December 7, 2011

Apa itu Tanggungjawab ??

Kata seorang rakan: Baru-baru berniaga ni sibuk sikit la. Tak nampak batang hidung. Sekejap ke sana, sekejap ke sini. Cuti pun dah tak tentu. Tapi Alhamdulillah solat 5 waktu jemaah ada. Cuma 5 amal ja tak dak. 

Kata Aku: Seorang brader kemalangan motor dan dihantar ke hospital. Si isteri ke hospital berjumpa encik doktor...
- Isteri: Bagaimana keadaan suami saya doktor?
- Doktor: Oh.. suami puan ok. Tangan ada, kaki ada, kepala ada. Cuma nyawa ja tak dak. Camna ?

Kata Maulana Ibrahim - 5 amal adalah permulaan agama untuk seluruh kesempurnaan agama masuk dalam diri.

Bila sudah berkerja atau berniaga, mahu tak mahu tanggungjawab makin bertambah. Allah ciptakan dunia pun sebagai tempat tanggungjawab. Tanggungjawab suami dengan isteri, ibu-bapa dengan anak-anak, jiran dengan jiran, kawan dengan kawan, peniaga dengan pembeli dan yang paling penting tanggungjawab semua manusia sampy hari kiamat pada agama. Semua tanggungjawab ini akan ditanya oleh Allah hatta Nabi-Nabi juga akan ditanya atas tanggungjawab mereka.

Jadi.. Apa itu Tanggungjawab ?
Benda yang kena Tanggung di dunia, dan Jawab di akhirat.

Hari ni semua orang faham bab tanggungjawab.. 
Rumah - rumah ni saya punya
Kedai - kedai ni saya punya
Kereta - kereta ni saya punya
Apa-apa terjadi pada rumah kita, kedai kita, kereta kita, kita faham itu semua tanggungjawab kita. Tapi bila sebut - Agama..

Oh.. Agama ustaz punya.. Apa-apa terjadi pada agama semua tanggungjawab ustaz-ustaz dan mufti-mufti.. Betul ??

Agama pun kita punya dan apa-apa yang terjadi pada agama adalah tanggungjawab kita.

Dan tanggungjawab bukan suatu pilihan, tetapi kewajipan. Seorang ayah, kewajipan nafkah atas keluarga dan isteri.  Seorang ketua kewajipan atas hal ehwal orang bawahannya.

Agama pun sama, tanggungjawab agama adalah satu kewajipan, bukan pilihan. Ramai orang ingat agama adalah pilih-pilih dan suka-suka. Bila sedia buat, tak sedia tak buat. Bila free buat. Bila busy tinggal. Nehi.. Nehi hei.. Tanggungjawab - kewajipan - kena buat.

Berbalik kepada kisah awal-awal si kawan tadi. Bila dah berkeluarga dan berniaga, kena bijak bahagikan masa untuk agama, keluarga dan perniagaan. Perlu kesimbangan antara amal dan keperluan. Tahu apa tanggungjawab yang perlu diutamakan. Bahagikan masa untuk agama, kerja dan keluarga sebaik mungkin.

Semuanya ada tanggungjawab dan keperluannya yang tersendiri. Tak juga perlu sampy tinggalkan kerja terus untuk bagi masa pada agama.

Seorang tanya Maulana Ilyas rah. – Maulana selalu bayan Allah yang bagi rezeki. Tetapi kenapa perlu berniaga ?

Maulana jawab - Berniaga adalah untuk sempurnakan cabang-cabang dalam agama - Agama yang sempurna meliputi Iman Niat, Ibadat, Muamalat, Muasyarat dan Akhlak. Jadi berniaga adalah untuk hidupkan Muamalat dalam agama.

Kata Maulana Ibrahim: Peniaga yang jujur dan amanah akan bangun di akhirat bersama para Nabi a.s.
Abu Bakar, Umar, dan Abdul Rahman Auf r.hum adalah peniaga. Dan mereka membawa agama dalam perniagaan mereka.

Nabi Shuaib a.s adalah seorang peniaga dan kaum baginda juga di kalangan peniaga. Nabi Shuaib a.s dihantar untuk membetulkan perniagaan kaum-kaumnya.

Dahulunya Negeri Saba’ terkenal dengan pertanian. Mereka buat empangan dan tali air yang sangat hebat. Apabila dibuka tali air, maka air mengalir ke kebun-kebun mereka dengan sendirinya. Allah hantar 13 orang Nabi kepada kaum Saba’. Tapi apabila mereka engkar, Allah keringkan kebun-kebun mereka. Kemudian Allah pecahkan empangan-empangan mereka dan hancurkan kebun-kebun dan seluruh kaum Saba’.

