August 25, 2010

Nasihat untuk student

25 August 2010, 15 Ramadhan 1431H,
Wednesday, Rabu

Minggu lepas, rakan karkun datang bawak 2 orang jemaah 40H khususi budak-budak rumah aku (termasuk aku la). dan 2 orang tu student Madrasah Sri Petaling. Jadi terjadilah kisah pertemuan student di antara 2 alam dan 2 darjat. jadi, minggu2 exam & test ni memang slalu la kena khususi, sbb busy ja dgn study smpy tunggang-langgang amal. bulan ni saja dah 2 kali kena khususi. Alhamdulillah, tetamu datang rumah bawak rahmat....

Tapi nak kongsi perbualan, pengalaman dan nasihat sebagai seorang student walaupun berbeza alam dan darjat.

Student SP kata time depa dan dyorang nak dekat2 exam, memang busy la study. bawak kitab ke hulu ke hilir. boleh sebut ahli kitab sebab terlalu banyak masa bersama kitab sehingga masa-masa amal, tidur dan rehat terpaksa dikurangkan. amal pun x jaga.

Aku kata owh sama-sama. Aku pun time2 dekat exam test ni memang slalu bawak dan baca buku. masa rehat, tidur dan amal pun terkurang. tapi perbedaan antara kita adalah walaupun student sp kurang amal, tapi mereka dah berada di dalam suasana amal dan dikira amal walaupun x amal. hahaha.... tapi aku kalu kurang amal... em....

jadi Student Sp bagi nasihat skek yang boleh aku dan korang2 amalkan:

1. Baca Yaasin setiap pagi lepas Subuh... (aku kadang-kadang amal. dan kadang-kadang jarang-jarang. jadi azam istiqamah...)

2. Doakan kawan-kawan dan member-member berjaya dan cemerlang. sebutkan nama setiap orang, fulan bin fulan dalam doa kita dan doakan kejayaan dan kebaikkan utk depa. nanti Allah hantar malaikat untuk doa perkara yang sama pada kita. amalan ni dy bgtaw, ustaz dy galakkan. time ustaz dy blajar, lebih seratus nama ustaz dy sebut dlam doa. dan alhamdulillah mungkin berkat doa dy pada kawan2, Allah beri dy result yang baik.

3. Banyakkan sedekah dan tawassul amal. cara yang mudah, sedekah benda-benda yang mudah ja, gula-gula ka, bagi kt budak-budak atau kawan-kawan kelas. dan niat sedekah kerana Allah. semoga Allah swt bantu dalam peperiksaan test. minta juga Allah swt bantu untuk kuar 4 bulan. Ada hadith pasal tawassul amal, yang 3 orang terperangkap dalam gua, kemudian sorang tawassul dengan amal memberi minum susu kepada parent, sorang lagi tawassul dengan amal sedekah kt pekerja yang dulu x ambil upah, dan sorang lagi tawassul dengan amal tinggalkan nafsu walaupun dalam keadaan menguasai (boleh rujuk kitab).

4. Boleh juga wat nazar, dan sememangnya ramai yang nazar. tapi ustaz kata nazar ni kedekut. dah dapat baru nak buat amal. jadi yang terbaik buat amal dulu, baru minta kt Allah. (baru terfikir yang selama ini aku kedekut... aduh...)

InsyaAllah azam amal dan sampaikan. semoga Allah bagi kekuatan untuk aku amalkan. Selamat Beramal... (nada iklan radio)



2 comments:

  1. tambahan:
    stiap kali sblm p lecture, bc at least satu hadith utk d amalkan pd hari tu, insyaAllah

    ReplyDelete
  2. Anonymous - Baca 2 hadith pun ok.. hehe.. selamat beramal..

    ReplyDelete