April 19, 2011

Al-Kisah..

Sangat lama bercuti daripada blog.. Terpaksa kurangkan joss ber-blog untuk fokuskan kepada perkara-perkara lain yang lebih penting.

Final Exam
2 minggu lepas busy dengan final exam.. revision, study, tutorial.. study group.. busy2..
Rumah aku pun dah macam Kedai Mamak 24-hours; sampy 2-3 pagi budak2 lepak wat study grup..
Tinggal nak order teh tarik dengan roti kosong ja.. Kalu dak dah kaya aku oi..
Sehingga terpaksa dikurangkan masa rehat, masa makan, dan masa tidur.. (macam pernah dengar ja)
Alhamdulillah result pun dah kuar. 
Jeng.. jeng.. jeng.. (pasangkan irama seram-seram sejuk)
Berikut adalah hasilnya:

 Sambil hidung kembang kempih.. huh.. hih..

Alhamdulillah..
Semester akhir dapat tangkap kepala ular.. GPA = 4.0 (sambil kesat-kesat mata: Kenape, tak percaye ?)

Tapi cumulative, CGPA agak kurang memberangsangkan..
Tuu laa... Malas sangat dulu.. Kuat main, malas..
Pastu bagi alasan kononnya lelaki melayu terakhir paling warak, takut riak !!
Lalu ambil keputusan datang kelas lambat-lambat.. Ini Semua Dunia.. Dunia..
Duduk saf paling belakang dalam kelas. Lalu terkumat-kamit habiskan zikir pagi petang. Ditambah tidur Khailullah tengahari dalam kelas.. Oh~ Nikmatnya..
Kemudian istighfar tengok lecturer mengajar kt depan.. "Astaghfirullah.. Sesat ni.. Tak boleh bawak masuk kubur.. Hidayat Ya Allah.." T_T
Last2 semester baru insaf.. huhu..
Orang-orang tua pesan, student kena jaga amal jaga study. 1st in study, 1st in tabligh.
Syukur Alhamdulillah.. Sempat terjaga daripada mimpi ngeri.. Oh..
Still acceptable la.. Bakul Masuk Sendiri Angkat~

Final Year Project II
Project II - incomplete ???
Meh cek nak explain.. Result untuk Final Year Project memang lambat skek.. Sebab thesis baru hantar minggu lepas. InsyaAllah minggu depan baru kuar result.

Untuk projek ni, lepas ja Final Exam ada project presentation. Alhamdulillah projek aku dapat pencalonan untuk finalist Mechanical Engineering Invention and Innovation Competition Award (MEcCA). Dan keputusannya...
Jeng.. jeng.. jeng.. (pasangkan irama seram-seram sejuk sekali lagi)
"The Best Project in Case Study - Tolong sebut nama aku di sini" 8)
Malangnya tiada awek bersorak kegirangan untuk aku..
Sebab Mechanical Department memang kurang perempuan..
Oh~ Seronok.. Tak perlu nak control macho pegi klaz..

Incredible India
Lepas ja antar Project Thesis, aku terpaksa uruskan Passport, Visa, dan Tafakut untuk program Jalan-Jalan Cari Iman.. Tak lama pun, 4 bulan ja..
Jauh perjalanan luas pemandangan.. kan.. kan..
Sekarang tengah menunggu Visa diluluskan. InsyaAllah Hujung Minggu ni aku ke KL untuk jumpa kawan-kawan lain yang akan bersama-sama dalam program nanti.
Doa mudah-mudahan Allah mudahkan segala urusan..

Orait.. jumpa lagi 4 bulan akan datang no..
Opss.. InsyaAllah..

India.. Tunggu !!!
Bangla..  tunggg... erk...
Seram aku dengar orang karkuzari Bangla.. Kunyit..
Ish.. Bagi la laporan yang memberangsangkan skek..


