February 17, 2011

Kualiti agama dalam diri..

Berkorban apa saja,
Harta ataupun nyawa,
Itulah kasih mesra,
Sejati dan mulia...

Cinta dan pengorbanan tak dapat dipisahkan..
Cinta akan lahir daripada pengorbanan..
Daripada pengorbanan akan terbit cinta..

Alamak.. Terjiwang lak.. teruskan..

Dan ramai juga yang terkorban kerana cinta.

'Orang-orang Allah' terkorban kerana cinta pada Allah swt dan Rasul saw. Tetapi 'orang-orang dunia' hari ini terkorban kerana cinta harta, cinta takhta, dan cinta wanita. Terkorban masa, terkorban harta, terkorban nyawa, terkorban maruah. 

Hasil pengorbanan pada perkara yang batil, maka datang cinta pada kebatilan dan hasilnya kebatilan makin hari makin bertambah. Walaupun wujud usaha agama, walaupun hari-hari ada manusia korban diri, harta dan masa untuk agama, ziarah mengajak manusia kepada Allah, kepada masjid, wujudnya majlis-majlis agama, kelas-kelas pengajian agama, madrasah-madrasah, ustaz-ustazah sheikh maulana bla bla bla, tapi kebatilan masih bertambah dan bertambah.

Kenapa arrr ??

Kerana pengorbanan kita untuk agama sebenarnya jauh lebih rendah daripada pengorbanan yang diberi oleh ahli-ahli batil terhadap perkara batil.

Aku bagi contoh yang mudah sempena hari kekasih..

Korang rasa brapa hinggit arrr yang akan dihabiskan oleh Romeo kepada Juliet untuk membeli hadiah dan belanja makan sebagai bukti cinta, kasih dan sayang ?? RM10 - bullshit la.. RM30 - tak mungkin.. RM50 - jarang-jarang.. RM100 should be..

Korang rasa brapa hinggit arrr orang akan sedekah dalam tabung masjid kew, orang miskin kew, madrasah kew ??? RM1 - Hampir semua.. RM10 - kadang-kadang.. RM50 - Jarang-jarang.. RM100 - maybe 2 tahun skali baru jumpa..

Jadi, kasih, sayang, dan cinta Juliet terhadap Romeo akan melebihi cinta korang terhadap masjid, surau, orang miskin dan madrasah. Maka orang lebih senang tinggalkan masjid, surau, dan madrasah daripada tinggalkan Romeo dan Juliet masing-masing..

Dan segi masa pun sama derrr. Pengorbanan masa untuk agama 3 hari, 40 hari, 4 bulan sedangkan pengorbanan masa untuk dunia setiap saat, setiap minit, setiap jam dan setiap hari derrr. Jadi cinta dunia makin hari makin bertambah, cinta agama makin hari makin slow. Slow n steady la..

Tapi ramai juga yang rasa cukup dengan korban masing-masing. Dah cukup dah ni, mati dah bley masuk syurga dah ni. Lalu angan-angan dapat gurau senda dengan bidadari-bidadari cantik yang kekal daranya. Orang-orang lama pesan sama kita, Titik tolak bermulanya penurunan agama dalam diri seseorang apabila terbitnya rasa puas hati terhadap kualiti agama dalam diri. 

Hakikatnya tak ada sebab untuk rasa puas hati dengan kualiti agama masing-masing kerana kualiti agama kita sangat jauh dibandingkan dengan kualiti agama sahabat-sahabat rhum. 

Dalam hal dunia semua kita pandai dan faham perlu tengok orang lebih kaya, tengok orang ada kereta lebih besar, rumah lebih besar, isteri lebih cantik, kedai lagi besar, duit lagi banyak, tanah lagi besar. Pesan kt anak-anak bila besar jadi cam Orang Kaya A, Orang Kaya B, Orang Kaya C sampy habis huruf nak listkan semua orang kaya dalam dunia. Tapi untuk hal agama cukup sekadar bandingkan dengan mat rempit, mat gam, dan mat gian lalu terbit rasa warak dan alim dalam diri. Lalu buat tafsiran bahawa tahap-tahap diorang ni la yang akan masuk neraka, jadi tahap-tahap kita ni suma masuk syurga la. What de hek..

