January 14, 2011

Risau vs Slek..

Kita hanya tahu, tapi tak pernah fikir..

Kenapa anak-anak dihantar masuk tadika pada umur 5 tahun lagi..
Kenapa budak-budak dihantar masuk sekolah rendah pada umur 7tahun..
Kenapa anak-anak dipaksa menghafal sifir 1 - 12 sehingga lancar.. (penderaan anak2)
Kemudian ikut kelas tuition, kelas tambahan, private teacher, kelas intensif..
Oh, Sebab UPSR dah dekat..
Maka anak-anak akan study smpy larut malam untuk skor exam..

Lepas PHD (Pass Habis Darjah) kehidupan diteruskan dengan sekolah menengah..
Ikut kelas tuition, kelas tambahan, private teacher, kelas intensif..
Yup, PMR dan SPM dah dekat..
Maka anak-anak akan study sampy larut malam untuk jawab exam..

Bila dah tamat sekolah, hantar anak-anak masuk IPT, Kolej, Universiti..
Maka mereka akan belajar rajin-rajin, sungguh-sungguh..
Study sampy larut malam..
Pergi kelas walaupun hujan lebat..
Untuk dapat CGPA yang bagus bila graduate..

Dengan harapan daripada result yang baik maka akan terhasil kerja dan pendapatan yang baik..
Pangkat dan kedudukan yang baik..
Kehidupan yang senang, mewah dan bahagia..

Tahukah anda inilah dinamakan fikir risau dunia..
Kerana risaukan akan masa depan anak-anak, maka ibu-bapa telah bergerak dan berusaha..
Mudah-mudahan dengan usaha yang dibuat dapat menjamin masa depan anak-anak..

Kesimpulan, dengan fikir risau maka akan datang usaha..

yeah.. itu dunia..
semua kita faham kan?

Tak perlu lagi aku tambah contoh..
Peniaga risau akan perniagaannya,
Peladang risau akan perladangannya,
Majikan risau akan pekerja-pekerjanya..
Bla bla bla... beribu-ribu lemon... aku pun dah boring nak baca sebab dah terlalu faham..

Tapi yang tak faham-faham adalah kerisauan atas akhirat..
Bukan korang ja, aku pun buat-buat tak faham dan memang tak pernah faham..

Kalu aku risau akan akhirat diri aku.. maka aku tak duduk sini surf tenet lagi dan lagi..
Sebaliknya keluar dakwah lagi dan lagi untuk bekalan akhirat.. (pancung diri sendiri dalam hikmah, mudah-mudahan berkesan)
Disebabkan kurang kerisauan, maka kurang usaha untuk tingkatkan agama dalam diri; aka slek nongeng-nongeng

Orang yang ada kerisauan atas akhirat keluarganya..
Maka sudah pasti ada usaha untuk bawa kehidupan beragama dalam rumahnya..
Ta'lim rumah, bacaan quran, solat jemaah di masjid..

Lagi tinggi darjat bila ada kerisauan akan jiran-jiran sebelah rumah, kemudian sebelah kampung, then sebelah negeri, next sebelah negara, following sebelah benua, lastly sebelah bumi..
Kerisauan sampy hari kiamat.. jangan buat-buat lupa!!

Maka akan bergeraklah manusia-manusia yang risau ini ke seluruh muka kampung, bandar, negeri, negara, benua, bumi untuk selamatkan ummat di kehidupan masa depan-depan..
Mudah-mudahan dengan usaha yang dibuat menarik hidayat Allah swt ke seluruh muka alam dan muka manusia sampy hari kiamat..

Sebab itu Nabi saw dan sahabt-sahabat r.hum bergerak seluruh alam sampykan agama..
Kerana mereka semua mempunyai kerisauan akan agama untuk ummat sampy hari kiamat..

Maka dengan adanya risau, akan wujud usaha..

Risau dunia, usaha dunia..
Risau akhirat, usaha akhirat..

Maka untuk tambahkan bekalan akhirat..
Kurangkan kerisauan pada dunia..
Maka usaha dunia sendirinya akan berkurang..
Dan usaha akhirat akan bertambah dan bertambah..
Jadi akan berkurang penyakit ummat 'slek nongeng-nongeng'..

Sekain
Sekian..


No comments:

Post a Comment