December 7, 2011

Apa itu Tanggungjawab ??

Kata seorang rakan: Baru-baru berniaga ni sibuk sikit la. Tak nampak batang hidung. Sekejap ke sana, sekejap ke sini. Cuti pun dah tak tentu. Tapi Alhamdulillah solat 5 waktu jemaah ada. Cuma 5 amal ja tak dak. 

Kata Aku: Seorang brader kemalangan motor dan dihantar ke hospital. Si isteri ke hospital berjumpa encik doktor...
- Isteri: Bagaimana keadaan suami saya doktor?
- Doktor: Oh.. suami puan ok. Tangan ada, kaki ada, kepala ada. Cuma nyawa ja tak dak. Camna ?

Kata Maulana Ibrahim - 5 amal adalah permulaan agama untuk seluruh kesempurnaan agama masuk dalam diri.

Bila sudah berkerja atau berniaga, mahu tak mahu tanggungjawab makin bertambah. Allah ciptakan dunia pun sebagai tempat tanggungjawab. Tanggungjawab suami dengan isteri, ibu-bapa dengan anak-anak, jiran dengan jiran, kawan dengan kawan, peniaga dengan pembeli dan yang paling penting tanggungjawab semua manusia sampy hari kiamat pada agama. Semua tanggungjawab ini akan ditanya oleh Allah hatta Nabi-Nabi juga akan ditanya atas tanggungjawab mereka.

Jadi.. Apa itu Tanggungjawab ?
Benda yang kena Tanggung di dunia, dan Jawab di akhirat.

Hari ni semua orang faham bab tanggungjawab.. 
Rumah - rumah ni saya punya
Kedai - kedai ni saya punya
Kereta - kereta ni saya punya
Apa-apa terjadi pada rumah kita, kedai kita, kereta kita, kita faham itu semua tanggungjawab kita. Tapi bila sebut - Agama..

Oh.. Agama ustaz punya.. Apa-apa terjadi pada agama semua tanggungjawab ustaz-ustaz dan mufti-mufti.. Betul ??

Agama pun kita punya dan apa-apa yang terjadi pada agama adalah tanggungjawab kita.

Dan tanggungjawab bukan suatu pilihan, tetapi kewajipan. Seorang ayah, kewajipan nafkah atas keluarga dan isteri.  Seorang ketua kewajipan atas hal ehwal orang bawahannya.

Agama pun sama, tanggungjawab agama adalah satu kewajipan, bukan pilihan. Ramai orang ingat agama adalah pilih-pilih dan suka-suka. Bila sedia buat, tak sedia tak buat. Bila free buat. Bila busy tinggal. Nehi.. Nehi hei.. Tanggungjawab - kewajipan - kena buat.

Berbalik kepada kisah awal-awal si kawan tadi. Bila dah berkeluarga dan berniaga, kena bijak bahagikan masa untuk agama, keluarga dan perniagaan. Perlu kesimbangan antara amal dan keperluan. Tahu apa tanggungjawab yang perlu diutamakan. Bahagikan masa untuk agama, kerja dan keluarga sebaik mungkin.

Semuanya ada tanggungjawab dan keperluannya yang tersendiri. Tak juga perlu sampy tinggalkan kerja terus untuk bagi masa pada agama.

Seorang tanya Maulana Ilyas rah. – Maulana selalu bayan Allah yang bagi rezeki. Tetapi kenapa perlu berniaga ?

Maulana jawab - Berniaga adalah untuk sempurnakan cabang-cabang dalam agama - Agama yang sempurna meliputi Iman Niat, Ibadat, Muamalat, Muasyarat dan Akhlak. Jadi berniaga adalah untuk hidupkan Muamalat dalam agama.

Kata Maulana Ibrahim: Peniaga yang jujur dan amanah akan bangun di akhirat bersama para Nabi a.s.
Abu Bakar, Umar, dan Abdul Rahman Auf r.hum adalah peniaga. Dan mereka membawa agama dalam perniagaan mereka.

Nabi Shuaib a.s adalah seorang peniaga dan kaum baginda juga di kalangan peniaga. Nabi Shuaib a.s dihantar untuk membetulkan perniagaan kaum-kaumnya.

Dahulunya Negeri Saba’ terkenal dengan pertanian. Mereka buat empangan dan tali air yang sangat hebat. Apabila dibuka tali air, maka air mengalir ke kebun-kebun mereka dengan sendirinya. Allah hantar 13 orang Nabi kepada kaum Saba’. Tapi apabila mereka engkar, Allah keringkan kebun-kebun mereka. Kemudian Allah pecahkan empangan-empangan mereka dan hancurkan kebun-kebun dan seluruh kaum Saba’.

Dalam Hayatus Sahabah, Maulana Saad petikkan kata-kata Saidina Umar r.a. - Sesekali kami tidak akan benarkan orang berniaga di pasar-pasar kami selagi mereka tidak belajar ilmu tentang Tijarah (perniagaan).

