November 15, 2011

Perkahwinan satu keperluan..


Masjid Banglawali, Nizamuddin.. Sedar tak sedar dah lebih 2 bulan aku tinggalkan India..

Kadang-kadang jadi macam orang gila, senyum sorang-sorang bila teringat kisah-kisah waktu di India..
Masa Ta'limi Gasht pi mandi laut..
Sakit perut, melepas belakang pokok..
Mandi wajib dalam train..
Kejar keretapi sebab turun shoping time keretapi brenti..
Naik van pi tempat tashkeel, kata 1 jam perjalanan. tapi 5 jam tak sampy-sampy lagi..
Huuhu..

Tapi pengalaman yang paling best - hari-hari terakhir sebelum berangkat pulang, dapat masuk bilik Maulana Saad dan Maulana Zubir, duduk makan dengan mereka. First jumpa makan ais-krim, esoknya makan Gulab Jamun (manisan India), lusa lak makan ayam goreng rempah. Fuh.. walaupun makan sedap gila, sedap lagi tengok wajah maulana. Hehe..

Hari kedua tu, aku ngan member-member pakat dengan seorang budak alim 1 tahun Malaysia, kami nak sembang dengan Maulana Saad, dan minta dia jadi mutarjim. Orait.. set! Malam tu kami tunggu awal-awal depan bilik Maulana, tolak-menolak, himpit-menghimpit, tendang-menendang dengan Pak Arab sebab nak duduk paling dekat dengan maulana..

Sewaktu dalam bilik, Maulana Saad sembang-sembang dengan Pak Arab. Mereka tanya tentang bila tarikh malam Lailatul-Qadar. Jadi Maulana jawab tarikh tu dirahsiakan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam amal.

Kemudian budak Alim Malaysia tu pun tanya soalan bagi pihak kami. Malu gok sebab pak-pak Arab ramai kat situ, dan semua bagi tumpuan dengan soalan kami dan ingin dengar jawapan daripada Maulana Saad. Kami yang sepatah haram pun tak faham buat-buat faham, khusyuk dan tawaduk dengar soalan dan jawapan daripada Maulana Saad. Hahaha...

2 soalan ditanyakan oleh budak Alim Malaysia tu. Soalan pertama bagi pihak kami dan soalan ke-2 adalah daripada diri dy sendiri. Soalan pertama:

Bila kami perlu kawin ??
Terasa kebodohan lak tanya soklan camtu kat Maulana Saad. Time tu otak jem, taktaw nak tanya apa. Oh..

Dan soalan ke-2 budak alim tu tanya..
Skunk dia tengah keluar 1 tahun, tapi rasa lemah dan tak ada kekuatan. Apa amalan yang perlu buat untuk datangkan jasbah/semangat bagi menempuh saki baki tempoh masa 1 tahun ?

Jawapan maulana kepada soalan kami ringkas - Kawin bila perlu.
Jawapan maulana kepada soalan ke-2 - Tingkatkan amalan infradi dan istiqamah.

Bila keluar daripada bilik maulana, budak alim tu bagi nasihat berdasarkan jawapan maulana tadi - Kawin bila perlu!!!

Perkahwinan adalah satu keperluan.

Apa itu keperluan ??? - Benda yang wajib ada untuk hidup..

Seperti makan, minum, tidur.. semua ni keperluan. Tanpa makan, tanpa minum, tanpa tidur, manusia tak boleh hidup. Perkahwinan satu keperluan. Jadi tanpa kahwin, manusia tak boleh hidup! Betul ??

Jangan lupa. Agama juga satu keperluan! Tanpa agama manusia tak boleh hidup!

Keperluan nii kita dapat rasa bila kita perlu. Bila lapar, p la makan. Bila dahaga, p la minum. Bila mengantuk, p la tidur. Jadi...
Bila 'perlu', p la kawin bang/kak oi... (macam-macam yang 'perlu' oi..) Kita sendiri dapat rasa bila kita perlu kawin. Betul ??

Dan perkahwinan juga bukan untuk dimegah-megahkan, dirai dengan besar-besaran. Tak perlu nak grand-grand sangat.. Sebab dia keperluan. Macam nak makan nasi, takkan nak bagitaw satu kampung kot. Bila kawin, cukup sekadar bersederhana dalam walimah - untuk saudara terdekat dan jiran-jiran tetangga.. Berlebih-lebihan akan menimbulkan sifat riak, bangga, takabur.. tak elok.. tak elok..

Satu kisah, Nabi saw telah terlihat warna kekuning-kuningan pada baju Hazrat Abdul Rahman Auf r.a. Nabi saw tanya apa itu ? Hazrat Abdul Rahman Auf r.a bgtaw ini sufrah (sejenis wangian). Aku baru kahwin malam tadi.

Nabi saw sendiri pun tak tahu yang Abdul Rahman Auf r.a kawin pada malam tadi. Sahabat kawin pun tak bagitaw Nabi saw. Sebab kawin ni satu keperluan. Benda yang semua orang perlu. Benda yang semua orang faham. Cukup sekadar bersederhana dalam walimah. Tanda syukur pada Allah swt. Nabi saw perintahkan kepada Abdul Rahman Auf r.a untuk buat walimah walaupun hanya dengan seekor kibas.

