February 23, 2011

Extremely Busy Vol. 2..

Dulu pernah mengalami masalah yang sama..
Extremely busy.. here

Dan skunk kembali dengan Extremely Busy Vol. 2..
kepala meroyan ~

Di akhir-akhir semester agak kelam-kabut dengan dunia..
Sedangkan selalu dengar dunia itu busuk.. Tapi tak pernah insaf..
Sebab dalam hati masih ada dunia. Sangat sedih dengan kedaifan diri. :(

Dunia itu busuk.. Yeah.. Tapi kenapa tak baw pun ?? Aku baw wangi ja ??

Pagi-pagi bila aku drive keta pegi jogging, aku suka buka tingkap ambil angin sejuk dan embun pagi. Suddenly bila ternampak makhluk lori sampah jalan-jalan cari jamban, aku jadi tension tahap kritikal. Terus buka aircond tutup tingkap rapat-rapat. Lagi tension bila aku tengok makhluk ni kencing meleleh atas jalan. Maka sambil drive aku berdoa mudah-mudahan Allah swt meletakkan benteng deria rasa dan baw daripada terjahan perfume percuma segar daripada jamban ini.

Tapi kenapa arrr orang-orang yang bergayut pada makhluk lori tu bley tahan gas toksik itu ?? Walaupun tanpa sebarang alat bantuan pernafasan ?? Yeah, sebab hari-hari mereka terpaksa berkerja dan terpaksa menghidu gas toksik itu, lantas dengan izin Allah hidung mereka menjadi immune terhadap bau-bauan yang beraneka rasa itu. Lalu merasakan baw busuk itu normal, dan baw kentut mereka adalah wangi.

Hakikatnya dunia itu busuk. Malangnya deria hidung kita telah menjadi immune dengan busuknya dunia, dek kita hidup, makan, minum, tidur adalah di atas dunia. Bila mati masuk syurga, yeah, kita akan tahu bahawa dunia dulu sangat-sangat lah busuk. Dan inilah dunia yang kita rasa wangi seperti mana manusia-manusia tadi merasakan kentut mereka adalah wangi.

Erk.. aku tak de niat mengutuk orang-orang ini. Aku minta maap sangat-sangat. Sebab korang semua buat kerja halal, maka sebenarnya korang adalah lebih wangi daripada pencuri, perompak, penzina, penjual dadah, dan pelacur.  Serious aku tak tipu..

Kembali ke tajuk utama, extremely busy vol. 2..

Meh aku listkan kerja-kerja minggu ni:
1) Presentation NDT Project
2) Assg Engineering Economic
3) Attend NDT lab
4) Buat Logbook
5) Submit Draft Thesis 2
6) Test
7) Attend interview

No. 7 - Pagi tadi ada panggilan interview untuk kerja. My first experience interview, niat just nak ambil pengalaman. Maka aku berjalan masuk dengan muka confident macam berjalan menuju ke jamban. Soalan-soalanya.... (jeng.. jeng..) ~ 

I give u 1 minutes, explain about yourself.. (dah agak dah, apa lagi aku bayan la)
What do you know about Mexico ? T_T - Soklan tahap Shakespeare.. 
Explain about Laminar n turbulent.. ( Subjek favorite )
What do you know about our company? (yeah, aku dah study sebelum interview)
Your Strength ?? Weakness ??
bla bla bla...
10 minutes - Alright.. TQ for coming. Anything I will let you know by email..

Da.. dunia yang busuk pun susah kena interview bla bla bla..
Apa ntah lagi untuk syurga yang wangi, korang ingat senang-senang bley masuk syurga ?? Just bersenang-lenang goyang kaki dalam rumah sambil nonton ceramah agama, dah bley masuk syurga ?? Mudah-mudahan Allah hantar si pencari unta atas bumbung rumah korang..

Oi... maw lalu interview kubur dulu. Jumpa interviewer yang siap bawak penukul besi.. wacakaplu.. sekali sebat sampy infinity masuk bawah tanah.
Pastu second stage, interviewer mahsyar.. masuk court lagi.. umur kemana dihabiskan? usia muda ke mana dihabiskan ? harta dari mana dapat ke mana guna ? ilmu amal ke tak ? So, siap-siapkan peguam bela korang yang power untuk menghadapi pendakwa raya yang superb.
Third stage interviewer mizan.. Timbang experience kerja, sijil-sijil, rasuah, tipu sekali semua sekali jalan..
Fourth stage interviewer - sirat - halangan berduri, nak lalu bukan dengan fizikal dan mental, lalu dengan iman dan amal ma.

Lepas dan lulus semua stage baru bley masuk syurga. Dapat hidu bauan syurga. Dapat hidu bauan bidadari. Dapat lihat wajah Allah yang Maha Cantik. Dapat Redha daripada Allah.

Mudah-mudahan kita semua tergolong di kalangan ahli-ahli syurga yang wangi. Amin ya Rabb..

Wallahu-alam..

11 comments:

  1. aiiii...
    bukan patutnye gi interview kat embassy india dulu ke??
    then br interview kerja...
    kalu dah interview kerja tu alamatnye...............isk
    jgn risau kerja dunia ni bhai...
    cuma cepat or lambat je...

    ReplyDelete
  2. Ya Allah.. Kitorang "bajet" kitorang la yang paling busy di dunia for the last few weeksT_T Ada yang lagi kesian rupanya..

    Tak pe lah. Semua tu alat. Do and use them to the fullest utk tolong kita jadi hamba yang lebih mulia.

    Amin ya Rab..

    ReplyDelete
  3. ibnsoleh - Loh, sekali kantoi da..

    Ni nak prepare untuk interview embassy la. Interview lain-lain dulu, pastu bley ready interview embassy. hek..

    Dont worry. bgtaw dy availability on September 2011 de.. Gue cakap hobby going for vacations. dah kumpul duit nak pergi vacation with friends first. huhu..

    Doa mudah-mudahan Allah mudahkan visa gue sama Dayat.

    ReplyDelete
  4. insyaALLAH...amin...

    my first interview...banyak jawab taktau daripada tau...huhuhuhu...very brave huh?

    ReplyDelete
  5. نور توفيقا - Semua orang cakap dy busy. Budak-budak busy dengan permainan, student busy dengan assg, orang kerja busy dengan kerja, orang kawin busy dengan isteri, parent busy dengan anak-anak, pekedai busy dengan kedai.. bla bla bla..

    Kena banyak syukur dan doa mudah-mudahan dalam busy pun Allah masih gunakan masa kita untuk agama. InsyaAllah ganjaran yang besar di sisi Allah.

    asy_syakirin - haha.. Taktau dunia tak pa, jangan taktau akhirat..

    First chance is a last chance.. Yeah..

    ReplyDelete
  6. 1st tyme mai syeikh..
    nice blog + nice entry

    ReplyDelete
  7. Ibnu Mutalib - You're welcome~ nice to meet you. mai selalu no :)

    ReplyDelete
  8. Buat gua cuak pulak nak intebiu Selasa ni.
    Argh!

    ReplyDelete
  9. Bijen M. - Nak interbiu 4 bulan ka?? dont worri.. be hepi.

    ReplyDelete
  10. ada seorang di sri petaling,boleh adjust visa india,boleh dpat 4 bulan direct....

    ReplyDelete
  11. Anak Pendang Sekeluarga - Jazakallah khair.. InsyaAllah hujung bulan ni tafakut.. doa mudah-mudahan Allah mudahkan visa.

    ReplyDelete