April 19, 2011

Al-Kisah..

Sangat lama bercuti daripada blog.. Terpaksa kurangkan joss ber-blog untuk fokuskan kepada perkara-perkara lain yang lebih penting.

Final Exam
2 minggu lepas busy dengan final exam.. revision, study, tutorial.. study group.. busy2..
Rumah aku pun dah macam Kedai Mamak 24-hours; sampy 2-3 pagi budak2 lepak wat study grup..
Tinggal nak order teh tarik dengan roti kosong ja.. Kalu dak dah kaya aku oi..
Sehingga terpaksa dikurangkan masa rehat, masa makan, dan masa tidur.. (macam pernah dengar ja)
Alhamdulillah result pun dah kuar. 
Jeng.. jeng.. jeng.. (pasangkan irama seram-seram sejuk)
Berikut adalah hasilnya:

 Sambil hidung kembang kempih.. huh.. hih..

Alhamdulillah..
Semester akhir dapat tangkap kepala ular.. GPA = 4.0 (sambil kesat-kesat mata: Kenape, tak percaye ?)

Tapi cumulative, CGPA agak kurang memberangsangkan..
Tuu laa... Malas sangat dulu.. Kuat main, malas..
Pastu bagi alasan kononnya lelaki melayu terakhir paling warak, takut riak !!
Lalu ambil keputusan datang kelas lambat-lambat.. Ini Semua Dunia.. Dunia..
Duduk saf paling belakang dalam kelas. Lalu terkumat-kamit habiskan zikir pagi petang. Ditambah tidur Khailullah tengahari dalam kelas.. Oh~ Nikmatnya..
Kemudian istighfar tengok lecturer mengajar kt depan.. "Astaghfirullah.. Sesat ni.. Tak boleh bawak masuk kubur.. Hidayat Ya Allah.." T_T
Last2 semester baru insaf.. huhu..
Orang-orang tua pesan, student kena jaga amal jaga study. 1st in study, 1st in tabligh.
Syukur Alhamdulillah.. Sempat terjaga daripada mimpi ngeri.. Oh..
Still acceptable la.. Bakul Masuk Sendiri Angkat~

Final Year Project II
Project II - incomplete ???
Meh cek nak explain.. Result untuk Final Year Project memang lambat skek.. Sebab thesis baru hantar minggu lepas. InsyaAllah minggu depan baru kuar result.

Untuk projek ni, lepas ja Final Exam ada project presentation. Alhamdulillah projek aku dapat pencalonan untuk finalist Mechanical Engineering Invention and Innovation Competition Award (MEcCA). Dan keputusannya...
Jeng.. jeng.. jeng.. (pasangkan irama seram-seram sejuk sekali lagi)
"The Best Project in Case Study - Tolong sebut nama aku di sini" 8)
Malangnya tiada awek bersorak kegirangan untuk aku..
Sebab Mechanical Department memang kurang perempuan..
Oh~ Seronok.. Tak perlu nak control macho pegi klaz..

Incredible India
Lepas ja antar Project Thesis, aku terpaksa uruskan Passport, Visa, dan Tafakut untuk program Jalan-Jalan Cari Iman.. Tak lama pun, 4 bulan ja..
Jauh perjalanan luas pemandangan.. kan.. kan..
Sekarang tengah menunggu Visa diluluskan. InsyaAllah Hujung Minggu ni aku ke KL untuk jumpa kawan-kawan lain yang akan bersama-sama dalam program nanti.
Doa mudah-mudahan Allah mudahkan segala urusan..

Orait.. jumpa lagi 4 bulan akan datang no..
Opss.. InsyaAllah..

India.. Tunggu !!!
Bangla..  tunggg... erk...
Seram aku dengar orang karkuzari Bangla.. Kunyit..
Ish.. Bagi la laporan yang memberangsangkan skek..


March 21, 2011

Rahsia kepala ular..

Dulu lepas skolah.. aku nampak pelajaran akan bawa manfaat besar untuk dunia.. Billionaire, rumah bungalow, Lamborghini..
Maka tanpa fikir panjang, aku buat pilihan masuk Univ.. Ambil 'pelajaran dunia'..

Macam Nabi Musa as lihat tongkat bagi manfaat untuk dia..
Dapat kait daun, gembala kambing, bersandar..

Bila aku masuk Univ.. kawan-kawan baik datang ajak jadi orang baik..
Bila cuti panjang, diorang ajak aku camping pusing Malaysia sambil buat amal..
Ikut perintah Allah, korban diri, harta, masa pada jalan Allah..
Maka bila dah cuti panjang, aku campakkan sementara pelajaran aku..

Macam Nabi Musa as campak tongkat dengan perintah Allah..

Maka pelajaran dunia yang sebelum ini aku nampak akan bagi manfaat besar, telah bertukar menjadi mudharat yang sangat besar untuk aku.. hisab, dunia sementara, busuk, bangkai... arh...

Macam Nabi Musa as nampak tongkat bagi manfaat, tiba-tiba bertukar menjadi asbab mudharat yang besar untuk dirinya.. jadi ular besar wo..

Maka aku buat keputusan untuk lari daripada dunia, pelajaran, bangkai.. Joss untuk buat usaha bermati-matian sampy mati.. Astaghfirullah... aku dah sesat selama ni.. Astaghfirullah al-azim..

Seperti mana Nabi Musa as telah lari daripada ular besar, seakan-akan bagi mudharat pada dia..

Maka apabila balik aja rumah, aku dengar orang-orang alim bagi nasihat..
Student balik jangan buang pelajaran.. sambung belajar balik.. tangkap balik pelajaran..
Maka untuk taat, aku terpaksa tangkap balik pelajaran dunia dengan nasihat orang-orang alim..

Macam Nabi Musa as tangkap ular balik dengan perintah Allah..

Tapi aku fikir-fikir, baik aku tangkap cukup makan ja la.. Tangkap hujung-hujung, last-last punya darjat.. Aku nyer target dekat-dekat 2.0, 2.1 udah.. Takut kena hisab.. Takut riak, takabbur, sombong.. mati masuk neraka.. oh.. 

Macam Nabi Musa as nak tangkap ular kat ekor, sebab nampak mudharat pada ular..

Tapi aku dengar orang-orang alim bagi nasihat kt student lagi.. student kena 1st in dakwah, 1st in study.. Bukan 1st in dakwah, last in study.. bukan juga 1st in study, last in dakwah..

Maka untuk belajar taat dengan orang-orang alim.. aku ambil keputusan untuk tangkap kepala. 1st class honour.. 4 flet.. 3.97 pun still okay.. :)

Macam Allah swt perintahkan Nabi Musa as tangkap ular kt kepala.. bukan kt ekor.. maka Nabi Musa as taat dengan perintah Allah..

Maka pelajaran yang asalnya aku nampak bagi manfaat yang besar, kemudian bertukar menjadi asbab mudharat yang besar, tetapi dengan perintah Allah, telah menjadi asbab manfaat dan hidayat yang besar untuk agama. Dapat buat usaha untuk pelajar-pelajar foreign, dapat ajak junior-junior baru, macam senior-senior ajak aku dulu-dulu.. Apabila disertakan perintah Allah bersama pelajaran..

Macam tongkat Nabi Musa as telah jadi asbab hidayat untuk ribuan ahli-ahli sihir Firaun untuk beriman kepada Allah.. Apabila disertakan perintah Allah bersama tongkatnya. 

Pentingnya ikut tertib..
Dan bawa perintah Allah bersama-sama setiap kerja buat kita..

InsyaAllah.. azam..

Wallahualam..

*Sangat sibuk akhir-akhir ni dengan final year projek dan Final Exam.. Doa mudah-mudahan aku dapat tangkap kepala ular.. :)


March 10, 2011

The road to success..

Sahabat rhum solat 2 rakaat anak yang mati hidup balik..
Sahabat rhum solat 2 rakaat pengisar gandum keluar gandum secara otomatik
Sahabat rhum solat 2 rakaat keldai yang mati hidup balik..
Sahabat rhum solat 2 rakaat dapat jalan atas air..
Sahabat rhum solat 2 rakaat hujan turun dalam kebun..

Taming Dari ra selesai masalah gunung berapi dengan kibaskan selendang..
Abdullah ibn Umar r.ma pulas telinga singa yang lepak tengah jalan..
Umar ra selesai masalah Sungai Nil dengan 2 pucuk surat..
Umar ra selesaikan masalah gempa bumi di Madinah dengan hentak kaki..
Umar ra bagi arahan tentera waktu perang semasa sedang khutbah atas mimbar..

