January 5, 2011

Earth Hour

What does credit hours mean?

Jam Kredit. Well, suma korang tahu sebab korang pelajar-pelajar bijak di universiti dulu.
Syarat minimum untuk graduated universiti aku adalah 125 total credit hours.
Korang faham kalu tak cukup credit hours, sure tak boley graduate.

Bukan itu saja, attandance klaz pun kena lebih 80%.
Less than that, sorry! InsyaAllah you will be barred from the examination.
Jadi bila nak ponteng kena calculate brapa percent dah aku ponteng. Hek...

Itu kes 'hours' untuk student universiti.

Satu hari aku bersemangat pergi kedai gunting rambut pkul 900 pagi.
Operating hours: 900am - 900pm.
Hampeh... Tutup.
Pukul 10 baru buka.
Akal korang fikir mana ada orang nak potong rambut awal-awal pagi!
Tapi hakikatnya korang dah kerugian bagi setiap kepala yang datang awal sebelum 9pagi.
Bayangkan satu hari korang rugi 4 kepala x RM 8. Kalu 1 bulan RM 900.
Boleh bayar duit rumah banglow sebijik. atau
Boleh bayar duit kereta baru sebijik. atau
Boleh simpan untuk pergi haji dan khuruj.

Korang patut fikir: "aku kena buka kedai gunting rambut pukul 700am".
Mesti ada orang pagi-pagi kelam-kabut nak gunting rambut sebab:
1. Ada interview pukul 900am.
2. Ada meeting dengan clients pukul 900am.
3. Nak daftar masuk universiti pukul 900am.
4. Nak daftar anak masuk darjah satu pukul 800am!
Well, rakyat Malaysia suka buat kerja last minute.
Think positive bro!!!

Orang kata kalu nak maju sebab masa. Jepun, Europe, bla bla bla.
Nak rugi, mundur, lembab pun sebab masa.

Lihat budak-budak sukan.
Korang juga tak terlepas dari masa.

Orang main bola, rugbi, hoki pun guna masa.
90minit tamat, Malaysia menang 3 - 0, Malaysia menang.
90minit tamat, Indonesia menang 2 -1, Indonesia menang.
Yeah Malaysia menang AFF Suzuki Cup agregat 4-2.

Kalu korang athlete olahraga, brapa rekod dunia 100m dulu dan sekarang?
Dulu 9.69sec - 9.58sec Sekarang
Beza 0.11sec.
Macamana dyorang rekod aku tak kisah, sampy 0.01 pun bley track. superb.
Just beza zero point something second dah buat satu dunia bergegar.
How importants that a second!

Kalu korang bukan atlit, bukan juga student.
Dah tentu korang kerja pejabat.
Pukul brapa masuk office?
Apa akan jadi kalu korang lambat 5 minit?
'Red' = 'Merah'. Sebab masa.
Prinsip aku: alang-alang lambat, biar lambat betul-betul.

Kalu korang suka jalan-jalan shopping kt supermarket,
korang parking keta pun system masa.
Sejam pertama RM5. Jam berikutnya RM2. bla bla.
Masa itu duit!!!

Kalu korang budak-budak baik macam aku jaga solat jemaah di masjid,
Maka korang akan selalu tengok jam bila. . .
1. Korang bangun tidur.
2. Korang tengah makan atau rehat tengah hari.
3. Korang tengah layan radio waktu petang.
4. Korang sampy rumah time waktu sudah hampir gelap.
5. Korang tengah tengok Berita Utama pukul 8.00pm.

Bagi aku orang yang jaga agama adalah orang yang jaga masa.
Jangan cakap korang kuat agama tapi time management tak pernah betul.
Serious penipu...
Solat, puasa, zakat, haji bla bla...
Semua ikut masa ma.

Nabi saw sendiri beratkan dan zihin sahabat pasal masa.

Sahabat Abdullah Rawahah ra tangguh khuruj fisabilillah setengah hari saja semata-mata untuk ibadat solat jumaat belakang nabi. Nabi saw bgtaw kamu telah terlewat masuk syurga setengah hari akhirat daripada rakan-rakan jemaah yang lain. Setengah hari akhirat = 500 tahun dunia. Nabi saw zihin sahabat tentang time management!!!

Diulang, time management, yeah...

Itu tangguh hal khuruj semata-mata untuk ibadat belakang Nabi saw.
Bagaimana dengan masa yang dihabiskan dengan perbuatan sia-sia?
Bagaimana dengan masa yang rugi kerana perbuatan maksiat?
Bagaimana dengan masa yang rugi kerana meninggalkan perintah Allah?
Berapa lama terlewat masuk syurga?
Berapa lama nak kena lepak dalam neraka?
Kemana dihabiskan masa mudamu?

Masa, masa, masa...
Orang agama tolong jaga masa...
Orang dunia pun tolong jaga masa...
Semua orang jaga masa...
Dapat pahala senangkan orang...
Sebab korang tak tepati janji, korang dah failed hubungan dengan manusia...
Sebab korang tak jaga masa solat jemaah, korang dah failed hubungan dengan Allah...
Sekian~

*Ps: Yeah, credit hours aku dah sukup 125jam untuk graduate Uniten sem ni. hehe...
  Doa aku cepat-cepat keluar!!!

4 comments:

  1. Weh, camna mamat ni bley menyelinap masuk cni lak. haha...

    ReplyDelete
  2. fulamak...secara sengaja telah memancung kepala aku...anyway tq...azam nk solat kt masjid...doa2...

    ReplyDelete
  3. mfaizal_fuad: mana da pancung. headshot tu. by sniper lagi. hak.

    ReplyDelete