March 8, 2011

Kisah Penarik Beca..

Kelihatan seorang pakcik tua sedang mengayuh beca di bawah terik matahari. Digagahi kudrat lelaki tuanya, membawa seorang brader triple XXL menaiki bukit menuju pekan. Percikan keringat tua membasahi baju t-shirt putih yang dipakainya. Sesekali dibuka topi koboinya dan dikipas-kipas ke muka menghilangkan sedikit kepenatan..

Dalam kepenatan, digagahi kayuhannya menuju ke seberang bukit. Di situ juga keletihannya akan terbalas dengan skeping not merah RM10 sebagai upah pekerjaannya untuk sesuap rezeki..

( Ish.. sejak bila aku pandai bersastera nih ??? )
Sambung balik..

Kesusahan kerja dihadapi dengan hati yang tenang demi sesuap rezeki..

Di satu sudut yang lain, seorang pakcik penarik beca yang lain sedang bersantai membesarkan perut dan punggung. Di parkir becanya di bawah bayangan rendang pokok, lalu dilunjurkan kedua kaki ke hujung handle. Menikmati angin sepoi-sepoi tak reti bahasa, di ambil topi koboinya dijadikan penutup muka sebagai pelindung terjahan tahi burung secara tiba-tiba..

Nampak macam tenang, tetapi hatinya dipenuhi dengan kegelisahan kerana belum ada customer yang ditariknya.. maka belum lagi berhasil ringgit dan sen di dalam koceknya.

Nampak susah tak semestinya menderita ma..
Nampak tenang tak semestinya seronok ma..

Nampak macam buat amal ni tak best, menyusahkan, membebankan..
Sebenarnya seronok dowh, aman, tenteram, tenang, bahagia..
Nampak macam buat maksiat seronok, gembira, hepi go lucky..
Sebenarnya hati tersangat gelisah kucar kacir haru biru..

Malu down ketuk-ketuk rumah orang ni.. jatuhkan air muka sendiri.. ajak orang pergi masjid.. Tapi aku buat dont know ja, teruskan amal.. Sebab di sebalik kemaluan adanya keseronokan ~

Segan gila bila pakai sunnah jenjalan pusing pekan.. Tapi still aku buat dont know gak, siap perasan hensem lagi.. Sebab aku terbayang syafaat Nabi saw kt akhirat nanti..

Aku pun suka dapat lepak-lepak tengok TV kat rumah daripada pergi masjid smayang jemaah..
Tapi aku pergi juga sebab nak dapat kelebihan amal pergi masjid smayang jemaah..

Bley jadi sasau nampak awek cun comey putih melepak, pakai baju t-shirt ngan jeans lagi.. Tapi aku try2 tundukkan pandangan ala-ala lelaki melayu beriman terakhir.. sambil buat muka slumber gaya orang tak dak nafsu.. Terus aku pujuk diri aku bidadari lagi comey woiii...

Dan bila aku rasa lemah.. Aku selalu bayangkan betapa luluh hancurnya hati Nabi saw tatkala dibentangkan buku-buku amalan ummat di dada baginda pada setiap hari Isnin dan hari Khamis.. Sian kt Nabi saw tengok keadaan ummat baginda..

Pa lagi, terus bangun buat gash... yeah~

12 comments:

  1. Mungkin inilah yang dikatakan kebahagian dalam kesusahan.. (",)

    Ya Rasulullah, maafkan kami kerana kami jauh dari kehidupan sunnahmu.. Betapa sukar hidup ini tanpa dipimpin olehmu..

    ReplyDelete
  2. orang yang hampir dengan Allah, semakin bahagia bila diuji.

    azab pada tubuh,nikmat pada hati...

    ReplyDelete
  3. fuad ansari - Kebahagiaan dalam rumah tangga.. eh :)

    Ibnu Mutalib - Khabbab ra, Bilal ra.. Inilah idola-idola kita.. Islamic Idol~ :)

    ReplyDelete
  4. Selalu je puji bidadari:(

    Awak tahu kan, wanita mukmin tu diakhirat nanti, jaaaauh lagi cantik dari bidadari.. Bidadari tu dijadikan perbandingan untuk ukur kecantikan wanita mukmin. Secantik2 bidadari being much much much described, tapi wanita mukmin tu lebih, lebih, lebih lagi..

    Dan wanita mukmin tu jaaaauh lagi mulia dari bidadari. Laaagi mulia. Sebab wanita mukmin tu dicipta untuk hidup didunia, ditimpakan ujian, etc.. Tapi bidadari memang diciptakan untuk hidup di syurga semata- mata..

    Doa dan usahalh semoga mak awak, perempuan dalam keluarga awak, isteri awak, dan anak2 awak nanti tergolong dalam wanita mukmin. Kita mesti nak tinggal dengan orang kita sayang di dunia dan akhirat, kan?

    Aminnnn....

    ReplyDelete
  5. نور توفيقا - Eh, Dr Pqa.. Jangan marah. Nanti cepat tua.. T_T

    Betul-betul..

    Kalu Dr Pqa jadi wanita solehah..
    Dr akan jadi ketua kepada bidadari..

    Dah tentu Dr lagi cantik pada bidadari..
    Lagi comey pada bidadari..
    Lagi cun pada bidadari..
    Lagi putih pada bidadari..
    Lagi mulia pada bidadari..

    Tapi..

    Jangan riak.. :)

    Amin ya Rabb..

    ReplyDelete
  6. (Sorry tak sengaja emoT_T)

    Insya Allah..
    Nanti dekat syurga kan kita semua suci dari perasaan yang tak baik..

    :)

    ReplyDelete
  7. نور توفيقا - Kengkadang emo okay.. Jangan selalu ma.. InsyaAllah..

    ibnsoleh - (shh..) Amboi~ Dah dapat kerja baru.. bila nak open table ??

    ReplyDelete
  8. "Malu down ketuk-ketuk rumah orang ni.. jatuhkan air muka sendiri.. ajak orang pergi masjid.. Tapi aku buat dont know ja, teruskan amal.. Sebab di sebalik kemaluan adanya keseronokan ~"

    Err.. lain macam je bunyiknya..

    ReplyDelete
  9. azharjaafar - Ehh... lain padang lain belalang.. haha..

    ReplyDelete