December 19, 2010

Tikus Membaiki Labu

Apakah tindakan anda apabila kereta rosak?
Bolehkah kereta membaiki kereta?

Mana mungkin kereta Wira boleh membaiki kereta Wira yang rosak.
Mana mungkin kereta BMW boleh membaiki kereta BMW yang rosak.

Kereta perlu di hantar ke bengkel apabila rosak.
Hanya orang yang berkemahiran membaiki kereta yang boleh membaiki kereta.

Orait, kita semua faham akan masalah ini.
Well...

Tapi sekiranya manusia yang rosak, apakah tindakan anda?
Bolehkah manusia membaiki manusia?

Mana mungkin manusia boleh membaiki manusia.
Mana mungkin orang lain boleh membaiki kita.

Manusia yang rosak perlu dihantar ke masjid.
Manusia tidak boleh membaiki manusia.
Allah swt sahaja yang boleh mambaiki manusia.

Hal ini ramai yang tak faham.
Sebab tu bermacam-macam kursus motivasi, jatidiri, binadiri, intensif dibuat bermatlamat untuk membaiki manusia yang rosak.
Tetapi manusia tetap tidak baik-baik, malah bertambah rosak.

Asbab penyakit dijadikan ubat.
Racun dianggap sebagai penawar.

Ayuh kembalilah ummat kepada amalan masjid.
Apabila manusia dibawa kepada pencipta manusia,
Apabila manusia dibawa kepada tempat rawatan yang betul,
InsyaAllah, pencipta manusia sendiri akan membaiki manusia.

Manusia yang sihat mampu menikmati makanan yang lazat.
Tak caya, cuba beri ayam KFC kepada orang yang sakit gigi.

Well, suma orang faham...

Hakikatnya mentaati perintah Allah adalah lazat.
Solat, puasa, zikir, tundukkan pandangan, adalah lazat.
Disebabkan iman yang rosak maka perkara yang lazat dirasa kelat.
Jadi Iman yang rosak perlu segera dirawat supaya tak bertambah tenat.

Well, suma orang tahu...
Tempat yang betul di masjid-masjid.
Pencipta iman sahaja yang mampu membaiki iman yang rosak.
Dengan usaha amalan-amalan masjid dan khuruj fisabilillah.
InsyaAllah. . .

Camna nak masuk r ?

Tak perlu masuk, keluar ja...

*Well... tak perlu jadi tikus membaiki labu. Sekian~





December 13, 2010

Sound-Trouble

Hujung minggu yang lalu, aku ngan famili mengikut rombongan kahwin kazen aku ke Melaka. Area-area Masjid Tanah, Sg Udang camtu la. Duduk apartment tepi pantai. Kira masyuk r tu. Pagi petang leh lepak jalan-jalan tepi pantai. 4 hari 3 malam di Melaka. Ambil kesempatan jalan-jalan skali, naik taming sari, duck, pusing banda hilir, makan sate celup-celup bla bla...

Alhamdulillah majlis berjalan dengan selamat. Majlis pun gempak habih. Siap jemput geng madrasah wat qasidah lagi. dengan gendang-gendutnya skali. Kalu kat area-area tempat aku ni, madrasah besar dia dikenali sebagai Al-Jenderami, Jenderam Hilir. Aku pun tumpang skaki beb. hehe... Al-maklum program-program agama kat Univ aku pun selalu buat qasidah, marhaban, maulud, bla bla bla. Seronok gak o layan irama syair, selawat ni. Lengok habih satu badan kaki kepala tangan dibueknyo.

Majlis 2 hari ja. Lain-lain hari dipenuhkan dengan ahli-ahli famili jalan-jalan dan makan-makan. Nak dijadikan crita kami tiba di satu restoran tepi pantai. Cayok-cayok. Pemandangan masyuk gila. Dengan angin pantai meniup, pohon nyiur pun melambai. (macam lagu lak) Ombak bergulung-gulung manja. hehe... Lalu sorang sedara pun buat order makan:

Waiter  : Order minum dulu... nak minum apa?

Sedara : Fresh oren satu.

Waiter  : Air buah tak ade bang. Blender rosak.

Sedara : O.. black-current ada ??

Waiter : Current ada... Blender yang rosak.

...Suma orang membuat muka pelik sambil melihat kepada si abang waiter...

Sedara : Em, Ribenna ada?

Waiter : A ah.. Ribenna ada...

Sedara : ok... Ribenna 1

maw ja aku tibai mamat waiter ni. Sound Trouble lak. Lepas order suma gelak kaw-kaw. Bley lak dy buat lawak Cecupak kat sini. Haha...

Orait...








December 5, 2010

"Hujan-hujan ni, pegang jangan lepas"

Tak pernah dibuek aku pengalaman ngeri ini. mungkin yang pertama kali dan yang terakhir. (bercakap dengan nada yang serious!)

Menerima jemputan yang tak sepatutnya dijemput. Oh... Jemputan kenduri kawin di Terengganu kepada kawan-kawan bujang di Selangor. Mahu gilo dibueknyo. Iya pak, gue tahu itu ngak wajib. Jauh bangat sih. Tapi memandangkan aku adalah lelaki Melayu terakhir merangkap anugerah sahabat mithali, bersama sahabat-sahabat mithali yang lain telah menunaikan jemputan tersebut dengan hati yang happy. (Membuat keputusan secara tiba-tiba apabila termimpi dan teringat penangan kopok lekor)


Maka sahabat-sahabat mithali ini telah membuat sedikit mesyuarat tingkap dan akhirnya keputusan yang dicapai adalah seperti yang tersebut di bawah . . .

Jumaat (Tengah Malam) - Bertolak daripada Selangor ke Terengganu
Sabtu (Subuh) - Tiba di Dungun
Sabtu (Lepas Subuh) - Berjumpa sedara Haji Ding sebagai penunjuk jalan
Sabtu (pagi) - Berlepak sebentar di rumah Haji Ding merehatkan baju dan seluar
Sabtu (Tengah hari) - Bertolak ke K.Terengganu menghadiri upacara akad seterusnya makan kenduri
Sabtu (petang) - Makan kopok lekor + Lepak Tepi Pantai
Sabtu (Maghrib) - Bertolak pulang ke Dungun
Tiba-Tiba - Mendapat kol daripada sorang sedara ajak untuk ziarah dy di Paka
Sabtu (Isya) - Terus ke Paka
Sabtu (Tengah Malam) - Bertolak balik Selangor
Ahad (Subuh) - Sampai Selangor

Kerja gila o... Korang penumpang bley tido bila-bila masa. Aku bersengkang mata 36jam memandu sampy berbiul kepala. Pusing alam 360 darjah. Sampy ja rumah terus KO sampy petang. Di tambah pemanduan dahsyat dek penangan pemanduan di Litar Karak. Uh, jalan macam roller-coster naik turun sambil kona baring. Gila wacakaplu. Dah la hujan lebat. pastu semua bapak-bapak pemandu lori dan bas ala-ala schumacher bawak keta ferrari F1. macam nak terbang kereta aku korang potong.

Sempat pegi Tok Bak (lebih kurang la, tak ingat aku nama sebenar) makan kopok lekor. Aku ingat dah salah masuk pos office, siap ada panggil nombor, pastu ada kounter lak tu. Uih, gila betoi depa ni. sampy kena ambik nombor nak beli kopok lekor. Apsal la sedap sangat kopok korang nih. korang buh daun ganja ka??? hehe... jangan marah no. gurau kasar.


Alhamdulillah, zohor tu majlis akad berjalan dengan lancar. Tok kadi pun sempoi, bayan ringkas dan padat. Pendek ja akad Terengganu. aku tengok kat kampung aku di Kedah, panjang berjela. Sian pengantin yang kawin di Kedah. haha. Tahniah sedara Norrid_Riddy@mutakallim_ummat. Memang stylo la wacakaplu. Jawab akad laju tahap keretapi laju Jepun. Letih tok kadi nak catch-up. Alhamdulillah pendengaran to kadi pun ala-ala concord. jadi tadak hal la nak catch-up keretapi laju. Huhu

Jangan korang tanya aku bila lagi. Perhatian, aku masih muda. Tunggu umur sunnah 25tahun baru korang tanya aku. Kawan aku ni umur 25, kira masyuk la tu. Dapat 2 sunnah, sunnah kawin dan sunnah umur.

Orait, dah selesai bab kawin, bley sambung bab lain lak. Nanti ramai orang-orang bujang yang terkesan. Hakhak... Ok. Selamat Pengantin Baru, Semoga berkekalan sehingga ke akhirat. Semoga bergumbira di malam hari. Oh...

*Nota Tambahan: time kenduri waktu aku tengah borak ngan pengantin lelaki, tetiba datang sorang pakcik tua salam, dan cakap kat pengantin lelaki, "hujan-hujan ni, pegang jangan lepas". pastu gelak besar kaw-kaw. Apakah rahsia di sebalik itu? Biarlah rahsia? Tepuk dada buatlah tafsiran masing-masing. ehem.... ehem...