September 21, 2011

Borak-Borak Bujang


Aku memandu kereta gaya lelaki beriman. Bersama aku seorang kawan. Yang pasti bukan awek kerana kawan aku ni seorang lelaki tulen.

Tetiba aku ditanya satu soklan cepumas.. Hafiz, hang ada awek ?

Waduh2.. Aku yang berjanggut, berjambang dan berkopiah pun ditanya soklan camni.. Lepas ni aku nak pakai serban di mana saja.

Awat hang tanya ?

Dak aih.. aku dok pikiaq camna nak kawin nanti ?

Loh, member aku ni risau nak kawin.. Adoi..

Dulu aku pun macam hang juga. Pikiaq nak kawin mesti ada awek. Dah kenai setahun dua baru tunang. Pastu baru kawin.

Skunk kalu hang sibuk dok cari marka kapel-kapel sampy setahun-2 tahun baru kawin.. Hang telah merugikan masa yang sepatutnya hang spend selepas kawin. Masa yang sepatutnya hang bagi selepas kawin hang dah bagi waktu kapel. Dah hilang nikmat awal-awal perkahwinan bro.. Rugi bro..

Jodoh, rezeki, maut tu tanggungjawab Allah. Seperti mana maut akan cari hang, camtu juga rezeki dan jodoh akan cari hang. Tak perlu cari jodoh, tapi jodoh yang akan cari hang. Dont worry la bro..

Lagi satu bila hang kapel, hang telah menutup KUASA MEMILIH yang Allah anugerahkan kepada seorang lelaki tulen. Rugi bro.. Rugi.. Hang terpaksa terima awek hang walaupun dia meletakkan hantaran tinggi-tinggi setinggi KLCC.

Kalu mahar perempuan terlalu tinggi melebihi kemampuan dan kesediaan lelaki, say Good Bye.. Gua cari calon lain. Ini kelebihan seorang lelaki bro. Jangan disia-siakan kelebihan ni.

Tapi hang jangan la kedekut sanggat, mahar ni harga dan nilai seorang wanita. Perkahwinan Nabi saw rata-ratanya mahar 500dirham. Kira-kira 1750gram perak. Kalu dinilaikan skunk, tinggi gok.. P tanya encik maulana..

Then, bila kawin ja, terus bawa isteri keluar daripada rumah mak-ayah dia, dan mak-ayah kita. Isteri kita, tanggungjawab kita. Jadi kita yang akan didik dan tarbiyyah dia. Ibu-bapa kita telah buat apa yang terbaik ikut faham mereka, dan skunk giliran kita buat apa yang terbaik ikut faham kita.

Kalu kita tak bagitaw apa yang kita mahu, maka kita terpaksa terima apa yang orang bagi pada kita. Right ??

Kita bagitaw mereka kita nak buat mesyuarat rumah, ta'alim rumah, ta'alim masturat, keluar masturat, keluar 3hari, bla bla bla.. Kalu tak, kita terpaksa terima program-program mereka. Yeah... Right ? Right ?

Awal-awal masuk rumah tak perlu rumah mewah, fully furnished, kereta besar. Rumah camni seronok kejap ja, cepat bosan.. Cari rumah sewa cukup untuk 2-3 orang dah. View yang cantik, tanam pokok-pokok bunga, rumput-rumput hijau.

1st rumah biar kosong. Cukup dengan tilam, bantal, dapur, talam, bla bla. Alat keperluan ja. Then.... jeng3x~

Buat mesyuarat, bulan depan kita pergi beli petisejuk. Tetap tarikh. Tiba tarikh tu, sama-sama pergi beli petisejuk. Minta syor daripada isteri, syor pertama, kedua, kenapa, mengapa... Maka encik suami selawat dan buat keputusan. Maka balik sama-sama baca manual, sama-sama pasang peti sejuk, sama-sama atur peti sejuk, sama-sama guna peti sejuk, sama-sama isi peti sejuk.. Ala-ala romantik sweet gitu-gitu nyum-nyum yummi..

Then, mesyuarat lagi, bulan depan kita pergi beli microwave. Tetap tarikh.....

Then, mesyuarat lagi, bulan depan kita pergi beli mesin basuh. Tetap tarikh....

