July 23, 2010

Walimah

13 May 2010, Sunday

Notice: Aku masih teruna... oleh yang demikian, gambarku tiada dalam gambar-gambar di atas dan di bawah. sekian~ Hehe... Aku sekadar insan biasa, menjadi jurugambar pada majlis kenduri kak aku. wa... dapat first abang ipar. terbayang nnt aku kawin . . . hahaha. . . .  tapi bahaya bayang-bayang ni.. bayangan gurauan ja la --- Mega :

tak pernah ku alami...
tak mungkin ku hindari...
dihimpit perasaan...
bayangan gurauan...

di dalam jaga ku tercari-cari...
di dalam tidur ku termimpi-mimpi...
siapakah zorro gadis misteri...
melambai dan terus menyepi...
(cont..)
dah.. pandai-pandai la sambung...

berbalik kepada kisah benar

Majlis akad nikah telah berlangsung dengan gilang gemilang dan berjaya dengan saksi-saksi yang professional dan jurunikah bertauliah (berserban), imam masjid sebelah umah aku (Masjid Al-a'la)... adakah aku juga bersedia menghadapi saat-saat genting dan penuh mendebarkan ini??? pengalaman yang sungguh menyeronokkan ini?? Hari ini dalam sejarah?? haha... banyak tul persoalan yang timbul...

Majlis makan-makan kat dewan utama pejabat daerah... idea yang bagus bagi mengatasi masalah-masalah yang timbul sebelum, semasa dan ketika kenduri.. sebelum: x perlu ligat nak mengemas rumah. letih ma... semasa: x timbul masalah hujan, panas, ribut, taufan, angin lintang, parking, beliung dan sama waktu dengannya... selepas: x yah cbuk-cbuk wat rajin kemas rumah... jadi aku boleh merehatkan tenaga-tenaga zahir dan batinku yang sememangnya malas... kehkeh...

cam airport kapai terbang nak landing... siap ada lampu2... perlukah aku berjalan disini suatu hari nanti?? atau tidak?? kerna cik zorro gadis misteri itu... melambai dan terus menanti... yeah.... biar takdir menentukan segalanya.. pasrah pada Yang Esa... (Ayat Jiwang + Falsafah Kelas Tinggi - Sastera Sanskrit)... kembali kepada isu semasa, Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar, makanan suma cukup, tetamu suma kenyang, hadiah-hadiah manyak, duit tuan rumah pun penuh poket. dan lagi-lagi la... majlis disudahi dengan tidur dalam kesunyian bagai dilanda garuda akibat keletihan melampau walaupun kerja sebagai photographer yang tidak bertauliah... adakah perlu aku menjadi photographer pada majlis kenduri aku?? camna tu?? tapi apa yang penting, jangan membazir... kenduri biasa-biasa pun ok. selagi maksud sebenar kenduri tercapai. lagi-lagi la harga barang pun dah naik.. minyak pun dah naik... gula naik... dan suma akan naik... waduh... jimat-jimat... say no tu membazir...

tapi ada satu yang gembira...

bila barang naik... isteri gembira... wassup??? (18sx)

hehe... renung-renungkan dan selamat beramal...



1 comment: