September 21, 2010

BBQ Raya

Sempena bulan raya dan makan-makan, dan open house sana-sani tak henti-henti, aku ngan member-member pun nak buat pesta makan-makan BBQ Raya dengan jemputan seramai 9 orang, secara tertutup dan berbayar... owh...

Apa yang boleh dimakan hari ini?
Kita nak makan apa hari ini?
Siapa kita nak makan hari ini?

Disini aku kemukakan 3 persoalan yang tiba-tiba timbul mengenai makan. Selalunya persoalan pertama untuk orang-orang susah tak ada makanan. jadi tanya apa yang boleh dimakan hari ini? Tapi untuk golongan pertengahan sibuk tanya kita nak makan pa hari ini? sebab terlalu banyak pilihan makanan di luar sana. Dan ada juga orang 'luar biasa' yang kadang-kadang bertanya, siapa kita nak makan hari ini? Pedulikan mereka.

Memandangkan aku yang paling ensem di kalangan semua hadirin hadirat sekalian, maka aku diputuskan menjadi driver ke carefour mencari bahan-bahan BBQ. Berbelanja lah dengan jimat. Beli yang perlu aja: Ayam selonggok, nenas seguni, bawang sekaton, rempah selori, dan arang sebukit.

 
yeah... diputun-putun sehingga kecil-kecilan 

Pembahagian kerja bermula ~ eh korang putun-putun sayur kasik kecil-kecil buat salad... korang lak pegi perap ayam.... korang yang dok saja tu bley buat air... korang ni buat nasi planta la.... korang-korang kat sana tu gi lekat api.... and last but not least, aku buat bodo ja buat-buat busy~
 
 
 Tudia ~ nasik planta hasil ayaq tangan aku

Selepas 2 jam menunggu ayam perap sebati diperap sambil mendengar bayan tentang perihal perkara di atas tanah dan di bawah langit, maka berjalan lah acara kemuncak, perasmian oleh Yang Berbahagia Pengerusi Rumah Karkun dengan simbolik membakar ayam-ayam yang telah maut di sembelih dan diputun-putun secara kejam untuk dilahap oleh pelahap-pelahap sekalian.

  
Owh... sian nasib ko ayam. dah la dibunuh dan disembelih, kemudian dilapah dan dibakar untuk menjadi santapan sekalian khalifah-khalifah bumi (tdak kena mengena dengan isu-isu semasa mahupun sensasi)

Yeah... haruman nasik bercampur baur dengan haruman ayam meningkatkan nafsu syahwat makan sehingga kecur perut dan punggung. Al-maklum dah sebulan berpuasa mujahadah nafsu syahwat dan makan, maka, Kini Tiba Hari Raya, Semua Insan Bergembira, hari untuk makan-makan dan telan-telan apa yang boleh ditelan. 
Berikut menu-menu utama BBQ Raya: 

  
Potato Wedges Tanzania, segar dari ladang. Diimport khas daripada Tanzania
 
 
 Ayam Bakar Berempah Hawaii. Rempah semulajadi diimport daripada hutan Amazon
 
Nampaknya trafik dilaporkan lancar di bahagian penyediaan potato wedges. Di bahagian sayur dan salad pula, trafik dilaporkan sedikit perlahan dan dibahagiam pembakaran ayam, trafik dilaporkan sesak. Bertungkus-lumus sekalian polis-polis trafik menjalankan kerja memastikan trafik lancar agar kenderaan ayam-ayam dapat sampai ke destinasi dengan selamat pada waktunya.

  
Kelihatan petugas trafik sedang mengawal lalu-lintas di bahagian pembakaran ayam bagi mengurangkan kesesakan. "satu talam siap --- jalan"

 
Kelihatan deretan-deretan mangsa kemalangan yang hangus terbakar siap sedia untuk dijamah dan seterusnya dikebumikan

Ops.. lupa lak nak memperkenalkan cheff-cheff kehormat kita pada malam ini. Mastermind untuk majlis ini adalah bro Hairul kampung baru, merangkap ketua cheff dalam penyediaan rempah-rempah dan ratus-ratus untuk ayam dan salad fresh daripada hutan Amazon. Dibantu oleh cheff-cheff tidak kehormat sebagai pembakar-pembakar, pengawal trafik, pemotong-pemotong, dan yang utamanya, pemakan-pemakan, pelahap-pelahap, dan penelan-penelan sekalian.

 
 Cheff kehormat sedang memasak sayur salad yang masyuk n marveles sehingga berapi-rapi setinggi gunung berapi.

Hasilnya...

 
 yeah... lihat kualiti sayuran salad yang mengiurkan bagi mereka-meraka penggemar sayur-sayuran dan salad-saladan sekalian. wacakaplu memang sedap o.

  
 Sejumlah tetamu-tetamu yang hadir secara tertutup.

Setelah penat lelah dan letih bertungkus lumus ligat bagaikan gasing berpusing-pusing sehingga pening, maka tibalah masa yang ditunggu-tunggu... tet.... perang!!! maka suasana rumah yang tadinya hapening tiba-tiba sunyi dan sepi bagai dilanda garuda... khusyuk, khuduq dan tawaduuk.

 
Set Ayam Hawaii: Ayam Bakar Middle East, Nasi Wangi Rempah Arab, Fresh Potato Wedges Antartika, dan Mix Salad Europe. nyum.... nyum.... yummi....

Dan majlis ditamatkan dengan kerja-kerja khidmat masyarakat berbudi kepada tanah dan negara. hahaha... ini memang ramai yang lari. perut dan punggung dah penuh, pa lagi, cabut!!!! x ramai yang sedia berkhidmat untuk bangsa dan negara, berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. syabas kepada mereka-mereka yang telah berjuang sehingga ke titisan darah terakhir... ngeh... ngeh.... 

 
Eh, usha-usha apa tu bang?? ayam dah habis la...

Sekain Sekian kisah perjalanan trafik BBQ Raya Karkun sempena sambutan hari raya 2010... Jumpa lagi di masa hadapan.

*Bila la nak raya 6 lak ni... waduh dong....

2 comments: