July 29, 2010

Kisah Brader Sudanese

27 July 2010, Monday Malam
15 Syaaban 1431H


Crita sambutan nisfu syaaban dengan azam baru... untuk extra josh & less slek... huahua....  dengan azam baru dan josh terus buat ziarah member-member foreign di Uniten. Yang best ziarah rumah pak abang arab nih, konpem kena baling dengan pinggan mangkuk roti arab dan salad. kali ni g serang rumah brader Sudanese. beriya-iya nak bagi kitorang makan spesel, roti pita/arab + salad (tomato + timun + minyak zaitun tanpa was2 + ?????) + telur dadar + nasi lemak (konon nak ikram) + jus oren. antara tetamu VVIP yang hadir: aku, mutakallim-ummat, dan Khairuldin, masuk dengan penuh bersemangat dek perut yang lapar. Alhamdulillah...


Gambar di atas adalah rupa 'Special Vegetarian Salad' dengan tomato dan timun bersama 11 herba rahsia resepi Sudanese yang dimakan bersama roti pita (bukan sejenis cacing) dan rasa yang memang umph dan mantap (tapi tidak bagi mutakallim-ummat kerana menghidap penyakit elergic terhadap sayur-sayuran).


Potrait kenangan aku (kanan) bersama Muhammad (tengah) dan Muttasil (kiri skali = nampak kaki sahaja) sebagai cheff terhormat pada malam itu. Kelihatan mutakallim-ummat turut berada di dalam gambar tetapi hanya kaki sahaja yang berjaya dikesan (kanan sekali) mungkin dalam kesedihan akibat sangkaannya meleset untuk makan briyani kambing Sudanese.


Set makanan harian Sudanese telah terhidang dan sedia untuk dijamah tetapi tetamu VVIP masih cbuk bergambar kenangan akibat teruja kali pertama melihat makanan Sudanese (kecuali mutakallim-ummat yang kemudian berpura-pura keluar untuk mengambil rakan di Residence-Hotel melarikan diri daripada menempuh saat-saat yang sungguh menyukarkan ini)


Roti terpaksa dihidangkan di atas meja bagi menjamin kualiti, mutu dan keaslian tradisi masyarakat disamping saiz roti yang terlampau besar sehingga menyukarkan tuan rumah mencari pinggan yang terlampau besar.


Waduh... camera-man x bertauliah la ni... Mekasih buat brader Muhammad dan Muttasil atas hidangan istimewa Sudanese. Sekian~ sape2 nak merasa masakan Sudanese bley konteks Khairuldin untuk membuat tempahan meja dan set masakan Sudanese... Sedap Sehingga Menjilat Jari (sunnah nabi / not KFC) 

No comments:

Post a Comment