Banyak lagi bantuan Allah kepada Nabi saw dan sahabat-sahabat rhum sehingga tak tertulis banyaknya.. ( atau, aku yang malas nak tulis ?? )

Bila dengar bantuan-bantuan Allah kepada Nabi dan Sahabat, ada suara-suara sumbang, kumbang, beruang dan belalang cakap..

Mereka boleh lah mereka sahabat.. Mereka hidup dengan Nabi saw. Mereka berada di kalangan Nabi saw. Mereka mendapat ajaran terus daripda Nabi saw. 

Meh sini cek nak xplain...

Ustaz bgtaw, orang yang cakap camtu, dia sangka buruk dengan Allah swt.. Allah yang sama pada zaman Nabi saw, adalah Allah yang sama pada zaman kita. Apa yang Allah swt boleh bagi pada Nabi dan sahabat, Allah juga boleh bagi pada kita. Tapi dengan syarat cara yang kita guna sama dengan cara Nabi saw dan Sahabat-Sahabat rhum guna.

Huhu.. ayat skema cam bayan..
Ok2... Meh aku story kisah seekor cacing ??
What ??
Alkisah~

Seekor cacing tempatnya di dalam tanah.. Kejayaan cacing apabila dia dapat duduk diam-diam dalam tanah, maka dia akan selamat dan dia berjaya.. Sebaliknya apabila cacing keluar saja daripada tanah, apa yang akan berlaku...
    1. Kaki-kaki pancing akan ambil buat umpan
    2. Ayam-ayam akan patuk buat satey
    3. Burung-burung akan patuk buat dinner
Maka cacing tadi telah gagal.. Akibat keluar daripada tanah.. asbab kejayaan dan keselamatannya..

Same concept..

Allah swt letakkan kejayaan manusia dalam agama.. Ikut cara Nabi saw. Jadi manusia yang cari kejayaan di luar agama, maka untuk orang-orang ni..
    1. Syaitan akan jadi penasihat mereka
    2. Nafsu akan jadi raja mereka
    3. Mereka akan jadi hamba pada dunia
Maka manusia ini telah gagal.. Lebih gagal daripada cacing yang keluar daripada tanah.. Labih gagal daripada cacing yang jadi umpan kaki pancing.. Dan lebih gagal daripada cacing-cacing pita dan cacing-cacing kerawit..

Kalu kat Universiti aku, bebudak yang failed wajib repeat balik. Ambil balik subjek yang failed. Sampy lulus..
Jadi manusia kategori gagal iman dan gagal amal ni, apply the same concept..
Korang pun kena repeat gak. Repeat mendalah nya??
Yeah... Repeat-repeat Ulang-ulang-ulang cakap kebesaran Allah untuk renew iman.. 

Sehingga wujud yakin sepertinya yakin Nabi saw dan Sahabat.. Buat usaha dan korban seperti korban Nabi dan Sahabat.. Ikut sunnah Nabi saw..
Kena buat lagi-lagi sampai tiada lagi.. Macam Nabi saw dan Sahabat rhum buat.. Baru leh kira berjaya can Nabi dan Sahabat berjaya..

Orang yang berjaya, baru leh dapat anugerah, hadiah, dean list, sijil, convo.. Hadiah daripada kekasih hati, intan payung.. Same concept also ma..
Orang yang berjaya dalam agama, macam Nabi dan Sahabat berjaya, baru leh dapat hadiah berupa bantuan-bantuan dan nusrah Allah.. Itu yang aku tulis berjela-jela kat awal entry tadi..

Dan lebih-lebih lagi hadiah yang Allah sediakan kat akhirat.. Tak pernah dilihat, tak pernah didengar, tak pernah terfikir, tak pernah terlintas.. superb~ Syurga.. Muka ensem.. Makan sedap.. Mahligai besar.. Taman-Taman.. Sungai Madu.. Sungai Susu.. Sungai Arak..

Bidadari comey.. 
( Uiks, jangan marah.. Nanti kena jual ~ )

Tapi tiada tandingan sama sekali dengan nikmatnya melihat Wajah Allah.. dapat Redha Allah...
Ini lah Allah yang kita puji hari-hari waktu kt dunia.. Ya Allah.. nikmatnya~

Mudah-mudahan Allah swt golongkan kita di kalangan orang yang berjaya dunia dan akhirat.. Seperti mana Nabi saw dan Sahabat rhum berjaya..

Alluhumma Amin..

Wallahualam..

*Finally.. today was my last day of class in Uniten.. Huhu~ dont know what I feel..
-There you are.. :(