November 24, 2010

Tanjung Penang


Minggu ni apabila aku buka blog aku; Eh, ramai pulak peminat-peminat aku daripada dari Penang (terkejut tidak sampai tahap beruk). Please!! Believe it... Nana Tanjung, anak mami? Hak....


Aku yang tak tahu malu mengaku bahawa itu bukan lah mana-mana keturunan jin atau jembalang. Sebaliknya itulah gerangan aku yang sedang lepak-lepak di Penang untuk final year projek aku. Akulah yang setia membuka blog aku sendiri dan berasa syok sendiri untuk menaip entry baru. Heaw... Aku terpaksa turun Penang untuk ambil beberapa dokumen untuk final projek aku. here



Dengan perasaan yang sangat risau dan takut, aku terpaksa turun site untuk minta data-data dan dokumen yang diiktiraf sebagai private and confidential. Kengkawan aku yang buat projek di lain-lain station pun menghadapi masalah yang sama dan pulang dengan tangan yang kosong. Mengkalu tak dapat data-data tu, dengan izin Allah, FAIL la oi.

Aku dah bgtaw supervisor aku tentang masalah ini, dia suh aku dapatkan gak, by hook or by crook. Melutut, merayu, menangis sampy depa bagi. Gunakan apa cara sekalipun. Gena sih ?

Dengan dakwah iman yakin; Allah kuasa, makhluk tadak kuasa. Aku terus melangkah ke hadapan. ceewah...

Aku pun pergi dengan bergaya kemas, tampan dan bermuka manis dan buat-buat baik sangat-sangat. Semoga mereka-mereka simpati terhadap aku dan memberi data-data yang aku mahu tanpa banyak songeh/karenah. Ingat ka mudoh-mudoh bley dapat, rupanya susoh gok. Waduh dong...

Banyak lak birokrasi, protokol, kerusi, dan orang nak kena jumpa. Jumpa setiap orang nak kena xplain menda yang sama berulang kali. Susah betoi nak setel masalah terpaksa berhubung dengan manusia. Kena cakap slow and steady, sabor, bertenang dan pura-pura ikhlas. Kalu dengan mesin senang ja. Terus shutdown buka balik. Habih kuat format/repair balik. Hak...

Jadi aku terpaksa stay seminggu di Penang untuk mengcopy data dan dokumen yang berkaitan. Mekasey kepada member-member yang sudi membantu, membekalkan data, penginapan, tunjuk jalan, kedai makan, jalan pintas, bla bla bla... Alang-alang dok Penang, kepala otak ligat cari idea. Yeah... Nasi kandaq konpem. Cari jeruk buah, makan kuih Vadey (makanan orang India yang sedap gila), pusing georgetown, batu ferringhi, naik ferri... Syoknya Tanjung.

Orang utara panggil Penang; Tanjung. Kira kalu kata nak p Tanjung tu, nak p Penang la. Pa lagi, jom bercuti-cuti di Tanjung. Cuti-Cuti Malaysia. Cuti sekolah boh. Bawak kawan-kawan, famili, adik-abang, anak isteri makan angin. Lapangkan minda, tenangkan jiwa, melihat kebesaran Allah. Jom...


2 comments:

  1. assalamualaikum,
    alang2 kt penang, singgah la markas kt Penang, masjid benggali kt lebuh leith, b'dekatan ngan penang road.

    ReplyDelete
  2. Anonymous - wsalam wbt.. InsyAllah.. ada azam, tapi belum sempat. :)
    Sempat lalu ja on d way p makan nasi kandaq. sedap..

    ReplyDelete