Maulana Zakariyya rah. Juga ada menulis satu buku berkaitan Fadhilat Tijarah. Aritu tangguh 4bulan dah azam nak beli buku tu, tapi tak jadi atas sebab musabab tertentu. Sesiapa yang boleh bantu aku dapatkan buku ni kat Kedah? Huhu.. :)

Sebenarnya dah lama terfikir untuk buat business. Dengan harapan masa lebih flexible untuk kerja-kerja agama. Alhamdulillah Allah bukakan jalan walaupun terasa masih terlalu awal dan muda (perasan).

Skunk aku kerja dengan pakcik sendiri, belajar urus business. Dah lama business dia, sejak 1983. Aku pun di alam arwah lagi time tu. InsyaAllah dalam masa setahun ni kena belajar sebelum diberi tanggungjawab uruskan business pakcik aku yang dah nak pencen. Kena bermula dari bawah sebelum naik pangkat jadi Managing Director. Ceewah.. :) Business apa - PSS. Gugel sendiri.

Tapi ada lagi satu perniagaan yang paling menguntungkan dan tidak akan rugi-rugi ?

Kalu seorang penjual bakso kata untung besar. Mungkin untung jualannya RM300.
Kalu seorang tauke restoran nasi kandar kata untung besar. Mungkin untung jualannya RM3,000.
Kalu seorang tauke kedai minyak Petronas kata untung besar. Mungkin untung jualannya RM100,000.
Kalu seorang tauke penjual kereta kata untung besar. Mungkin untung jualannya RM1,000,000.
Kalu Robert Kuok kata untung besar. Mungkin untung jualannya RM1,000,000,000.
Kalu Bill Gate kata untung besar. Mungkin untung jualannya USD3,000,000,000.

Jadi, bila Raja kepada sekelian Raja..
Raja kepada seluruh alam semesta..
Pemilik segala kekayaan dan kerajaan berkata - Untung..

Berapa besar punya untung agak-agak arr ??

Walaupun nampak macam rugi minta cuti 4 bulan tanpa gaji..
Walaupun nampak macam rugi belanja ribu ringgit tambang flight dan belanja makan di negara orang..
Walaupun nampak macam rugi tinggalkan business 4 bulan..
Walaupun nampak macam rugi kasih sayang tinggalkan family selama 4 bulan..

Tapi, bila Allah cakap untung.. Pasti.. Pasti.. Pasti.. Wajib.. Wajib.. Wajib..
Untung.. Untung.. Untung.. Tidak akan rugi..

Kerja Amr Bil Maa'ruf Nahi Anil Munkar > Tanggungjawab = Kewajipan = Kena Buat = Kena Jawab.

*Hangin aku dengan TM yang tak bertanggungjawab membiarkan internet rumah aku rosak selama seminggu.. Sila Jawab!!

9 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

    Masa masih muda la kita perlu banyak belajar, banyak beribadah...nanti da tua banyak aral yang melintang...

    bab internet tu =sabar je la..hehe..^_*

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt..

    masa muda, diri masih cergas, boleh kuar sana, boleh kuar sini.. time ni la nak ambik peluang jelajah dunia untuk maksud agama...

    (",)...

    Allah hanya kasi untung, x kan kasi rugi.. (",)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,,,

    Insyaallah...
    Dari muda hidup dan jalankan usaha,
    bila tua juga Allah datangkan kekuatan untuk terus jalankan usaha...
    Mati pun ketika tengah usaha...

    "Moga Allah pelihara"

    ReplyDelete
  4. terasa macam sedang mendengar bayan yang sungguh meresap ke dalam jiwa...

    kalaulah lepas solat jemaah, bawah sejadah ada 27 ringgit dan bila solat sendirian, bawah sejadah ada satu ringgit je, mau jugak masing2 berebut nak solat jemaah sebab direct dapat ganjaran..

    tapi Allah swt tak buat macam tu..

    Moga kita ada keyakinan terhadap kehidupan akhirat sebagai tempat untuk menuai hasil atas susah payah kita di dunia..

    ReplyDelete
  5. Noorieda - internet rosak = amal bertambah :)

    nam - Yup.. sokong2. Masa muda kena banyak guna untuk agama.

    Yang rugi sapa yang taknak.. :)

    RuMaH TuA - Mudah-mudahan Allah bagi istiqamah dari muda sampy mati. Amin2.. :)

    fuad ansari - kalu lepas solat dapat 27rgt, guarentee penuh2 masjid seluruh dunia. haha.. :)

    tp Allah tak bagi nampak sebab iman = yakin.. Yakin! Yakin!

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..dgn izin Allah internet kat rumah tuan rosak....apa lagi smbut la takazah untuk keluar 1 minggu....Tapi, bila Allah cakap untung.. Pasti.. Pasti.. Pasti.. Wajib.. Wajib.. Wajib..
    Untung.. Untung.. Untung.. Tidak akan rugi.....mesti tak rugi punya...mcm mana ada bran ke???

    ReplyDelete
  7. Egg Head - Gua dah buat sujud syukur internet rosak sebab amal bertambah.. insyaAllah kena doa supaya internet rumah tuan pula rosak. :)

    ReplyDelete
  8. semenjak line youtube diblok n x boleh digunakan di USM, rasa tenang pulak.

    banyak benda x bo tengok.
    :)

    ReplyDelete
  9. ukhti,mardhiah - Petanda usaha agama di USM sedang meningkat naik. :)

    ReplyDelete