israk Mikraj, malam ni... waduh, capek bangat sih... briyani + kambing ... nampaknya masakkan agak masyuk. pakatan pakcik-pakcik surau yang power telah menghasilkan masakkan yang power superb sedap... fuh. . .


Salah sorang Otai-otai surau khusyuk masak kambing.

tapi malangnya, aku telah termasuk di dalam geng-geng tidur waktu ceramah kerna terlampau dan melampau letihnya sehingga memungkinkan rosaknya reputasi aku sebagai geng tidur... waduh... haha...

Tamat Internship

13 Julai 2010, Selasa
Sebagai penutup, di sampaikan sari berita utama. . . aku dengan berjayanya telah menamatkan training 3 bulan di Octagon... Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku kerana belum menamatkan training aku kt dunia (Falsafah Kelas Pertama). Memandangkan aku berpandangan jauh dan terlagi bijaksana, aku nak share short video presentation aku yang menarik (Perasan Kelas Pertama) untuk cuci mata korang yang korang prasan bersih walaupun hakikatnya kotor.
??? (Gelong)
Bilangan terima kasih yang tidak terkira kepada sekalian makhluk diluar sana kerana sentiasa memberi galakan yang tidak membina semasa proses industrial training dijalankan. Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara...

Final World Cup 2222
_Spain vs Malaysia_

InsyaAllah... hehe...

Walimah

13 May 2010, Sunday

Notice: Aku masih teruna... oleh yang demikian, gambarku tiada dalam gambar-gambar di atas dan di bawah. sekian~ Hehe... Aku sekadar insan biasa, menjadi jurugambar pada majlis kenduri kak aku. wa... dapat first abang ipar. terbayang nnt aku kawin . . . hahaha. . . .  tapi bahaya bayang-bayang ni.. bayangan gurauan ja la --- Mega :

tak pernah ku alami...
tak mungkin ku hindari...
dihimpit perasaan...
bayangan gurauan...

di dalam jaga ku tercari-cari...
di dalam tidur ku termimpi-mimpi...
siapakah zorro gadis misteri...
melambai dan terus menyepi...
(cont..)
dah.. pandai-pandai la sambung...

berbalik kepada kisah benar

Majlis akad nikah telah berlangsung dengan gilang gemilang dan berjaya dengan saksi-saksi yang professional dan jurunikah bertauliah (berserban), imam masjid sebelah umah aku (Masjid Al-a'la)... adakah aku juga bersedia menghadapi saat-saat genting dan penuh mendebarkan ini??? pengalaman yang sungguh menyeronokkan ini?? Hari ini dalam sejarah?? haha... banyak tul persoalan yang timbul...

Majlis makan-makan kat dewan utama pejabat daerah... idea yang bagus bagi mengatasi masalah-masalah yang timbul sebelum, semasa dan ketika kenduri.. sebelum: x perlu ligat nak mengemas rumah. letih ma... semasa: x timbul masalah hujan, panas, ribut, taufan, angin lintang, parking, beliung dan sama waktu dengannya... selepas: x yah cbuk-cbuk wat rajin kemas rumah... jadi aku boleh merehatkan tenaga-tenaga zahir dan batinku yang sememangnya malas... kehkeh...

cam airport kapai terbang nak landing... siap ada lampu2... perlukah aku berjalan disini suatu hari nanti?? atau tidak?? kerna cik zorro gadis misteri itu... melambai dan terus menanti... yeah.... biar takdir menentukan segalanya.. pasrah pada Yang Esa... (Ayat Jiwang + Falsafah Kelas Tinggi - Sastera Sanskrit)... kembali kepada isu semasa, Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar, makanan suma cukup, tetamu suma kenyang, hadiah-hadiah manyak, duit tuan rumah pun penuh poket. dan lagi-lagi la... majlis disudahi dengan tidur dalam kesunyian bagai dilanda garuda akibat keletihan melampau walaupun kerja sebagai photographer yang tidak bertauliah... adakah perlu aku menjadi photographer pada majlis kenduri aku?? camna tu?? tapi apa yang penting, jangan membazir... kenduri biasa-biasa pun ok. selagi maksud sebenar kenduri tercapai. lagi-lagi la harga barang pun dah naik.. minyak pun dah naik... gula naik... dan suma akan naik... waduh... jimat-jimat... say no tu membazir...

tapi ada satu yang gembira...

bila barang naik... isteri gembira... wassup??? (18sx)

hehe... renung-renungkan dan selamat beramal...