October 30, 2011

Dulu, Kini dan Selamanya. . .

 
Dulu-dulu waktu zaman sekolah, rasa nak cepat masuk Universiti.
Sebab nampak life di Universiti lebih bebas dan seronok. (tertipu dengan filem drama Melayu. haiit..)
Bila masuk universiti, baru rasa seronoknya zaman sekolah.

Dan bila di universiti, rasa nak cepat masuk kerja.
Sebab nampak bila dah kerja, lebih enjoy dapat manyaaakk duit. Dapat joli-joli Angelina Jolie..
Bila dah kerja, baru rasa seronoknya zaman universiti dulu. (masa lapang.. masa lapang.. masa lapang.. huu...)

Jadi skunk tengah fikir...

Waktu bujang rasa macam nak cepat kawin.
Sebab nampak bila kawin dapat hilangkan kesunyian. (sllurppp... Slurpee)
Lebih penting dapat terbang 2 sayap. Pahala berganda. Bonus berganda. Heaw....

Adakah nanti bila dah kawin baru rasa seronoknya bujang ??
Orang dah kawin tolong jawab!!

Dan yang pasti suatu hari nanti . . .jeng3x...

Penghuni neraka pasti menyesal akan kehidupan dunianya yang bodoh..
Penghuni syurga pun akan menyesal pada masa2 yang berlalu tanpa zikrullah..

# Dah lama tak menulis.. Nak menulis juga, jadi lah entry merapu camni. . .
# Entry otak jem.. Sekian!!

October 19, 2011

October 12, 2011

Macam-macam Oktober

1 Oktober 2011

Aku bangun tidur awal dengan semangat waja. Hari ini hari pertama aku mula kerja. Pakai seluar dan baju yang telah diseterika malam tadi. Then sembur Versace Blue Jeans Perfume 2 x disebelah kiri dan kanan baju. Bersiap-sedia menghadapi awek-awek pejabat. Dan tidak dilupa kopiah putih made in India tersergam indah di atas kepala bak mahkota Raja Rom dan Parsi.

Pukul 7.30am aku sampy. Senyum kepada pak guard jaga lif di bawah. Aku tekan lif naik tingkat 9. Hari ini aku menjadi pekerja yang paling berwawasan tinggi, orang pertama sampy di office yang masih belum dibuka. Wah..

Ting.. Tingkat Tujuh.. - Suara secretary lif bersuara ayu.

Lif aku singgah di Tingkat 7.. Lif pun terbuka menanda orang akan masuk. Aik.. tak ada orang lak. Kejadahnya main-main lif pepagi buta ni. Besar-besar pun nak main tekan-tekan lif, pastu lari nyorok. Adui..

Tak lama, 2 orang brader sampy buka office. Sembang-sembang kenal dengan diorang sementara menunggu bos sampy. Then sampy lagi sorang amoi jaga counter. Terus amoi ni ngorat aku. Kenal-kenal dengan amoi.

Baru kerja ka ?? 

Yup.. Hari ini baru start kerja. 

Ooo.. Awal sampy.. 
U kalu sampy awal-awal, jangan naik dulu. Tunggu orang lain sampy naik sekali. 
Aritu sy sampy awal, naik lif sorang2. Tiba-tiba lif goyang. Pastu lif berhenti kat tingkat 7. Sy tak tekan Tingkat 7 pun, dy berhenti sendiri. Gila a.. Tingkat 7 mana ada orang. Pejabat kosong.

Brader 2 orang tadi menyampuk: Lif buka ada 'orang' masuk la tu. U yang tak nampak.

Amoi sambung story lagi: Kalu tak nampak tak pa. Jangan nampak.
Dulu David pagi2 dy paling awal sampy office, antar paper. Skunk dah tak brani naik, dy tinggal paper kat pak guard bawah ja. Mesti dy juga kena.

Uiks.. aku pun kena juga. Tapi aku tak bgtaw. Malas nak kecoh. Haha.. Sangka baik kat hantu. Makcik-makcik cuci yang tekan nak naik, tiba-tiba tak jadi terus turun.

Bukan tak percaya, tapi malas nak ambil kisah. Kalu ambil kisah menda2 camni, lama2 aku jadi penakut. Nak naik lif takut, p tandas takut, dok sorang takut, kelam (gelap) pun takut, takut.. Takut sedangkan tak pernah tengok pun. Aku pun tak minat dan tak tengok filem-filem tahyul mahyul seram-seram bodoh. Sebab aku tak maw jadi bodoh takut tak tentu pasal.

Bertaubatlah korang daripada suka tengok cerita hantu.. Pakejadahnya..

Sedikit kejutan tenaga bila dah kerja. Balik ja rasa letih walaupun tak letih. Sehingga dah malas nak update FB, Blog, baca paper. Dan lebih mujahadah untuk jaga 5 amal. Balik kerja time hari gasht. Kena terus turun masjid. Fuh.. orang lain balik kerja terus rehat, makan-makan. Tapi aku ada Over Time yang kena buat. InsyaAllah bayaran lumayan untuk sesiapa yang buat OT kat masjid daripada OT kat office.

Doa-doa mudah-mudahan Allah bagi kekuatan untuk aku istiqamah.

PS - Hari ni cuti, yeah... Nak g konvo Sabtu ni.
Sapa nak bagi bunga kat aku ?