Khalifah Umar Abdul Aziz rah apabila ditanya perbandingan dirinya dengan sahabat rhum, Perbandingan diriku dengan sahabat ibarat debu yang melekat pada tapak kaki kuda hadrat Muawiyyah ra. Kita dengan Khalifah Umar ?? Kita dengan sahabat ?? 
 
Dimana kualiti iman kita ?? Jom sama-sama cek..

- Rasa resah dan gelisah bila kualiti agama dalam diri berkurang melebihi rasa resah dan gelisah bila duit poket habis hujung bulan.
- Rasa gembira dan seronok bila kualiti agama dalam diri meningkat melebihi rasa gembira dan seronok bila duit poket masuk sewaktu poket dah kering.

Jadi.... tahap kuali atau tahap wali ?? Wali band maybe ~

Wallahualam..

Ingat mati, ingat sakit..
Ingatlah saat kau sulit..
Ingat ingat hidup cuman satu kali..
 
Berapa dosa kau buat..
Berapa kali maksiat.. 
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat..

Cepat ucap astafighrullahal'adzim..

9 comments:

  1. Kita sangat sayang dunia..

    Whilst ada sorang sahabat ni yang dah beli akhirat dengan dunia; Sa'id b Amir al Jumahiy. Gabenor waktu Khalifah Umar al Khattab perintah.. Dia saaaangat miskin. He had only one cloth, of which he washed it once a monthT_T

    There was this one time, Umar minta list fakir miskin dekat satu tempat ni (tak ingat, sorry), and Sa'id is in the list. Tsk

    Umar nangis, and sent 1000dinar for him. When the money reached him, he responded as if that's the worst thing ever happened. Isteri Sa'id tanya, "awatnya bang?"

    He said: "Dunia telah datang untuk menggantikan akhiratku".

    T_T

    ReplyDelete
  2. Hati resah gelisah tak dapat lesen leuar IPB.
    Hmmmmmm.

    ReplyDelete
  3. نور توفيقا - Sahabat takut dengan dunia, tapi kita sibuk nak minta dunia... Kena banyak istighfar. :(

    Bijen M. - Doa sama saya lesen IPB bulan April ni. Lepas dapat lesen leh kawin. Yeepeee !!!

    ReplyDelete
  4. نور توفيقا - Tertib untuk student, lepas tamat belajar, sambung belajar 4B IPB.

    Yang bujang, IPB sebelum kahwin - Tak pasti sama ada tertib atau just nasihat orang lama, tapi InsyaAllah besar kebaikan dan manafaatnya.

    Doakan sama gue..

    ReplyDelete
  5. Oh.. Cus abah saya cakap keluar 4 bulan tak semestinya IPB.. Tapi surely sgt significant to go there. As long as for HIM, sure sgt besar baik dan manfaatnya. Biiznillah.

    Kalau awak pergi April, awak ada geng best~
    Semoga Allah mudahkan semua. Amin..

    ReplyDelete
  6. نور توفيقا - Geng-geng karkun banyak yang kartun. Best blaka. haha... mudah-mudahan Allah mudahkan. Amin ya Rabb~

    ReplyDelete
  7. Weh.
    Gua nak pi April.
    Gua doa untuk lu, lu doa untuk gua.
    Deal!
    Kita keluar sama-sama.
    Lepas tu kawen sama-sama.

    IPB bukan lesen kawen.
    Tapi nak siapkan diri untuk kawen.
    Kalau sebelum kawen tak keluar IPB, lepas kawen liat nak keluar.
    2 benda jadi ujian buat kartun-kartun, kerja dan kahwin.

    ReplyDelete
  8. Bijen M. - Yeah, kita doa ramai-ramai, amin sama-sama. InsyaAllah mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan. kawin ?? Uik.. No.2 ?? Amin.. Amin.. Amin..

    *Mode: Extremely busy.. Tetiba sume lecturer menjadi hyper-active mingu ni, lalu bagi assg, quiz dan test serentak. Ho-liaw betoi..

    ReplyDelete