12 comments:

  1. tahniah2.. (",)

    Moga Allah swt mudahkan perjalanan ke IPB.. (",)

    ReplyDelete
  2. Wahhh~
    *Clap2*

    Barakallah Hafiz:))

    Sangat excited and happy to know smart brain people with strong heart for da'wah.

    Nak nangis. Teringat the glorious times of Islam before......

    Be humble, be grateful, and keep it up; higher and higher!

    ReplyDelete
  3. Nsyaallah...
    Selamat dijalan Allah...

    ReplyDelete
  4. tahniah bro....
    mcm nie la,asbab hidayat tu bro...

    jemput memberi pandngan di blog sya...berhubung artikel terbaru saya...

    ReplyDelete
  5. style la bro..gua mau ikut..=)
    otak gua bukan tak terang, cuma bateri lemah..hehe

    ReplyDelete
  6. Ibnu Mutalib - Mekasey.. Syukran x 888..

    fuad ansari - Syukran2. Yup.. kena ready/kuat untuk menghadapi sebarang ujian. InsyaAllah Allah permudahkan segala urusan.. Amin~

    نور توفيقة ادريس - *Clap2* to sahabah ra also.. orang yg telah berjaya dunia akhirat. Sehingga pergerakan/pemikiran/perbuatan mereka telah jadi asbab hidayat ummat.

    Mudah-mudahan Allah jadikan setiap kerja buat kita sbg asbab hidayat untuk ummat juga. Pulun.. Pulun..

    BaiTiL a'tiQa - InsyaAllah.. Allah selamatkan dunia dan akhirat orang yang membantu agama Allah..

    Anak Pendang Sekeluarga - Yeah.. asbab hidayat untuk diri dan ummat. Mudah-mudahan artikel baru jadi asbab hidayat juga.. InsyaAllah.. :)

    alifzikri - Ops.. jangan ikut style gua. Lu ikut style sahabah. InsyaAllah otak terang. =)

    Bateri lemah kena charge ma.. hari2 maw charge 300x pagi petang. Gua garentii lu pny bateri tip-top. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  7. wallaweyyyy
    mabruk!!!!

    ReplyDelete
  8. If I may ask though.

    Buat project apa untuk case study?

    ReplyDelete
  9. ibnsoleh - mekasey no.. tp still tak leh lawan otai ibnsoleh, dean list every semester. hua~

    Abg ade kt sp tak minggu ni?? InsyaAllah esok (Isnin) malam sy stat lepak sane. tngu nak terbang. :) Kalu abg ade, nak mesy skek sal transcript, convo bla bla bla. Mesy skali sal 4B. Macam blurr ja ape nak buat kt sane. huhu~

    نور توفيقة ادريس - Oh.. tajuk yang agak panjang.

    A study on actual variations in the properties and quality of gas fuel, and the resulting impact to TNB gas turbine plant performance at Gelugor Power Station, Penang.

    My task kena pg Gelugor station, collect gas data, pastu compare dengan Petronas sales gas specs & compare with plant specs. Kalu x match, kena study fact, pastu effect kt plant. Then bagi suggestn n recomendtn kt TNB to overcome that problem.

    And waktu competition, kena present depan Engneer TNB. and dyorang yang judge for the best project.

    Alhamdulillah.. asbab ni, my parent dah tak bising2 nak kuar 4bln. Dyorang cakap kt makcik2, "biarlah dy nak pegi, result pun ok" huuu... Alhamdulillah.. syukur sgt2.

    InsyaAllah, cik Pqa keja bagus2 no. Inject elok2.. :) Moga2 apa pun kerja buat kita leh jadi asbab hidayat. utk patient2. adik2.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  10. Em. Panjang. Lagi panjang dari tajuk thesis saya..

    Baguslah parents all fine with what you are having now. Good to hear those:)

    Sure. Amin. Amin. Allahumma amin..

    ReplyDelete
  11. baca kat atas mcam jumpa lagi 4 bulan akan datang.. x jadi keluar ke?

    ReplyDelete