March 10, 2011

The road to success..

Sahabat rhum solat 2 rakaat anak yang mati hidup balik..
Sahabat rhum solat 2 rakaat pengisar gandum keluar gandum secara otomatik
Sahabat rhum solat 2 rakaat keldai yang mati hidup balik..
Sahabat rhum solat 2 rakaat dapat jalan atas air..
Sahabat rhum solat 2 rakaat hujan turun dalam kebun..

Taming Dari ra selesai masalah gunung berapi dengan kibaskan selendang..
Abdullah ibn Umar r.ma pulas telinga singa yang lepak tengah jalan..
Umar ra selesai masalah Sungai Nil dengan 2 pucuk surat..
Umar ra selesaikan masalah gempa bumi di Madinah dengan hentak kaki..
Umar ra bagi arahan tentera waktu perang semasa sedang khutbah atas mimbar..

Banyak lagi bantuan Allah kepada Nabi saw dan sahabat-sahabat rhum sehingga tak tertulis banyaknya.. ( atau, aku yang malas nak tulis ?? )

Bila dengar bantuan-bantuan Allah kepada Nabi dan Sahabat, ada suara-suara sumbang, kumbang, beruang dan belalang cakap..

Mereka boleh lah mereka sahabat.. Mereka hidup dengan Nabi saw. Mereka berada di kalangan Nabi saw. Mereka mendapat ajaran terus daripda Nabi saw. 

Meh sini cek nak xplain...

Ustaz bgtaw, orang yang cakap camtu, dia sangka buruk dengan Allah swt.. Allah yang sama pada zaman Nabi saw, adalah Allah yang sama pada zaman kita. Apa yang Allah swt boleh bagi pada Nabi dan sahabat, Allah juga boleh bagi pada kita. Tapi dengan syarat cara yang kita guna sama dengan cara Nabi saw dan Sahabat-Sahabat rhum guna.

Huhu.. ayat skema cam bayan..
Ok2... Meh aku story kisah seekor cacing ??
What ??
Alkisah~

Seekor cacing tempatnya di dalam tanah.. Kejayaan cacing apabila dia dapat duduk diam-diam dalam tanah, maka dia akan selamat dan dia berjaya.. Sebaliknya apabila cacing keluar saja daripada tanah, apa yang akan berlaku...
    1. Kaki-kaki pancing akan ambil buat umpan
    2. Ayam-ayam akan patuk buat satey
    3. Burung-burung akan patuk buat dinner
Maka cacing tadi telah gagal.. Akibat keluar daripada tanah.. asbab kejayaan dan keselamatannya..

Same concept..

Allah swt letakkan kejayaan manusia dalam agama.. Ikut cara Nabi saw. Jadi manusia yang cari kejayaan di luar agama, maka untuk orang-orang ni..
    1. Syaitan akan jadi penasihat mereka
    2. Nafsu akan jadi raja mereka
    3. Mereka akan jadi hamba pada dunia
Maka manusia ini telah gagal.. Lebih gagal daripada cacing yang keluar daripada tanah.. Labih gagal daripada cacing yang jadi umpan kaki pancing.. Dan lebih gagal daripada cacing-cacing pita dan cacing-cacing kerawit..

Kalu kat Universiti aku, bebudak yang failed wajib repeat balik. Ambil balik subjek yang failed. Sampy lulus..
Jadi manusia kategori gagal iman dan gagal amal ni, apply the same concept..
Korang pun kena repeat gak. Repeat mendalah nya??
Yeah... Repeat-repeat Ulang-ulang-ulang cakap kebesaran Allah untuk renew iman.. 

Sehingga wujud yakin sepertinya yakin Nabi saw dan Sahabat.. Buat usaha dan korban seperti korban Nabi dan Sahabat.. Ikut sunnah Nabi saw..
Kena buat lagi-lagi sampai tiada lagi.. Macam Nabi saw dan Sahabat rhum buat.. Baru leh kira berjaya can Nabi dan Sahabat berjaya..

Orang yang berjaya, baru leh dapat anugerah, hadiah, dean list, sijil, convo.. Hadiah daripada kekasih hati, intan payung.. Same concept also ma..
Orang yang berjaya dalam agama, macam Nabi dan Sahabat berjaya, baru leh dapat hadiah berupa bantuan-bantuan dan nusrah Allah.. Itu yang aku tulis berjela-jela kat awal entry tadi..

Dan lebih-lebih lagi hadiah yang Allah sediakan kat akhirat.. Tak pernah dilihat, tak pernah didengar, tak pernah terfikir, tak pernah terlintas.. superb~ Syurga.. Muka ensem.. Makan sedap.. Mahligai besar.. Taman-Taman.. Sungai Madu.. Sungai Susu.. Sungai Arak..

Bidadari comey.. 
( Uiks, jangan marah.. Nanti kena jual ~ )

Tapi tiada tandingan sama sekali dengan nikmatnya melihat Wajah Allah.. dapat Redha Allah...
Ini lah Allah yang kita puji hari-hari waktu kt dunia.. Ya Allah.. nikmatnya~

Mudah-mudahan Allah swt golongkan kita di kalangan orang yang berjaya dunia dan akhirat.. Seperti mana Nabi saw dan Sahabat rhum berjaya..

Alluhumma Amin..

Wallahualam..

*Finally.. today was my last day of class in Uniten.. Huhu~ dont know what I feel..
-There you are.. :(


16 comments:

  1. Arab mana ade hurup 'nga' nak eja Taming Dari
    Tu macam keris taming sari je bunyi nye
    =)

    ReplyDelete
  2. ibnsoleh - aduh... sangat jahil aku.. T_T
    Akibat selalu tengok cerita P Ramlee..
    Tamim bin Aws Al-Dari ra..
    Haha.. mekasay ya Pak Ustaz..

    ReplyDelete
  3. Sahabat sangat bagus..
    Jom sama2 amal 6 prinsip to the fullest, kita ulang balik the glorious times of Islam macam apa yang dah orang2 sebelum ni usahakan~

    ReplyDelete
  4. نور توفيقا - Umar Abd Aziz rah ditanya perbandingan dirinya dengan Muawiyyah rhu: seperti debu pada kaki kuda Muawiyyah rhu. Huh.. kita ?? Sangat jauh.. Kena buat usaha lagi-lagi atas 6 sifat.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  5. Insyaallah...

    "Agama Allah jadi untuk dunia & agama Allah jadi untuk akhirat"

    ReplyDelete
  6. BaiTiL a'tiQa - Amal agama bila-bila masa, di mana saja, tanpa mengira apa.. ya~

    ReplyDelete
  7. Sahabat solat dua rakaat, benda mati boleh hidup.
    Kita solat dua rakaat, benda hidup boleh mati.
    Nyamuk misalnya.
    Allah.
    Ampun kami ya Allah.

    ReplyDelete
  8. Bijen M. - Ummat akhir zaman nyer darjat, baru angkat takbir, barang yang hilang jumpa balik.. hebat :)

    ReplyDelete
  9. MasyaAllah hebat umat sekarang.
    T_T

    ReplyDelete
  10. Usaha perlu dihebatkan untuk ummat akhir zaman.. :)

    ReplyDelete
  11. maulana saad selalu pesan,nusrah Allah swt pd sahabat bukan kerana mereka bersama nabi saw,ttp,kerana amalan mereka,

    semua org perlu fhm...termasuk sy...

    umat ini pun boleh dpt nusrah yg sama,dgn syrat amalan mesti sama dgn amalan shabat...termasuklah segi hijrat dan nusrat...

    ReplyDelete
  12. Anak Pendang Sekeluarga - Jom, sama-sama buat usaha 6 sifat sahabat.. lagi-lagi dan lagi sampy tiada lagi.. :)

    ReplyDelete
  13. satu orang bagi tau, student dan bujang masih belum buat tabligh,, yang betul buat tabligh adalah orang yag dah bekerja, berkahwin , bini cntik dan kuat merajuk dan menangis tapi still dapat keluar..hhehe... azam tuan ,mahu kekal dalam usaha sampai mati.. amin..doakan saya juga..

    ReplyDelete
  14. alifzikri - InsyaAllah.. sama2 azam tambah sayap.. :)
    Doa mudah-mudahan Allah istiqamahkan sampy mati.. Amin..

    ReplyDelete
  15. Semoga Allah kekalkan hidayah untuk anda semua dapat beramal dan berikan saya hidayah yang sama untuk beramal

    ReplyDelete
  16. Anonymous - InsyaAllah.. doakan hidayat untuk semua.

    ReplyDelete