October 5, 2010

Gelugor Power Station

Sekira disebut GPS, maka ramai orang akan faham apa itu GPS: Global Positioning System. Selalunya menda ni orang pasang kat keta, untuk mengurangkan risiko tersesat jalan. Handphone sekarang pun banyak dah ada aplikasi GPS. Nak bergerak kemana saja pun dah mudah. Ke KL, Selangor, Kajang, Bangi, Supermarket, Hotel, Masjid (berguna ketika keluar jemaah)...

  
Tengok gambar di atas, teringat time aku pergi buat umrah dulu. Aku nak masuk teksi, nak duduk depan. Dengan slumber yaya nya aku pergi ke bahagian depan kiri teksi untuk duduk di bahagian penumpang hadapan. Dan akhirnya aku dan driver teksi sama-sama terkejut. Aduh... Lupa lak aku driver kat sini belah kiri... Wassup Bro???

Tapi bukan aku nak crita pasal GPS, ataupun promosi discount, potongan harga, harga berpatutan, harga termurah, mega sale, year end sale yang selalu ditunggu-tunggu oleh kabanyakan manusia. Aku tak kisah sangat benda ni walaupun ramai yang dakwah aku kata jimat la, save duit, murah, berpatutan, tak rugi, jangan menyesal.

Bagi aku kalu dah masuk supermarket dan belek-belek barang, lepas tu terkesan dengan barang, masuk dalam hati sanubari, tertipu pulak dengan tulisan discount 75%, ditambah dengan banner besar-besaran YES, lepas tu korang pun beli dan beli. Dan perasan pulak kononya orang-orang tengok korang sebagai orang kaya. Kompem rugi. Aku tak tipu. Kalu dok rumah konpem untung.

Berbalik ke pangkal jalan, isu GPS yang aku nak cerita ini tiada kaitan langsung dengan gadjet-gadjet zaman sekarang. Sebaliknya aku nak cerita tentang Final Year Project (FYP) aku di Gelugor Power Station (GPS). Hebat sangat ka projek aku???


Oh.. cuma nak kongsi dan share sedikit sebanyak input yang aku dapat. Dan sesiapa yang ada input-input yang berkaitan diharap dapat tolong aku untuk Projek 2 semester depan. Dan korang-korang yang akan masuk Final Year juga bley curi idea aku sebagai final year projek korang. "Aiman tak kisah".

Projek aku, "A study on Actual Variations in the Properties and Quality of Gas Fuel, and the Resulting Impact to TNB Gas Turbine Plant Performance at Gelugor Power Station". Kalu tak faham, caranya korang baca banyak kali sampai faham, baru proceed bawah. Hehe...

Jadi aku kena buat site visit, pergi Gelugor power station untuk ambil data dan buat analisis, calculate dan discussion. Seronok gak sambil buat projek, bley jalan-jalan Penang. Makan Nasi Kandaq. Mandi pantai Batu Feringhi. Tengok Md Salleh. Cuci Mata. (md salleh adalah nama orang! Sekian)

Alhamdulillah, ada member aku yang keja situ. Jadi mudah untuk aku buat kerja-kerja aku. Orang situ suma sempoi-sempoi ja. Bawa jalan-jalan pusing station. Tengok Boiler, Gas Turbine, Chimney, Drum bla bla bla... Untuk projek 1 aku juz kena buat literature review, procedure and discuss expected output untuk projek ni. Dah complete. Cuma untuk projek 2 semester depan agak susah. Kena calculate, buat graph, analyze data, discussion, result dot dot dot... hoh... Reader-reader yang ada input berkaitan projek ini bley la kongsi-kongsi idea. Yang nak input daripada aku pun bley kontek aku. "Aiman tak kisah".



Sempat ambik beberapa gambar kenang-kenangan bercuti di Gelugor Power Station. Haha... Alhamdulillah, dipermudahkan kerja aku. Kebanyakan info-info yang dicari boleh dapat daripada station. Nanti bulan 11 aku pegi lagi. Ada overhaul. Bley masuk tengok secara detail dalam-dalam. Sambil jalan-jalan sempena Cuti-Cuti Malaysia. Pesta Penang Sungai Nibong. Pesta!!!

3 comments:

  1. Hoi!!!
    Eh..Assalamualaikum!
    Ade belog rupanya..awat tak habaq mai???
    Sori laa baru perasan kewujudannya..
    Sempat lagi berbelog di tahun2 akhir nih..cet!
    Pape hal..tajuk projek tu memang best..
    Cumanya...awat panjang na amat???

    ReplyDelete
  2. Loh, dah kantoi... haha. tahun2 akhir kena banyak menaip blog, untuk kurangkan stress dan mengisi masa yang begitu lapang... hakhak...

    ReplyDelete
  3. nak tnya psl projek ni ada lagi tak simpan data pasal gas fuel standard untuk masuk ke gas turbine> mcm content dia ke ?

    ReplyDelete