September 23, 2011

Janggut itu Maskulin

Aku melangkah masuk kereta gaya lelaki beriman akhir zaman. Masuk kereta dengan kaki kanan. Dulu kawan aku tegur, masuk kereta kaki kiri. Aku cakap aku driver, mana boley masuk kaki kanan. Tak munasabah. Tak relevan. Berlipat-lipat kaki aku. Bla.. Bla.. Hari-hari practice alhamdulillah dah jadi senang. Dalam sunnah ada kejayaan. Sory my frenn..

Teh panas, roti canai 1, lepak 1 jam kedai mamak dengan kawan-kawan. Amalan istiqamah budak-budak bujang akibat tak dak isteri di rumah. Termasuk aku.

Bro, betoi ka orang kata cukur janggut HARAM. Bukan (janggut) SUNAT ka ??
Tanya member aku melihat muka aku seorang ja yang hensem dengan berjanggut.

Janggut ni SUNNAH ma. SUNNAH dan SUNAT 2 perkara yang berbeza.

Sunat pun berbeza juga. Satu bersunat time hang kecik-kecik dulu. Ni wajib. Tak sunat tak leh kawin.

Ke-2 amalan sunat. Solat sunat, puasa sunat. Orang kata amalan sunat ni buat tak pa, tak buat pun tak pa. Tapi aku kata buat dapat pahala, tak buat rugi.

Sunnah lak penampilan, cara hidup dan fikir Nabi saw. Sunnah ni wajib ikut. Tinggalkan sunnah, jadilah bidaah. 2 pilihan aja, samaada ikut sunnah, atau jadi bidaah. Buat bidaah sesat dan berdosa.

Contohnya, Sunnah masuk tandas kaki kiri. Kalu masuk tandas kaki kanan, jadi bidaah. Setiap bidaah sesat dan berdosa.

Contoh lagi, Sunnah masuk masjid kaki kanan. Kalu masuk masjid kaki kiri, jadi bidaah. Setiap bidaah sesat dan berdosa.

Contoh lagi2, Sunnah kencing duduk. Kalu kencing berdiri, anak kencing berlari, jadi bidaah. Setiap bidaah sesat dan berdosa.

Sama juga dengan janggut. Sunnah Nabi ada janggut. Kalu cukur janggut, jadi bidaah. Setiap bidaah sesat dan berdosa.

Amal sunnah, tanda cinta Nabi. Siapa yang cinta Nabi, akan bersama Nabi di syurga.
Amal bidaah, sesat dan berdosa. Siapa yang sesat dan berdosa . . .  Lu pikir la sendiri !!

Lagi satu, haram simpan janggut sebab nak hensem. Haaa ???
Jeng.. jeng.. jeng..

Nanti dah tua, janggut dah putih, mula nak cukur janggut sebab dah tak ensem.
Kalu berjanggut nampak tak ensem, mula potong janggut.
Bila berjanggut nampak ensem, mula simpan janggut.

No.. No.. 

Simpan la janggut sebab ini sunnah. Dalam sunnah ada kejayaan dunia dan akhirat. Yakin.. Yakin..

Dan lagi satu, masuklah kereta dengan kaki kanan walaupun anda seorang driver. Sunnah masuk kenderaan kaki kanan. Kalu masuk kenderaan kaki kiri, jadi bidaah. Setiap bidaah adalah sesat dan berdosa.

Yeyeh.. 

*Jom layan: Dimana Janggutmu Wahai Lelaki maskulin

11 comments:

  1. inilah ciri2 maskulin yg semakin dilupakan.. (",)

    ReplyDelete
  2. sian jugak kat anggota beruniform yg dilarang memelihara janggut...

    bak kat seorang ustaz, apakah dengan memelihara janggut, tembak tak kena??

    Maha Suci Allah yang menghias lelaki dengan janggut...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    ada tu, nampak y berjangut, trus kata x kemas, pengganas dan lg nth ape2, pengikut "osama".

    bla nampk y bermisai ala2 datuk K, kemain dikatakan macho.

    kita kena ikram lebih depa ni. MasyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Edit sikit.. Cukur janggut boleh, cukur semua tu yang jadi tak boleh..

    Ibnu Abbas pernah cukur janggut dia, tak semua, tapi pendek lah.. Lepas tu ada seorang sahabat marah. Dia kata Ibnu Abbas ni dah buat big, big mistake. Huhu

    Ibnu Abbas explained, dia buat tu sebab nak "berhias" untuk isteri dia:))

    ReplyDelete
  5. fuad ansari - kena ingatkan mereka yang dah terlupa.. ni kerja saya, tuan dan kita semua. huhu..

    Anonymous - aku berjanggut member2 panggil ustaz. syukur.. :)

    نور توفيقة ادريس - amalan sahabat, semua terbaik. Ikut salah seorang drp mereka, pasti tidak akan sesat. Ikut yg terbaik dan termampu bagi kita. :)

    ReplyDelete
  6. janggut perhiasan lelaki tapi ramai lelaki moden zaman la ni lebih suka simpan misai....

    ReplyDelete
  7. correction untuk komen kak pqa.

    Ibnu Abbas tak cukur janggut, tapi potong janggut. sampai cukup segenggam.

    kalau cukur haram,kalau potong, khilaf.

    ReplyDelete
  8. Oh..
    Akak baca in english. Stating "shaved"..Tsk.
    Jazakallah izmer:)

    ReplyDelete
  9. Norsha - sunnah para nabi, menipiskan misai dan memelihara janggut.

    Ismi Ijmi - pilih yang selamat, tak khilaf, peliharalah janggut. Selamat2.

    نور توفيقة ادريس - ...

    ReplyDelete
  10. Trimming selepas lebey segenggam bley. Tp biar aja dy panjang. smart2.. =)

    ReplyDelete