January 8, 2012

Jom Meeting


Petang itu ayah siram pokok bunga. Bila siap, tiba-tiba ja paip air tak boleh tutup. Ayah pun cari dawai dalam stor, ikat pili supaya air tak terus keluar. "Esok la aku baiki. Dah nak Mahgrib ni" bisik ayah.

Esok pagi ayah pergi kerja macam biasa. Pagi-pagi bos dah panggil mesyuarat. Bentang kerja itu ini. Projek sana sini. Kerja tak siap kena marah. Keja lambat pun kena marah. Stress..

Di rumah adik buka pili untuk basuh tangan. Adik tak tahu pili rosak. Ikatan dawai yang ayah ikat tadi terbuka. Air keluar tidak henti-henti. Si adik yang tak tahu apa-apa tinggalkan pili dalam keadaan rosak.

Bila petang ayah pun balik kerja. Kerja yang banyak, ditambah bos yang berangin dan traffic jem yang teruk. Ayah jadi stress nongeng-nongeng. Sampy ja rumah, ayah lihat paip yang diikat semalam rosak balik.

Stress ayah meningkat ke tahap gajah naik minyak. Terus di tengkingnya, "Siapa punya kerja ni??"
Maka hari itu berlalu dalam keadaan penat, marah dan stress tahap dewa bagi seorang ayah.

Tapi bagi jiran kampung sebelah, dia juga menghadapi masalah pili yang rosak. Petang itu, dia juga buat alternatif yang sama, ikat pili air dengan dawai.

Cuma setiap hari, paginya dimulakan dengan mesyuarat rumah. Dalam mesyuarat rumah, agenda lain-lain, si ayah pesan kepada isteri dan anak-anak, "Pili dekat laman rumah kita tu rosak. Ayah dah ikat. Jangan buka. Petang ni ayah balik baiki".

Maka hari itu, sepanjang peninggalan ayah ke kerja, tak dak sapa pun buka paip air tu. Semua tahu pili air rosak. 

Walaupun ayah balik kerja dalam keadaan stress, sampy rumah lihat keadaan aman, damai dan tenteram, ayah jadi cool. Tak da sapa menjadi perosak kepada pili yang rosak. Then ayah pun baiki pili dengan hati yang tenang dan senang.

Sekian!!  

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Bilamana turun ayat (sentiasalah bermesyuarat dengan mereka dalam urusan-urusan penting) maka Rasulullah saw telah bersabda: Allah dan RasulNya tidak perlu pada mesyuarat, tapi Allah telah menjadikannya sebagai rahmat bagi ummatku, maka barang siapa dikalangan umatku yang bermesyuarat, dia sentiasa berada pada jalan yang lurus, dan barang siapa yang tidak bermesyuarat di kalangan umatku, dia akan sentiasa di dalam kesusahan. (HR Baihaqi)..


8 comments:

  1. Teringat kisah Anas b. Malik terminum susu Rasulullah. Of which that's the only food Rasulullah has for him to break his fast for that day..

    Tapi Rasulullah tak marah pun. Tak sindir pun. tak usik2 pun. No such words that can make him feel guilty. None.

    For 10 years of his living with Anas b Malik, Rasulullah tak pernah sebut balik pun.

    ...

    Semoga lebih ramai, dan ramai bapa yang dapat lead the family, dengan mencontohi Rasulullah in this ummah. AMINNNN...

    ReplyDelete
  2. kalau meeting pagi2, terasa macam banyaknya matlamat yang harus dicapai hari ni.. terasa hidup lebih bermakna.. (",)

    betullah rupanya, tidak menyesal orang yang bermesyuarah, dan tidak rugi orang yang istikharah..

    ReplyDelete
  3. نور توفيقة ادريس - Kaum ibu dan kaum bapa kena sama2 hidupkan amalan rumah Nabi saw dalam rumah masing2.

    fuad ansari - meeting pagi2 = terasa hidup lebih romantik :)

    ReplyDelete
  4. Fikir dan mesyuarat ada baru ada gerak kerja.

    ReplyDelete
  5. dalam mesyuarat itu ada khair...kan....mulakan harimu dengan mesyuarat....nice entry bro...

    ReplyDelete
  6. Bijen M. - Usaha berjalan dgn 3 perkara; Mesyuarat, Karkuzari dan Tashkeel.

    Egg Head - Semua benda kena mesyuarat, hal dunia, masjid, rumah tangga, kawin.. Khair2.. :)

    ReplyDelete