February 5, 2011

Penyakit sebagai kaffarah dosa..

Ada orang bagitaw aku dia demam..
Aku pun suh dy makan panadol..
Ada orang cakap dy sakit kepala..
Aku cakap menda yang sama, p makan panadol..

Dulu datang sorang Sahabat ra jumpa Nabi saw mengadu abang dy sakit perut..
Nabi saw bgtaw pergi balik bagi abang kamu makan madu..

Kmudian, Sahabat tersebut datang buat kali kedua bgtaw sakit perut abang dy makin bertambah walaupun dah makan madu..
Maka Nabi saw bgtaw kali kedua, pergi balik bagi abang kamu makan madu..

Dan kali ketiga pemuda tu datang mengadu masalah yang sama..
Nabi saw bagitaw perut abang kamu menipu, perkataan Allah itu benar..
Dalam Quran Allah sebut madu adalah syifak bagi penyakit..

Surah an-Nahl, ayat 69:  

"Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"

Maka Sahabat tersebut balik semula mengikut apa yang diperintahkan oleh Nabi Saw..
Maka dengan izin Allah, penyakitnya terus sembuh..

Jadi madu, panadol tak boleh menyembuhkan..
Yang menyembuhkan hanya Allah swt..
Perintah Allah swt untuk cari ubat bila sakit..
Tapi yakin hanya pada Allah swt..

Disamping tu kena belajar-belajar selesaikan masalah dengan amal..
Kerana untuk orang mukmin, dunia adalah darul amal..
Kemudian usaha dengan asbab..
Yakin hanya pada Allah swt..

Hari ni ayah aku masuk hospital sebab sakit cancer..
InsyaAllah esok operate..

Tapi..
Hospital, doktor, ubat-ubat, pembedahan, nurse cantik, mc comey tak boleh bagi sembuh..

Sakit datang daripada Allah..
Penyembuhan pun datang daripada Allah..
Sama-sama doa dan buat amal..
Mudah-mudahan Allah swt bagi sembuh..

InsyaAllah.. 

8 comments:

  1. N3 bermanfaat.

    Amalan di dunia sebagai perantaraan kejayaan kita di akhirat..

    "usaha atas iman"

    ReplyDelete
  2. BaiTiL a'tiQa - Komen bermanfaat..

    ReplyDelete
  3. =)

    "Wa iza mariztu fahuwa yashfin"

    And when I am ill, it is He Who cures me.
    (As Syu'ara, 80)

    Lots of prayers for ur Abah..
    Tapi saya nak tanya, tak pe tak? Abah awak cancer apa?

    ReplyDelete
  4. نور توفيقا-
    - mekasey no..
    - cancer dalam usur besar.. mb dekat colon, cancer colon..
    - dah belajar? what's ur opinion.. :)

    ReplyDelete
  5. Dah belajar.. Alhamdulillah. Tapi saya baru je nak masuk clinical.. Kalau ada operation on this matter, I can only be the one who look at the side..

    Cancer of the large intestine i.e colorectal cancer.. I can say ur Abah had been having this since years ago before the symptoms appear.. Awak kena careful, it's somewhat a genetic disease. Take good care of your food intake, cut down fat.. Takmo ada perut macam syura~

    Abah punya operation nanti is it to confirm the diagnosis or already for the treatment?

    Insya Allah things will be okay especially if there's no metastasis (cancer tu jalan2 pergi buat jahat dekat organ lain).

    Takmo risau=)

    ReplyDelete
  6. نور توفيقا - Alhamdulillah.. dah selesai operation tadi. 12 - 4pm.. Huhu, sangat lama menunggu~

    Gune teknik pe ntah, tebuk-tebuk lubang sana sini, masuk camera + alat2.. kene buang 3inch bahagian bawah, 5inch bahagian atas..

    Doctor inform dah sampy stage 3. Cancer dah jlan-jalan makan angin ke bladder (metastasis) - info baru tentang medic :)

    Dy buang sedikit bahagian bladder. Alhamdulillah, bahagian lain still ok..

    MB need kimotheraphy.. ?? Dengar orang cite sangat sakit++ :(

    Tadi dyorang tahan 'my abah' dalam ICU mb for 24hrs. taknak bagi orang kacu. rakyat Malaysia suke borak2 bila datang ziarah.. huhu

    InsyaAllah anything should be OK..
    Mekasey no~

    ReplyDelete
  7. =)

    Yang tebuk2 pakai camera segala: Colonoscopy

    Kalau stage 3 memang two main things will be performed: Surgical resection (yang buang sikit bahagian terlibat) & chemotherapy. Tapi ada je yang takmo buat chemo..

    Chemotherapy to support the effectiveness of the surgery, to slow or shrink the size of cancer, and to avoid any more metastasis.. It takes around 6 months.. Hopefully the medications given won't cause pain to ur Abah and Abah awak selalu kuat semangat.

    Allahumma amin.
    Sama2 no~

    ReplyDelete
  8. نور توفيقا - good information for us.. Jazakallah al-khair..

    ReplyDelete