August 15, 2010

Amalan Langit

15 Agustus 2010; 5 Ramadhani 1431H
Ahad 

- Alhamdulillah syukur kepada Allah sudah berlalu 5 hari Ramadhan penuh barakah. tetiba terasa rajin untuk menaip 1st entry untuk bulan ogos dan ramadhan. huk...

- Last week dengar takril pak kiyai daripda Indonesia. Kononnya nusrah jemaah, tapi nusrah telinga ja. haduh... tetibe je rase ringan nak menaip input2 yang diberikan untuk manfaat aku terutamanya. supaya x lupa. maklum aja student dunia, dengar bab akhirat. camtu la jadinya.

- Satu kali Rasulullah saw berkata kepada Muaz ra ketika berada di dalam satu kenderaan; wahai muaz mahukah aku sampaikan kepada kamu satu perkara. Sesungguhnya Allah swt mengutuskan di setiap langit ini seorang malaikat yang menjaga amalan hamba untuk naik ke atas. Di langit pertama seorang malaikat diutus, maka dia akan melihat amalan hamba ini naik daripada bumi. Ada yang bercahaya seperti matahari (nur daripada amal), ada yang bercahaya seperti bulan, dan ada yang bercahaya seperti bintang. (amalan yang gelap terus turun x bisa naik, oh~) 

- Lalu dikata, aku diutus oleh Allah swt untuk menjaga amalan hamba. Tidak akan melewati tempatku amalan hamba sebagus apapun, seindah apapun, selagi dihatinya masih ada cinta dunia. ~ Amalan aku, amalan korang lepas x?? waduh...

- Langit kedua dijaga oleh seorang malaikat, lalu dikata, aku diutus oleh Allah swt untuk menjaga amalan hamba. Tidak akan melewati tempatku amalan hamba sebagus apapun, seindah apapun, selagi hamba itu masih ada 'ghibah' (menceritakan keburukan orang = umpat = fitnah) ~ azam x jadikah sebagai hobi aku. tambah2 time bulan posa...

- Langit ketiga dijaga oleh seorang malaikat, lalu dikata, aku diutus oleh Allah swt untuk menjaga amalan hamba. Tidak akan melewati tempatku amalan hamba sebagus apapun, seindah apapun, selagi hamba itu masih ada hasad (iri) di hatinya. (Hasad hanya boleh dalam 2 perkara; infakkan harta di jalan Allah dan orang yang mengajarkan ilmu kerana Allah - boleh cek kitab Fadhail Amal) ~ Tukarkan hasad aku, hampa dan korang secepat mungkin...

- Langit keempat dijaga oleh seorang malaikat, lalu dikata, aku diutus oleh Allah swt untuk menjaga amalan hamba. Tidak akan melewati tempatku amalan hamba sebagus apapun, seindah apapun, selagi hamba itu masih ada ujub (bangga diri) di hatinya. ~ Suma Allah buat, aku x buat apa2...

- Langit kelima dijaga oleh seorang malaikat, lalu dikata, aku diutus oleh Allah swt untuk menjaga amalan hamba. Tidak akan melewati tempatku amalan hamba sebagus apapun, seindah apapun, selagi hamba itu masih ada sifat takabbur. (tafsiran ulama, takabbur bukanlah berpakaian bagus, berkereta mewah, tetapi apabila diberitahu perkara yang hak, dia menolaknya) ~ Hidayat untuk aku dan ummat ya Allah...

- Langit keenam dijaga oleh seorang malaikat, lalu dikata, aku diutus oleh Allah swt untuk menjaga amalan hamba. Tidak akan melewati tempatku amalan hamba sebagus apapun, seindah apapun, selagi dihatinya tidak ada belas kasihan. (terutamanya belas kasihan kepada ummat = fikir risau ummat) ~ Selalu kasihan sama kucing, kekasih hanya Allah dan Rasul....

- Langit ketujuh dijaga oleh seorang malaikat, lalu dikata, aku diutus oleh Allah swt untuk menjaga amalan hamba. Tidak akan melewati tempatku amalan hamba sebagus apapun, seindah apapun, selagi dihatinya masih ada syirik kecil riak. (tak sesiapa yang tahu termasuklah malaikat, cuma Allah swt yang tahu). ~ Azam 20 rakaat tarawikh dan istiqamah... hehe...

# Dimanakah amalan kita??? kuang... kuang... 
# Istighfar dan taubat terutama di bulan Ramadhan yang barakah... 
# Sapa-sapa nak kuar 4 bulan, boleh doa nama aku - nnt Allah hantar malaikat untuk doa korang. 
# Kalu yang nak kahwin, boleh doa nama orang lain la. aku belum sedia - erk...

No comments:

Post a Comment