Then, mesyuarat lagi, bulan depan kita pergi beli water-heater. Tetap tarikh....

Then, mesyuarat lagi, bulan depan kita pergi jalan-jalan Cameroon. Tetap tarikh....

Setiap bulan, tambah satu benda baru.. Sama-sama baca manual, sama-sama pasang, sama-sama atur, sama-sama guna, sama-sama isi... Baru seronoknya lama bertahun-tahun..

Bila ada barang-barang rosak, lampu rosak ka, mesin basuh rosak ka, paip bocor ka... ... ....

.
.
.

Dah.. angan-angan gua bersambung lagi akan datang.. Gua dah penat menaip. Kita berehat sebentar, dan laluan kepada pesanan pembaca.


11 comments:

  1. alalalallala, romantiknya bermesyuarat dengan isteri nanti kan. ^-^ insyallah. Mudah2han Amin ya Rabb....doakan aku yer nanti malaikat doakan kamu pula. he3

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum wbt...

    masyaAllah...wah... serius romantik....
    semoga Allah mudahkan cita-cita anda.. :D

    p/s: baca entry bahasa kedah ni tiba-tiba terberangan balik kampung kat kedah je.. :D

    ReplyDelete
  3. romantik yg islamik.. bagus2...

    untung sape2 yg dijodohkan dengan tuan.. (",)

    mudah2an apa yg disampaikan, dapat sy amalkan... insyaAllah..

    ReplyDelete
  4. wah3...untglh sapa dpt lelaki beriman ni, pandai betoi merancng m/depan....tapi betul tu, tk yh kapel2 sgt sblm kawin, hilang berkat, mmg ye juga kalu kawin semua dh tersedia, tk rasalh cabaran membina kehidupan bermula dr zero....Selamat bertemu kekasih hati....

    ReplyDelete
  5. Mahar Rasulullah around RM8000+.
    RM8000+ as a mahar of a wedding held 1400 years ago..

    ReplyDelete
  6. Nam cam bagi green light je.

    wah3 ni surely muzakarah masa 4b kan.
    roh tuan!

    doakan saya jugak.
    lagi satu, kalau nak bagi apa2,
    peti ais ke,
    laptop ke,
    mesin basuh ke,
    name it as

    "hadiah buatmu isteriku"

    haha, walaupun ia memang keperluan rumah.
    that what i learned from those karkuns.

    bahagianya family bila ada agama.

    bila lagi tuan???

    ReplyDelete
  7. Cintai majlis2 ilmu & baca buku. Semoga perkahwinan yg akan dibina membawa bahagia hingga ke akhirat. Bergantung harap pada Allah agar ditemukan dgn jodoh yg terbaik.

    ReplyDelete
  8. Subhanallah...suratan @ kebetulan? tp iniah yg akak lalui...hampir 90% sama...paling xbleh nk than senyum simpul, tang g cameron tu...seronok...1 fikir 1 matlamat InsyaALlah~

    ReplyDelete
  9. Bani Irwin - Cepat2 kawin, cepat2 mesyuarat, cepat2 romantik.. Huhu..

    nam - Laa.. awat cek tak habaq awai2. Nanti buat kenduri jemput no. Haha..
    Amin2.. Allah kabul farma..

    fuad ansari - romantik beriman. InsyaAllah sama2 amal no..

    Norsha - Perancang keluarga beriman.. Yeah.. Selamat2..

    نور توفيقة ادريس - Yup.. search encik gugel, convert nilai skunk lbey kurang RM8k (1750g perak). Terus target as max value, kalu lebey terus reject. Hahaha..

    Ismi Ijmi - Sy tunggu tuan dulu, nanti sy follow belakang. Haha.. Doa karo.. Doa karo..

    School Of Tots - InsyaAllah, mudah-mudahan Allah berikan keluarga yang berilmu, beriman dan beramal.

    CS - Shh.. sape tiru sape nih ?? haha.. 1 fikir, 1 ummat, 1 kerja, 1 matlamat, 1 maksud, 1, 2, 3.. InsyAllah..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..

    kalau isteri y pandai, satu mesyuarat, boleh je kalau nak dpt sekali 2 brg..sng je caranya..

    keh keh keh
    (",)

    ReplyDelete