Dalam Hayatus Sahabah, Maulana Saad petikkan kata-kata Saidina Umar r.a. - Sesekali kami tidak akan benarkan orang berniaga di pasar-pasar kami selagi mereka tidak belajar ilmu tentang Tijarah (perniagaan).

Maulana Zakariyya rah. Juga ada menulis satu buku berkaitan Fadhilat Tijarah. Aritu tangguh 4bulan dah azam nak beli buku tu, tapi tak jadi atas sebab musabab tertentu. Sesiapa yang boleh bantu aku dapatkan buku ni kat Kedah? Huhu.. :)

Sebenarnya dah lama terfikir untuk buat business. Dengan harapan masa lebih flexible untuk kerja-kerja agama. Alhamdulillah Allah bukakan jalan walaupun terasa masih terlalu awal dan muda (perasan).

Skunk aku kerja dengan pakcik sendiri, belajar urus business. Dah lama business dia, sejak 1983. Aku pun di alam arwah lagi time tu. InsyaAllah dalam masa setahun ni kena belajar sebelum diberi tanggungjawab uruskan business pakcik aku yang dah nak pencen. Kena bermula dari bawah sebelum naik pangkat jadi Managing Director. Ceewah.. :) Business apa - PSS. Gugel sendiri.

Tapi ada lagi satu perniagaan yang paling menguntungkan dan tidak akan rugi-rugi ?

Kalu seorang penjual bakso kata untung besar. Mungkin untung jualannya RM300.
Kalu seorang tauke restoran nasi kandar kata untung besar. Mungkin untung jualannya RM3,000.
Kalu seorang tauke kedai minyak Petronas kata untung besar. Mungkin untung jualannya RM100,000.
Kalu seorang tauke penjual kereta kata untung besar. Mungkin untung jualannya RM1,000,000.
Kalu Robert Kuok kata untung besar. Mungkin untung jualannya RM1,000,000,000.
Kalu Bill Gate kata untung besar. Mungkin untung jualannya USD3,000,000,000.

Jadi, bila Raja kepada sekelian Raja..
Raja kepada seluruh alam semesta..
Pemilik segala kekayaan dan kerajaan berkata - Untung..

Berapa besar punya untung agak-agak arr ??

Walaupun nampak macam rugi minta cuti 4 bulan tanpa gaji..
Walaupun nampak macam rugi belanja ribu ringgit tambang flight dan belanja makan di negara orang..
Walaupun nampak macam rugi tinggalkan business 4 bulan..
Walaupun nampak macam rugi kasih sayang tinggalkan family selama 4 bulan..

Tapi, bila Allah cakap untung.. Pasti.. Pasti.. Pasti.. Wajib.. Wajib.. Wajib..
Untung.. Untung.. Untung.. Tidak akan rugi..

Kerja Amr Bil Maa'ruf Nahi Anil Munkar > Tanggungjawab = Kewajipan = Kena Buat = Kena Jawab.

*Hangin aku dengan TM yang tak bertanggungjawab membiarkan internet rumah aku rosak selama seminggu.. Sila Jawab!!

November 15, 2011

Perkahwinan satu keperluan..


Masjid Banglawali, Nizamuddin.. Sedar tak sedar dah lebih 2 bulan aku tinggalkan India..

Kadang-kadang jadi macam orang gila, senyum sorang-sorang bila teringat kisah-kisah waktu di India..
Masa Ta'limi Gasht pi mandi laut..
Sakit perut, melepas belakang pokok..
Mandi wajib dalam train..
Kejar keretapi sebab turun shoping time keretapi brenti..
Naik van pi tempat tashkeel, kata 1 jam perjalanan. tapi 5 jam tak sampy-sampy lagi..
Huuhu..

Tapi pengalaman yang paling best - hari-hari terakhir sebelum berangkat pulang, dapat masuk bilik Maulana Saad dan Maulana Zubir, duduk makan dengan mereka. First jumpa makan ais-krim, esoknya makan Gulab Jamun (manisan India), lusa lak makan ayam goreng rempah. Fuh.. walaupun makan sedap gila, sedap lagi tengok wajah maulana. Hehe..

Hari kedua tu, aku ngan member-member pakat dengan seorang budak alim 1 tahun Malaysia, kami nak sembang dengan Maulana Saad, dan minta dia jadi mutarjim. Orait.. set! Malam tu kami tunggu awal-awal depan bilik Maulana, tolak-menolak, himpit-menghimpit, tendang-menendang dengan Pak Arab sebab nak duduk paling dekat dengan maulana..

