February 11, 2011

Kisah orang bujang dan orang kahwin..

Satu petang di kedai kopi.. aku lepak-lepak dengan seorang pakcik J (Joss). Sambil baca surat khabar, dia buka satu berita yang agak menarik: Pakcik Duda Ketemu Jodoh Makcik Janda. Umur linkungan 70 tahun sih.. dah tua pun kahwin lagi ???

Sambil melahap makanan, pakcik J mulakan bicara. "Tengok, tua-tua pun masih ada jodoh. Tak payah risau-risau sibuk cari marka. Belajaq dulu bagi habih." Menasihati aku sebagai anak bujang di depannya.

Lantas dan pantas aku mencelah, "Ish, tua-tua camtu ada nafsu lagi ka ??? " ( Soalan orang bujang )

Tiba-tiba.. Jeng-jeng-jeng (pasangkan irama seram-seram bodoh)

Duuush ~~~

Satu tempeleng hinggap pada kepala aku..

Haaa' (dengan nada sengau)
Tu la hang... Asyik pikiaq menda tuuuu ja..
Kalu sebut kawin, pikiaq menda tuuuuu ja..
Kalu pikiaq menda tu, ingat kawiiiin ja ..

Pakcik J memulakan zihinnya..
Perkahwinan ni membina kekeluargaan Islam. Berkeinginan untuk ada teman, boleh diajak berborak, berbual, bersembang, berbincang, gurau senda. Itu pasal yang Pakcik janda tu kawin lain, maw ada teman ma ~

Bukan menda tuuuu ja.. Memang la menda tuuuu pun sebahagian daripada perkahwinan, perlu disalurkan kepada tempat yang sepatutnya. Supaya tak terjadinya penzinaan. Tetapi kalu pikiaq menda tuuu ja, itu yang jadi penceraian, masalah bla bla bla.. Sebab tak dak fikir nak membina kekeluargaan Islam.

Daripada perkahwinan akan berkembang zuriat-zuriat keturunan yang baik.. supaya lahir daripada keluarga-keluarga kita orang yang membantu agama Allah, hafiz-hafizah, alim-alimah, ustaz-ustazah, daie-daie'ah, imam, kadi, bilal, siak, AJK masjid bla bla bla...

Allah swt telah menjadikan Ibadat Perkahwinan sesuatu yang sangat-sangat mudah.. Cuba tengok Rukun Nikah :

1. Lelaki
2. Perempuan
3. Akad Ijab dan Qabul
4. Wali
5. Saksi

Sekadar menghalalkan pertemuan dua lubang kencing ja. Tak perlu susah-susah.. 

Cuba compare dengan Rukun Solat: 
 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13

Sendiri maw ingat la.. Hari-hari solat ~

Tapi hari ni, Ibadat Perkahwinan telah jadi ibadat yang paling susah, dengan adat-adat nya, baju persalinan, belanja ribu-ribu lemon, hantaran tinggi gunung Jerai, majlis grand ala-ala Arab, ala-ala Mediteranean, ala-ala Melayu, ala-ala Europe, ala-ala Orang Asli, ala-ala Orang Tabligh la.. la la la...

Tapi Ibadat Solat yang susah diambil mudah. Sebab apa aku cakap susah - Maulana Zakaria rah bgtaw, "Aku dapati tidak kurang 200 masalah khilaf dikalangan ulama berkaitan dengan amalan Solat." Tapi Ibadat Solat ni la yang kita pandang remeh, tinggal-tinggalkan, lengah-lengahkan, ambil ringan, buat dont know, buat slumber badak macam badak, malas nak khusyuk, malas nak solat panjang-panjang, dan macam-macam lagi la korang bley tengok kt masjid-masjid..

Udah-udah mas.. malas aku nak membebel panjang-panjang sebab aku pun belum ada pengalaman berkahwin.. hak ~

Petua kepada siapa nak cepat kahwin, doa la supaya aku cepat kahwin, tapi jangan bgtaw aku lak =)

Siapa yang mendoakan saudara muslimnya tanpa pengetahuan saudaranya, maka Allah swt akan kirimkan malaikat untuk doakan perkara yang sama kepada dia. (lebih kurang maksud hadith)

Jangan lupa masukkan sekali dalam doa korang : yang solehah, alimah, hafizah, dan yang cantik, cun, comey pun boley disekalikan gak.. seriously aku tak kisah ~

Alright, selamat beramal no..


15 comments:

  1. Dari lubuk nurani kesyukuran buat ilahi,
    Moga rahmat melimpah xbertepi,
    Doa agar kukuh iman di hati,
    Yang mendamba cinta hakiki,
    Semoga dalam usaha ke firdausi...

    "Allah di Hati"

    ReplyDelete
  2. BaiTiL a'tiQa -

    Usaha iman hari-hari,
    Sampy kita tiada lagi,
    Puisi peringatan untuk diri,
    Tenkiu daun keladi.

    ReplyDelete
  3. yup...may Allah is the tujuan of the pernikahan...~

    ReplyDelete
  4. asy_syakirin - Mudah-mudahan daripda pernikahan Allah kurniakan zuriat keturunan yang baik2..

    ReplyDelete
  5. Ada pulak "pertemuan dua lubang kencing."
    Belemoih-_-
    For guys yes, not for girls..

    ReplyDelete
  6. نور توفيقا - Yes, tamsilan not necesssarily true. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

    ReplyDelete
  7. Bukan main lagi hang ni noh...
    Yg komen pulak semua bertutup litup...
    Tak lama dah tu...
    Moga dimudahkan..
    Opss...takleh lagi...
    Lum amik lesen IPB lagi!!!! Heheheeeee~

    ReplyDelete
  8. ibnsoleh - Akhirnya, masuk satu komen berkopiah. =)
    - Allahummaamin ~
    - InsyaAllah... tengah usaha dapatkan lesen bulan April ni. Doa manyak2 sama gue.
    - Yang dah dapat lesen bila lagi??? nanti expired lak. heaw~

    ReplyDelete
  9. asy_syakirin - Amin ya Rabb al-'alamin..

    ReplyDelete
  10. biasa la tu...
    org berkopiah-kaum yg diancam kepupusan.
    moga Allah istiqamahkan, aamiiiiiin...

    p/s:ritu dgr mcm Maulana Saad ada bgtau, lesen IPB kitorang valid for the whole life...eheheheeee

    ReplyDelete
  11. Kahwin ala Tabligh macam mana der?
    Ni yang gua curious ni.
    Nak try jugak!

    ReplyDelete
  12. ibnsoleh - valid for the whole life. but better renew every year. =)

    Bijen M - oh... itu iras-iras kenduri tema ala-ala Arab zaman nabi dulu. Tutup-tutup, simple-simple camtuu.. lauk kambing jangan lupa.

    ReplyDelete
  13. Tapi hari ni, Ibadat Perkahwinan telah jadi ibadat yang paling susah.. <-- sangat setuju dengan statement ni.. Kalaulah masyarakat dapat kembali memudahkan perkahwinan, saya percaya banyak masalah dapat diselesaikan..Sehingga dapat dilihat hari ini amatlah sukar untuk individu itu memudahkan perkahwinannya, kerana banyak pihak tidak akan bersetuju.. aduyai...

    Apa guna nak gah masa perkahwinan, jika tiada barakah dan rahmat Allah..

    ReplyDelete
  14. fuad ansari - Yup.. kurangkan adat, tingkatkan sunnah. InsyaAllah, ada barakah dan rahmat di sisi Allah.

    ReplyDelete