August 22, 2010

Jalan-Jalan Cari Masjid

Ahad, 22 Ogos 2010, 12 Ramadhan 1431H

Mengkalu crita bab tawarikh tarawikh ni, dah selalu dengar dan baca dan lihat, permasalahan 8 dan 20 rakaat. jadi x maw komen bab ni. dah terang, jelas, nyata lagi bersuluh. terang bak matahari, tanpa perlu lampu picit. dan aku bukan ustaz yang pandai bab-bab hadith ni, jadi x nak terang bab ni, korang, hampa dan aku bley baca di blog-blog ustaz-ustaz yang mursyid (kalu ade ustaz yg mursyid wat blog la... lalala....) jadi sama-sama kita mengembleng tenaga tingkatkan iman, baru ada kekuatan untuk teruskan 20. (peringatan untuk diri aku terutamanya)... heh...

Program harian Ramadhan aku sebagai seorang bujang trang...tang...tang... jalan-jalan cari masjid, yang ada juadah berbuka yang sedap dan semestinya free.  seterusnya solat tarawikh 8 or 20, bergantung kepada masjid, imam, dan iman. huhu...


Di sini aku bahagikan beberapa kategori masjid dan surau:
Masjid A: 8 rakaat - 9:35pm
Masjid B: 8 rakaat - 10:00pm
Masjid C: 20 rakaat - 10:05pm
Masjid D: 20 rakaat - >10:25pm

Disini ada 4 kategori masjid yang buat 8 atau 20... aku tanak komen yang smayang habis istiqamah di masjid D, tabik spring sma lu. iman yang mantap dan berkarisma. tapi x bermakna hampa, korang dan aku tak perlu wat usaha atas iman.

Tapi aku nak komen tentang aku la (kadang-kadang ja), haduh... cari masjid yang paling laju skali, 8 rakaat lak tu... semestinya pilihan terbaik Masjid A. Iman lemah dan semestinya perlu diusahakan. Lagi bagus dan terbaik kalu ada yang lebih laju, padat dan tepat... keadaan parah dan tenat... edeh...

Dan kalu ditanya kepada ahli-ahli 8, kenapa wat 8, bukan 20:
Aku Student : Busy la dengan assg, test, homework, blog dan project
Orang Kerja : Letih la kerja teruk, penat, lelah dan semput.
Ayah : Menghantuk Mengantuk dan lapar. jom balik
Ibu : Kena balik awal, nak buat persiapan untuk supper dan bersahur
Anak : Ayah dan mak kata, nanti lepas 8 tunggu kat keta. jangan p mana2

Sekira diteliti kesemua jawapan di atas, rumusan dan kesimpulannya, yang tersurat dan tersirat adalah CEPAT... semua nak cepat. jadi pilihan terbaik untuk korang dan kadang-kadang aku juga, jom ke Masjid A. Bagi ahli-ahli 8, masjid terbaik dalam record aku adalah 9:20pm... Bley cari di sekitar Bangi / Kajang. Tapi cuma hari isnin saja, sebab imam tu bertugas pada hari Isnin saja. Harap Maklum.

Tapi aku nak timbulkan satu persoalan, was-was dan anjaib, pelik serta kehairanan apabila ahli-ahli 8 pergi tarawikh di Masjid B yang endingnya pada jam 10:00pm. (jeng... jeng... jeng...) Daripada korang-korang tarawikh di Masjid B sehingga pkul 10:00pm, dan smestinya hanya 8 rakaat sahaja tunai... lebih baik korang Tarawikh di Masjid C, extra 12 rakaat = 20 rakaat, dan semestinya habis tetap lebih kurang pukul 10:00pm. (pendapat aku yang jahil, mengikut logik, tetapi tetap bley diamalkan) huahua....masa yang sama, rakaat yang lebih.

Tetapi dah masuk sesi kelas ujian ke-2, jadi aku dan korang suma kena tingkat iman dan amal, dengan mengurangkan alasan di atas. dan bersedia jiwa dan raga, diri dan harta, untuk final exam. setahun hanya sebulan ma... lepas exam dah bley raya... jadi di kesempatan ini, aku nak mengucapkan selamat beramal, dan teruskan beramal. dan sekira ditanya kepada ahli 8 dan 20, siapakah yang mahu malam LailatulQadar, maka pasti dan pasti, hampa, korang dan aku akan mengangkat tangan tinggi-tinggi... jadi sama ahli-ahli 8 dan 20 berusaha untuk mendapat al-Qadar. Cara yang mudah, ahli 8 doa kepada ahli 20 supaya dapat al-Qadar, dan begitu juga sebaliknya. maka Allah akan hantar malaikat yang maksum, yang semestinya berpuasa dan x pernah berbuka, bersolat yang pasti bukan 8 atau 20, yang akan mendoa perkara yang sama untuk korang.

jadi untuk orang yang macam aku, "ahli kadang-kadang", semua orang doa untuk aku no...
hehe. Semoga sama-sama mendapat pengampunan daripaNya... 

- Hepi Hari Raya Aidilfitri (Terlalu awal sangat-sangat)





No comments:

Post a Comment