March 2, 2011

Just shut up and do..

Tetiba ja ada orang suruh trim janggut ??
Serabut.. serabai.. tak kemas.. tak ensem ??

Sila cakap, "Janggut sunnah para Nabi. Ko perlu mengucap dan istighfar"..

Kalu korang taknak buat kebaikan, jangan halang orang buat kebaikan.
Just shut up & istighfar.. Doa mudah-mudahan Allah bagi taufik untuk amal..

Perkara sunnah bukan benda gurauan mainan badut sarkas.. Kalu yang banyak songeh sibuk minta dalil, quran, hadith - sahih ka dhaif.. Mana nas ??  Korang baca:
Qul a'uzubirabbinNAS... malikinNAS.. IlahhinNAS.. (smpy abih ayat..)
Amik.. sekali 6 nas aku bagi...

Tambah lagi 1 nas, Ya ayuhanNAS Quluu Lailahaillah, Tuf lihu.. 
Cukup 7 Nas..

Kalu nak hikmah skek, cakap "Just shut up and do"..

Orang ingat amalkan sunnah penampilan ni perkara kecil dalam agama. Sugi, jubah, serban, janggut, celak.
"Ini kulit ja bang, yang penting isi.."
Aku nak tanya, "Korang nak beli ka orang jual pisang tanpa kulit ??"
Kulit melambangkan isi.. Baik kulitnya baik isinya ngok..

Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging. Bila baik, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat, nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah itulah hati. (maksud hadith)

Dalaman ada kebesaran sunnah Nabi saw, baru luaran boleh ikut..
Luaran boleh ikut sunnah Nabi saw, sebab dalaman ada kebesaran sunnah Nabi saw..
Bukan kira amalan kecil amalan besar.. 

Tiada istilah kecil dalam amalan agama. Amalan agama semua besar.

Iman itu ada lebih 70 cabang. Yang tertinggi daripadanya adalah kalimah Laa Illaha Ilallah. Dan yang terendah daripadanya menyingkirkan duri daripada jalan. (maksud hadith)

Orang ingat menyingkirkan duri (halangan) daripada jalan ni perkara kecil. So buat dont know ja. Sedangkan kalu perkara itu pun kita tak mampu nak buat, dikhuatiri iman yang selemah-lemahnya ini pun kita tak ada.

Kalu malas buat amal tahap kritikal, tak perlu sibuk cari alasan nak tutup kemalasan dan kebodohan sendiri. Ngok betoi.. Lagi ngok kalu tak maw buat, pastu kondem dan halang orang buat amal..

Kondem orang buat ziarah ajak pergi masjid. Jadi allergic bila jumpa orang ziarah rumah cakap bab-bab agama ni, "Tak yah crita.. Aku dah tau dah.. Aku dah tau dah.."
Kalu jumpa makhluk camni, boleh tanya balik, "Apa yang pakcik tahu arrr ?? ce cite ce cite.."
Heaw... baru dia tahu yang dia tak tahu..

Orang yang rasa dia tahu, tapi sebenarnya dia tak tahu - Itu lah Jahil.. Atau dalam Bahasa Melayu, ertinya bodoh..

Jadi nak hilangkan kejahilan, pergi la belajar Ilmu.. Ilmu menghilangkan kejahilan.. Selalu-selalu lah berdamping dengan ulama, bersahabat dengan mereka. Mudah-mudahan dapat manafaat daripada ilmu mereka.

Sebaliknya ramai hari ini, bukan ustaz, bukan alim.. Sibuk buat fatwa sendiri, cari dalil sendiri, perasan dah faham agama. Sedangkan korang juga sama macam aku, student engineering, IT, account, medic, bla bla.. Itu yang bertambahnya spesis-spesis Ayah Pin kat dunia ni. 

Apabila terdapat persoalan atau masalah agama, tempat yang seharusnya dirujuk adalah kepada para ustaz, alim dan ulama. Mereka lebih memahami agama daripada kita. Tak perlu jadi bodoh sombong. 

Yang sibuk nak hujah dan dalil pun, p cari ustaz-ustaz, alim-ulamak, guru-guru yang mursyid.. Tanya depa sendiri.. Aku just orang awam yang biasa, mengajak kepada maaruf, dan mencegah kemungkaran.. Dulu time-time slow pernah gak aku tanya ustaz satu persoalan agama, ustaz pun jawab. Pastu aku minta dalil. Dy bagi dalil power punya, "Balik dan amalkan apa yang diberi tahu. Bab dalil, hadith, khilaf ini urusan kami, bab kami. tak perlu masuk campur." kuang.. kuang.. 
Rumusannya, "Just shut up and do.."

Satu kisah, ada seorang ulama (atas kelemahan aku, aku lupa nama ulama ni..) yang sangat dikenali atas kelebihan berhujah dalam menyelesaikan sebarang keraguan. Syaitan datang dengan menyerupai seorang manusia niat untuk merosakkan iman si ulama. Lantas mengajak ulama ini berdebat dan berhujah. Ternyata kesemua persoalan telah dijawab oleh ulama dengan baik. Tiba soalan yang terakhir, si ulama terdiam tidak mampu menjawab. Dan hal ini telah disedari oleh tuan guru kepada si ulama, yang ketika itu sedang mengambil wuduk disebalik dinding. Lantas dilaungkan, "Katakanlah olehmu aku beriman kepada Allah swt dan Rasul saw tanpa hujah dan tanpa dalil"..

Wallahualam ~


7 comments:

  1. huhu marah nampak...sabar..byk doa.
    Semoga Allah beri kefahaman pada saya dan semua ummat utk amalkan keseluruhan agama hga akhir hayat....amin

    ReplyDelete
  2. You must be writing this in anger..
    Good that u vent ur anger for good though.

    Sabar, istiqamah.

    ReplyDelete
  3. ahlia azharjaafar - semua marah dari dulu sampy skunk dikumpulkan dalam satu entry.

    نور توفيقا - not really marah.. ntah camna bley tertulis emotional lak. hadoi..

    ReplyDelete
  4. Emo emo emo.
    Ha ha ha.
    Pe cite der?
    Ce cite, ce cite.

    ReplyDelete
  5. Bijen M. - Sekali sekala emo, baik untuk kesihatan der..

    ReplyDelete
  6. luahankan kemarahan ko dlm solat tahajud...
    aku cakap utk diri aku juga...hahhahaha

    p/s:jemput share pandangan tuan berkaitan artikel terbaru...di blog sy..

    ReplyDelete
  7. Anak Pendang Sekeluarga - InsyaAllah.. sama2 amalkan.. tahajud amalan wajib para nabi.. belajar2 wajibkan untuk diri sendiri.. =)

    ReplyDelete