Satu kisah yang lain, seorang Sahabat r.a mengadu tentang kemiskinannya kepada Nabi saw. Nabi saw tak suruh Sahabat ni p kumpul harta banyak-banyak, tapi Nabi saw suruh p kawin. Dengan perkahwinan ada janji kemudahan rezeki. Jadi tak timbul isu-isu takdak duit nak kawin la, nak kumpul duit banyak-banyak dulu baru nak kawin.. Udah.. P kawin cepat. Allah bagi rezeki.

Benda yang senang tak perlu disusahkan. Benda baik elok dipercepatkan. Banyak kelebihan dan manfaatnya. Agama jadi sempurna. Tidur jadi lena. Betul ? =)

#Pakcik..errr..Pakcik ada ... ... anak perempuan tak? nak buat 2jam1/2 tak? (Rasa macam boleh tahan rasa 'lapar' buat beberapa bulan lagi) Hehe..

#Satu petang selepas Asar, seorang pak kiyai Indonesia di mohalla aku, tiba-tiba pegang bahu aku.. Hafiz.. maw kawin??
Jawab aku - Arr.. muda lagi la.. hehe.
Pak Kiyyai - Mana ada muda.. Jangan diseksa nafsu tu!
Tak faham!

*Lagi entry pasal kawin. 

19 comments:

  1. cepat-cepatlah, jgn tunggu lama-lama....

    ReplyDelete
  2. kawen bila perlu!

    dah sampai masa, jodoh dah tiba.. maka kawen la.. (",)..

    p/s: ada tak jumpa tempat taklim kat alor star dan kawasan berdekatan?? dalam proses nak berpindah.. nak cari tempat taklim juga.. (",).. maaf tanya.. (",)

    ReplyDelete
  3. jual mahal nampak.. (",)

    nak cepat kaya, kena kawin cepat.. (",)

    sukar untuk mengatakan tidak kepada perkahwinan.. kerana ia fitrah kehidupan..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..
    You actually indeed understand this thing on your own.

    Dah kahwin nanti dapat buat tamsilan lagi best, Insya Allah:)

    Nam: You can ask kakak2 masturat about the place, k:)

    ReplyDelete
  5. kawin bile perlu..
    sekarang sy memerlukan.. ha3

    ReplyDelete
  6. kak nurtaufiqah:

    dah try tanya.. diaorg tak tahu.. kena tanya karkun yang asal sana kot..

    ReplyDelete
  7. nam - Cuba cek email. dah sent no.contact org tanggungjawab Jitra. tak molek rasanya nak post no.contact orang kt public comment. Private n confidential. =)

    Argh... dah terlambat gasht pukul 6pm.. callo2. Nanti comment len.

    ReplyDelete
  8. pergggg, entry merembes cinta berwarna Pink.hahahah.Insyallah Tuan (^^)

    ReplyDelete
  9. Cepat-cepat cari kepak lagi satu.
    Baru boleh terbang jauh.

    ReplyDelete
  10. camno nk LIKE entry ni
    Dengan berkahwin kerana Allah sunnah Nabi insya allah sebahagian agama dapat disempurnakan..

    ReplyDelete
  11. Norsha - nanti lama2 dia di ambil orang..

    nam - kawin cepat.. kuar masturat cepat.. =)

    fuad ansari - bukan jual mahal, takut kena kawin dgn foreigner. haha..

    نور توفيقة ادريس - otak jem.. tamsilan kurang. InsyaAllah lepas kawin, Allah bg ilham lebih.

    Hidayatullah - lesen 4B dulu ma.. =)

    Mohd Hamka - Entry blues jiwang karat..

    Bijen M. - Satu kepak langsung tak leh terbang. Kena 2 kepak juga.

    Anonymous - I Loike!! =) Perintah Allah, sunnah Nabi, ganjaran berganda, agama jadi sempurna.

    ReplyDelete
  12. btw bro..hari tu maulana hamzah bayan..dia cakap.. kawin nih satu keperluan..mcm pegi tandas.. kalau pi tandas.. ada tak kita bg kad dekat org yang iklankan kita gi tandas.. haha.

    p/s: kalau kawin dengan orang tak faham.. mmg susah ar.. haha..gudluck!

    ReplyDelete
  13. Sedap lagi tengok wajah Maulana.

    Jangan lupa. Agama juga satu keperluan! Tanpa agama manusia tak boleh hidup!

    Kawin bila perlu.

    "Isi2 penting" ^^,

    ReplyDelete
  14. RuMaH TuA - Bley wat karangan tu.. =)

    ukhti,mardhiah - Bila sampy jodoh, perlu la. =)

    ReplyDelete
  15. j0doh pertemuan dtangan Allah..
    kta hnya merancang dan Allah yg menetukan..

    ~ sharing is caring..(^_~) ~

    ReplyDelete
  16. Kool! Jangan diseksa nafsu tu!

    Nak cakap macam ni lah kat ayah. :D

    ReplyDelete
  17. peRmaTa_ aGamA - Ketentuan Allah terbaik. Yakin2 =)

    liyana - welkam

    ~PENCHENTA~ - Haha.. Kawin cepat2 no. =)

    ReplyDelete