December 5, 2010

"Hujan-hujan ni, pegang jangan lepas"

Tak pernah dibuek aku pengalaman ngeri ini. mungkin yang pertama kali dan yang terakhir. (bercakap dengan nada yang serious!)

Menerima jemputan yang tak sepatutnya dijemput. Oh... Jemputan kenduri kawin di Terengganu kepada kawan-kawan bujang di Selangor. Mahu gilo dibueknyo. Iya pak, gue tahu itu ngak wajib. Jauh bangat sih. Tapi memandangkan aku adalah lelaki Melayu terakhir merangkap anugerah sahabat mithali, bersama sahabat-sahabat mithali yang lain telah menunaikan jemputan tersebut dengan hati yang happy. (Membuat keputusan secara tiba-tiba apabila termimpi dan teringat penangan kopok lekor)


Maka sahabat-sahabat mithali ini telah membuat sedikit mesyuarat tingkap dan akhirnya keputusan yang dicapai adalah seperti yang tersebut di bawah . . .

Jumaat (Tengah Malam) - Bertolak daripada Selangor ke Terengganu
Sabtu (Subuh) - Tiba di Dungun
Sabtu (Lepas Subuh) - Berjumpa sedara Haji Ding sebagai penunjuk jalan
Sabtu (pagi) - Berlepak sebentar di rumah Haji Ding merehatkan baju dan seluar
Sabtu (Tengah hari) - Bertolak ke K.Terengganu menghadiri upacara akad seterusnya makan kenduri
Sabtu (petang) - Makan kopok lekor + Lepak Tepi Pantai
Sabtu (Maghrib) - Bertolak pulang ke Dungun
Tiba-Tiba - Mendapat kol daripada sorang sedara ajak untuk ziarah dy di Paka
Sabtu (Isya) - Terus ke Paka
Sabtu (Tengah Malam) - Bertolak balik Selangor
Ahad (Subuh) - Sampai Selangor

Kerja gila o... Korang penumpang bley tido bila-bila masa. Aku bersengkang mata 36jam memandu sampy berbiul kepala. Pusing alam 360 darjah. Sampy ja rumah terus KO sampy petang. Di tambah pemanduan dahsyat dek penangan pemanduan di Litar Karak. Uh, jalan macam roller-coster naik turun sambil kona baring. Gila wacakaplu. Dah la hujan lebat. pastu semua bapak-bapak pemandu lori dan bas ala-ala schumacher bawak keta ferrari F1. macam nak terbang kereta aku korang potong.

Sempat pegi Tok Bak (lebih kurang la, tak ingat aku nama sebenar) makan kopok lekor. Aku ingat dah salah masuk pos office, siap ada panggil nombor, pastu ada kounter lak tu. Uih, gila betoi depa ni. sampy kena ambik nombor nak beli kopok lekor. Apsal la sedap sangat kopok korang nih. korang buh daun ganja ka??? hehe... jangan marah no. gurau kasar.


Alhamdulillah, zohor tu majlis akad berjalan dengan lancar. Tok kadi pun sempoi, bayan ringkas dan padat. Pendek ja akad Terengganu. aku tengok kat kampung aku di Kedah, panjang berjela. Sian pengantin yang kawin di Kedah. haha. Tahniah sedara Norrid_Riddy@mutakallim_ummat. Memang stylo la wacakaplu. Jawab akad laju tahap keretapi laju Jepun. Letih tok kadi nak catch-up. Alhamdulillah pendengaran to kadi pun ala-ala concord. jadi tadak hal la nak catch-up keretapi laju. Huhu

Jangan korang tanya aku bila lagi. Perhatian, aku masih muda. Tunggu umur sunnah 25tahun baru korang tanya aku. Kawan aku ni umur 25, kira masyuk la tu. Dapat 2 sunnah, sunnah kawin dan sunnah umur.

Orait, dah selesai bab kawin, bley sambung bab lain lak. Nanti ramai orang-orang bujang yang terkesan. Hakhak... Ok. Selamat Pengantin Baru, Semoga berkekalan sehingga ke akhirat. Semoga bergumbira di malam hari. Oh...

*Nota Tambahan: time kenduri waktu aku tengah borak ngan pengantin lelaki, tetiba datang sorang pakcik tua salam, dan cakap kat pengantin lelaki, "hujan-hujan ni, pegang jangan lepas". pastu gelak besar kaw-kaw. Apakah rahsia di sebalik itu? Biarlah rahsia? Tepuk dada buatlah tafsiran masing-masing. ehem.... ehem...

No comments:

Post a Comment