October 31, 2010

Tamsilan

Dah seminggu blog aku berehat, dek sibuk dengan Final Exam yang memecahbelahkan perpaduan otak kepala aku. Ceh... Kembali menari dan bersukan menguatkan otot-otot jari tangan. Dek boring di rumah, dont no what to do...

Bila time busy-busy, amalan pun jadi tunggang langang. Amal entah kemana menghilang. Ni la jadinya, dunia di junjung, akhirat di jinjing. Yang dijunjung goyang, yang dijinjing terpaksa lepas sebab nak selamatkan yang dijunjung. Sebaliknya sahabat-sahabat dan nabi ajar, junjung akhirat, jinjing dunia. Akhirat bergoyang, dunia di lepas nak selamatkan akhirat. Niat sudah, azam sudah, amal belum... alahai...

Satu hari yang aman dan tenang, terjumpa member-member aku yang beriman dan beramal.

Kawan: Apa khabar iman brader?
Aku: Alhamdulillah... Solat jemaah alhamdulillah jaga. cuma 5 amal ja tak sempat .
Kawan: (Memulakan cerita)...

Satu hari seorang brader telah kemalangan jalan raya. Lalu setelah dibawa dan dirawat di hospital, maka saudara-saudara dan ahli keluarga brader itu dipanggil berjumpa dengan tuan doktor. Encik doktor pun memberi penerangan, Alhamdulillah... semua ok. tangan ok. kaki cukup. kepala ada. badan sihat. Cuma . . . .

Nyawa ja tak ada. . . Camna?

Oh... itulah diumpama aku... study ada, solat jemaah ada, makan sempat, cuma 5 amal ja tadak. Oh, dipancung dalam hikmah dan bijaksana. hahaha.

Alangkah baiknya sekiranya aku seekor kucing, bak kata azjarjaafar313

Lalu aku melihat kucing-kucing yang berjalan-jalan bersendirian dan berpasang-pasangan mencari makanan untuk hidup di dunia yang tak akan dihisab. Lalu aku berfikir, apakah yang terjadi sekiranya ekor kucing ini dipotong? (fikiran yang sasau setelah habis exam)

jeng jeng jeng....

Satu ketika disebuah negara yang aman damai dan tenteram, penduduk yang bersatu padu, haiwan-haiwan ternak tidak berperang sesama sendiri, rumput hidup dengan panjang tanpa dipotong, tiba-tiba satu keputusan telah dibuat yang mengejutkan warga kucing. pemerintah negara telah membuat keputusan yang drastik, semua ekor-ekor kucing mesti dipotong sebagai identiti pengenalan kucing di negara ini. Maka natijahnya, semua kucing-kucing telah kehilangan ekor. Dan semua kucing yang lahir tidak mempunyai ekor.

Berlalu seratus tahun, maka seekor kucing telah diimport dari Korea. Dan kucing itu adalah spesis original kucing yang mempunyai ekor yang kembang seperti bunga matahari. Maka kesemua kucing dan rakyat kehairanan apabila melihat kucing Korea yang mempunyai ekor. Kesemua mereka telah lupa dan tidak tahu pada hakikat asalnya semua kucing mempunyai ekor. (Kisah dongeng)

(Kisah benar) Tetapi hari ini, bukan ekor kucing yang dipotong-potong. Sebaliknya agama telah dipotong-potong. Amalan agama dipotong-potong. Sunnah nabi saw dipotong-potong. Yang sedap disampaikan, yang kurang sedap disimpan. Untuk menjaga kepentingan diri masing-masing. Periuk nasi masing-masing.

Maka amalan-amalan agama dan sunnah-sunnah nabi telah kelihatan pelik, asing, ganjil, dagang. Amalan-amalan agama dicaci maki, dihalang, dicemuh kerana disangka sesat dan bida'ah sedangkan itulah amalan agama yang sebenar. Sebaliknya amalan-amalan dosa disanjung tinggi, dipuji dan dipuja, disebut-sebut. Amalan Yahudi, Nasara, Majusi menjadi lumrah kehidupan masyarakat. Ahli-ahli jalan agama dicaci maki, dicemuh dan dicerca, sebaliknya ahli-ahli maksiat dipuji dan dipuja. 

Alahai ummat...

Pelbagai jalan, usaha, ikhtiar dibuat mengembalikan amalan agama kepada agama yang sempurna. Untuk mengembalikan amalan agama yang telah dipotong-potong.

Imam Malik rah. Menulis: “Orang yang terkemudian daripada umat ini sekali-kali tidak akan dapat diislahkan (diperbaiki) kecuali dengan cara yang sama yang telah digunakan untuk mengislahkan orang pada zaman permulaanya.

Azam untuk tingkatkan amal...

Orang sibuk maklumkan masjid aku hidup 5 amal...
Aku pun sama selalu cakap camtu...
tapi kita hidup brapa amal ?

Jawapan di tangan anda... Sekian...








2 comments: