January 30, 2011

Penjajah yang nyanyuk..

Ini bukan artikel sejarah!!


Semua faham kan, Apakah itu merdeka? Merdeka itu bebas.. Orait..

Mengikut tafsiran kemerdekaan, sepatutnya bila Malaysia merdeka, penjajah-penjajah Portugis, Belanda, British ni kena berambus dari negara Malaysia bersama apa yang mereka telah bawa. Baru kita dikatakan benar-benar bebas. Malangnya apa yang berlaku; baju-baju, celana-celana pendek, sudu dan garfu mereka tertinggal di Malaysia, dan diguna pakai oleh orang-orang kita sampi ke hari ini.

Hoh.. Penjajah yang nyanuk..

Dan yang lebih serious, budaya-budaya kehidupan mereka juga terlupa nak diangkut naik ke kapal sekali. Maka budak-budak kecil telah pungut budaya-budaya barat ni jadi barang mainan mereka. Botol arak, daun judi, bla bla bla. Kemudian jadikan harta wasiat kepada anak cucu cicit, terus berkembang sehingga menjadi hobi masa lapang budak-budak zaman sekarang. Hasilnya gejala-gejala jahiliyah telah pesat membangun di negara kita.

Jadi aku nak tanya, siapa kata Malaysia dah merdeka angkat tangan?
Sapa yang angkat tangan, aku bagi cop mohor 'Buta Sejarah'. Malaysia dah merdeka 31 Ogos 1957.
Walaupun merdeka maksudnya bebas, tapi dah merdeka tak bermakna bebas..

Kita dah merdeka, tapi belum bebas.. Dan sama sekali tidak boleh bebas..

Walaupun budak-budak muda rasa mereka bebas, lalu merempit gaya bebas ukur jalan sana sini, tapi mereka tetap tak bebas nak pilih tarikh bila nak mati..
Walaupun ada orang rasa mereka bebas, lalu masuk pusat judi kasino, tapi mereka tetap tak bebas nak pilih brapa ringgit yang mereka akan untung..
Walaupun ada makhluk-makhluk yang rasa mereka bebas lalu tonggang arak satu tempayan, tapi mereka tetap tak bebas nak tentukan kesihatan mereka..
Walaupun ada orang suka-suka hati masuk pencalonan pilihan raya parti Bebas, tapi mereka juga tetap tak bebas untuk dipilih sebagi pemenang pilihan raya.. erk..

Pelbagai perkara manusia buat untuk kebebasan, dan mencari ketenangan juga dalam kebebasan. Sedangkan ketenangan tidak ada dalam kebebasan..

Dulu kala, tinggal seorang Raja sedang beristirehat di dalam istananya yang mewah. Sambil baring-baring, Raja meminta kepada Allah supaya diberi hidayat dan ketenangan. Sedang lepak-lepak layan jiwang, terdengar bunyi ala-ala tapak kaki manusia atas bumbung istana. Raja pun memekik, "Oi, siapa di atas? Buat apa kamu atas bumbung istana tu?" Dijawab makhluk itu, "Aku cari unta aku yang hilang". Jawab Raja, "Tak ade lagi orang yang bodoh macam kamu, cari unta atas bumbung istana." Lalu dijawabnya si makhluk, "Eh, kamu lagi bodoh, cari hidayah dan tenang dalam istana yang mewah". dot dot dot... jadilah si Raja ahli sufi yang hampir dengan Allah..

Jadi dimana sih maw cari yang namanya ketenangan??
Ketenangan tak ade di puncak Broga..
Ketenangan tak ade di jeram-jeram air terjun..
Ketenangan juga tak ade di Gunung Jerai..
Sesekali juda tiada di puncak Genting..

Yeah, ketenangan hanya ada dalam khazanah Allah.. Dengan mentaati perintah Allah, meninggalkan larangan Allah, maka hati akan menjadi tenang. Walaupun tanpa pergi ke Puncak Broga, atau mendaki Gunung Jerai, atau berpesta di Genting Highlands.

Dalam Quran Allah swt cerita bagaimana Allah berikan ketenangan kepada Nabi Ibrahim as di dalam api. Dimana saja Allah boleh bagi ketenangan, walaupun di dalam api. Dengan syarat kita ikut setiap perintah-perintah Allah dan menjauhi larangan-larangan Allah. Jadi tak salah nak panjat Puncak Broga, ukir nama di awan Gunung Jerai, atau lepak-lepak atas Genting Highlands, selagi ikut perintah Allah dan tinggalkan larangan Allah. Maka akan zahirlah ketenangan walaupun tidak bebas.

Yup.. tidak bebas.. tak boleh melakukan maksiat, tidak boleh untuk berjudi, tidak boleh tengok amoi, tidak boleh minum arak. Tapi insyaAllah hati akan tenang sih.

Ada orang bebas buat maksiat, bebas berjudi, bebas tengok amoi, bebas minum arak, rempit gaya bebas, tapi hati mereka sesekali  tidak merasai tenang. Kerana pada hakikatnya hati mereka masih dibelenggu dengan hasutan syaitan dan nafsu syahwat. Jadi secara batinnya mereka masih lagi tidak bebas, walaupun mereka melaungkan "merdeka" 100 x 8 pada setiap kali bulan 8..

Untuk membebaskan hati daripada belenggu syaitan dan syahwat, caranya???

Aku ada segelas air Milo. Tapi aku nak minum air Nescafe. Maka aku perlu buang air Milo, masukkan air Nescafe. Sekiranya aku tak buang air Milo, terus masukkan air Nescafe, maka yang terhasil bukan Nescafe, tapi Neslo. Aku tak maw air Neslo, aku nak air Nescafe..

Jadi buangkan Syaitan dan Syahwat (cinta harta, takhta, wanita) daripada hati, masukkan cinta Allah dan cinta Rasul dalam hati. Oh, sangat senang bercakap. (tepuk tangan)
Bagaimana??

Tanyalah Ustaz.. TV 9..

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah
mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.” – Surah Ali Imran: 31

Wallahualam..

*Perhatian:
- Dilarang mengambil artikel aku sebagai rujukan sejarah kemerdekaan Malaysia!!

9 comments:

  1. Mereka tak salah, tuan....
    Ini salah saya....=(

    ReplyDelete
  2. ibnsoleh - Kena jumpa mereka minta maaf

    ReplyDelete
  3. armouris - semoga Allah swt pelihara kita semua daripada penyakit nyanyuk..

    ReplyDelete
  4. well i guess Pakistan, India, Singapore, Indonesia, U.S.A, New Zealand still being colonised then...

    Since no one in China wear KIMONO out of colonization by Japan i can say China is already Merdeka

    ReplyDelete
  5. Munir Kangsari - But now China already colonised a world by their good.. :)

    ReplyDelete
  6. Ku ukir namamu di awan Gunung Jerai.
    Disaksikan laut, daun nyiur melambai.

    ReplyDelete
  7. Bijen M. - Yeah, Cinta pantai merdeka.. Pantai pun nak merdeka gok..

    ReplyDelete
  8. Even syllabus dekat sekolah are meant to make us grow in ways "they" want the generations to be..

    If only can build a school of our own. Use books and syllabus of our own. Change the way how we can nurture and fertilize the root of the generation..

    Hurm.. Makin banyak dunia masuk, makin banyak akhirat keluar.. Tsk.

    ReplyDelete
  9. نور توفيقا

    - InsyaAllah 'syllabus' kat rumah can help to build better generation as we hope. But, only use Syllabus cara Nabi saw.. :)

    ReplyDelete