December 19, 2010

Tikus Membaiki Labu

Apakah tindakan anda apabila kereta rosak?
Bolehkah kereta membaiki kereta?

Mana mungkin kereta Wira boleh membaiki kereta Wira yang rosak.
Mana mungkin kereta BMW boleh membaiki kereta BMW yang rosak.

Kereta perlu di hantar ke bengkel apabila rosak.
Hanya orang yang berkemahiran membaiki kereta yang boleh membaiki kereta.

Orait, kita semua faham akan masalah ini.
Well...

Tapi sekiranya manusia yang rosak, apakah tindakan anda?
Bolehkah manusia membaiki manusia?

Mana mungkin manusia boleh membaiki manusia.
Mana mungkin orang lain boleh membaiki kita.

Manusia yang rosak perlu dihantar ke masjid.
Manusia tidak boleh membaiki manusia.
Allah swt sahaja yang boleh mambaiki manusia.

Hal ini ramai yang tak faham.
Sebab tu bermacam-macam kursus motivasi, jatidiri, binadiri, intensif dibuat bermatlamat untuk membaiki manusia yang rosak.
Tetapi manusia tetap tidak baik-baik, malah bertambah rosak.

Asbab penyakit dijadikan ubat.
Racun dianggap sebagai penawar.

Ayuh kembalilah ummat kepada amalan masjid.
Apabila manusia dibawa kepada pencipta manusia,
Apabila manusia dibawa kepada tempat rawatan yang betul,
InsyaAllah, pencipta manusia sendiri akan membaiki manusia.

Manusia yang sihat mampu menikmati makanan yang lazat.
Tak caya, cuba beri ayam KFC kepada orang yang sakit gigi.

Well, suma orang faham...

Hakikatnya mentaati perintah Allah adalah lazat.
Solat, puasa, zikir, tundukkan pandangan, adalah lazat.
Disebabkan iman yang rosak maka perkara yang lazat dirasa kelat.
Jadi Iman yang rosak perlu segera dirawat supaya tak bertambah tenat.

Well, suma orang tahu...
Tempat yang betul di masjid-masjid.
Pencipta iman sahaja yang mampu membaiki iman yang rosak.
Dengan usaha amalan-amalan masjid dan khuruj fisabilillah.
InsyaAllah. . .

Camna nak masuk r ?

Tak perlu masuk, keluar ja...

*Well... tak perlu jadi tikus membaiki labu. Sekian~





3 comments:

  1. btl tu bro..
    xsiap repair iman dlm 3 hari..
    lanjut lagi dlm 40hari..xsiap lg..
    lanjut lagi 4 bulan..insyaAllah sampai ke mati iman kita kena baiki!
    ayoh keluar lagi & lagi sampai kita tiada lagi

    ReplyDelete