October 16, 2010

Salah Siapa

Kenapa manusia suka menyalahkan orang lain?

Dalam keadaan kerja yang banyak, dan final exam hanya tinggal 100m saja lagi, dan mati bila-bila akan sampai, aku nak ubah fikir aku sekejap. Menenagkan jiwa yang kacau. Berfikir benda yang tak sepatutnya difikir. Menukarkan fikir belajar kepada fikir ummat. oh. hujung minggu yang menderita.

Ape yang korang tak perasan dan aku perasan, dalam sikap manusia suka menyalahkan orang lain. Semuanya bermula daripada rumah kita. Believe it or not?

Waktu kecik-kecik, parent kita belikan baju baru, kasut baru, seluar baru. Dan satu hari bila korang pakai baju yang dah dibeli tahun lepas, dan seluar yang dibeli tahun lepas, dan kasut yang dibeli tahun lepas, eh... dah kecik!!! Mak, baju ni dak kecik la. Kasut pun kecik jugak. Seluar dah pendek. Aduh... (mengeluh tanda stress kononya baju, seluar dan kasut korang mengecik secara otomatik)

Hasil kajian aku (ceewah), teori dan fakta yang sebenarnya berlaku adalah, korang dah makin membesar, perut dah makin membuncit, dan punggung dah makin menawan. Jadi kenapa korang menyalahkan baju dan kasut dan seluar dalam hal ini kerana tumbesaran korang yang melampaui batas baju, seluar dan kasut? Adakah baju, seluar dan kasut yang patut disalahkan dalam hal ini?

Jadi sepatutnya apa yang korang cakap, mak... saya dan makin besar la, perut dah makin buncit la, punggung dah makin menawan. Jadi baju dah tak muat. okay. Bila korang selalu cakap, maka akan masuk dalam hati. Bila masuk dalam hati, maka secara otomatik akan ada fikir bahawa korang dah gemuk. Jadi akan terbit sinar harapan untuk korang berusaha menguruskan badan dan menjaga kesihatan.

Berbalik kepada isu semasa. Sikap menyalahkan benda ni korang akan bawa sampai besar dan korang praktikkan kepada jiran-jiran, kawan-kawan, rakan-rakan, guru-guru, kawan pejabat, bos, dan orang yang tak pernah korang kenal turut akan menjadi mangsa. Believe it or not?

Bila di skolah atau di kolej, korang fail exam, apa korang cakap? Cikgu tu ajar mende la, tak faham pa pun. Kalu korang ni jenis baik skek, (skek ja baik), Bapok soalan susah gila. Einstein pun tak bley jawab. (soklan exam Bahasa Melayu, konpem Einstein tak bley jawab) Tapi teori yang sebenarnya adalah korang yang malas belajar. Bila orang lain study, korang tengok wayang. Bila orang lain tido, korang tengok bola. Bila orang lain pegi kelas, korang tidur. Orang lain bley jawab, korang cakap, Dia tu pandai tahap Einstein bley la. dapat no 1 sejak dari darjah 1. Korang telah salahkan cikgu, soalan dan budak-budak rajin study. Oh.

Believe it...

"Berlakunya kerosakan di atas muka bumi disebabkan tangan-tangan manusia"

Jadi aku dan korang kena mula menyalahkan diri sendiri demi keamanan sejagat. (tulisan dengan nada penuh bersemangat!!!)

Eh, barang aku hilang. mungkin barang aku hilang atas sebab kelemahan iman aku!!!

Eh, komputer aku rosak lak. mungkin komputer aku rosak atas sebab kekurangan amal dalam diri aku!!!

Aduh, accident. Mungkin atas rosaknya amal aku telah menyebabkan kemalangan.

Dare to change. Proton.

Berlakunya bencana alam, masalah ummat, ummat jauh daripada agama, ummat tinggalkan amal-amal agama adalah disebabkan salah saya. okay... rajin-rajin buat dakwah. Sekian~ (rumusan yang padat!!!)


* Kaum Bani Israel diberi kelebihan oleh Allah yang mana pakaian mereka akan turut membesar bersama-sama badan mereka. Sekiranya badan mereka membesar daripada saiz S kepada XXL, maka baju, seluar, kasut dan seluar dalam mereka turut akan membesar daripada saiz S kepada saiz XXL. Hebat Allah!!!









No comments:

Post a Comment