Sewaktu dalam bilik, Maulana Saad sembang-sembang dengan Pak Arab. Mereka tanya tentang bila tarikh malam Lailatul-Qadar. Jadi Maulana jawab tarikh tu dirahsiakan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam amal.

Kemudian budak Alim Malaysia tu pun tanya soalan bagi pihak kami. Malu gok sebab pak-pak Arab ramai kat situ, dan semua bagi tumpuan dengan soalan kami dan ingin dengar jawapan daripada Maulana Saad. Kami yang sepatah haram pun tak faham buat-buat faham, khusyuk dan tawaduk dengar soalan dan jawapan daripada Maulana Saad. Hahaha...

2 soalan ditanyakan oleh budak Alim Malaysia tu. Soalan pertama bagi pihak kami dan soalan ke-2 adalah daripada diri dy sendiri. Soalan pertama:

Bila kami perlu kawin ??
Terasa kebodohan lak tanya soklan camtu kat Maulana Saad. Time tu otak jem, taktaw nak tanya apa. Oh..

Dan soalan ke-2 budak alim tu tanya..
Skunk dia tengah keluar 1 tahun, tapi rasa lemah dan tak ada kekuatan. Apa amalan yang perlu buat untuk datangkan jasbah/semangat bagi menempuh saki baki tempoh masa 1 tahun ?

Jawapan maulana kepada soalan kami ringkas - Kawin bila perlu.
Jawapan maulana kepada soalan ke-2 - Tingkatkan amalan infradi dan istiqamah.

Bila keluar daripada bilik maulana, budak alim tu bagi nasihat berdasarkan jawapan maulana tadi - Kawin bila perlu!!!

Perkahwinan adalah satu keperluan.

Apa itu keperluan ??? - Benda yang wajib ada untuk hidup..

Seperti makan, minum, tidur.. semua ni keperluan. Tanpa makan, tanpa minum, tanpa tidur, manusia tak boleh hidup. Perkahwinan satu keperluan. Jadi tanpa kahwin, manusia tak boleh hidup! Betul ??

Jangan lupa. Agama juga satu keperluan! Tanpa agama manusia tak boleh hidup!

Keperluan nii kita dapat rasa bila kita perlu. Bila lapar, p la makan. Bila dahaga, p la minum. Bila mengantuk, p la tidur. Jadi...
Bila 'perlu', p la kawin bang/kak oi... (macam-macam yang 'perlu' oi..) Kita sendiri dapat rasa bila kita perlu kawin. Betul ??

Dan perkahwinan juga bukan untuk dimegah-megahkan, dirai dengan besar-besaran. Tak perlu nak grand-grand sangat.. Sebab dia keperluan. Macam nak makan nasi, takkan nak bagitaw satu kampung kot. Bila kawin, cukup sekadar bersederhana dalam walimah - untuk saudara terdekat dan jiran-jiran tetangga.. Berlebih-lebihan akan menimbulkan sifat riak, bangga, takabur.. tak elok.. tak elok..

Satu kisah, Nabi saw telah terlihat warna kekuning-kuningan pada baju Hazrat Abdul Rahman Auf r.a. Nabi saw tanya apa itu ? Hazrat Abdul Rahman Auf r.a bgtaw ini sufrah (sejenis wangian). Aku baru kahwin malam tadi.

Nabi saw sendiri pun tak tahu yang Abdul Rahman Auf r.a kawin pada malam tadi. Sahabat kawin pun tak bagitaw Nabi saw. Sebab kawin ni satu keperluan. Benda yang semua orang perlu. Benda yang semua orang faham. Cukup sekadar bersederhana dalam walimah. Tanda syukur pada Allah swt. Nabi saw perintahkan kepada Abdul Rahman Auf r.a untuk buat walimah walaupun hanya dengan seekor kibas.

Satu kisah yang lain, seorang Sahabat r.a mengadu tentang kemiskinannya kepada Nabi saw. Nabi saw tak suruh Sahabat ni p kumpul harta banyak-banyak, tapi Nabi saw suruh p kawin. Dengan perkahwinan ada janji kemudahan rezeki. Jadi tak timbul isu-isu takdak duit nak kawin la, nak kumpul duit banyak-banyak dulu baru nak kawin.. Udah.. P kawin cepat. Allah bagi rezeki.

Benda yang senang tak perlu disusahkan. Benda baik elok dipercepatkan. Banyak kelebihan dan manfaatnya. Agama jadi sempurna. Tidur jadi lena. Betul ? =)

#Pakcik..errr..Pakcik ada ... ... anak perempuan tak? nak buat 2jam1/2 tak? (Rasa macam boleh tahan rasa 'lapar' buat beberapa bulan lagi) Hehe..

#Satu petang selepas Asar, seorang pak kiyai Indonesia di mohalla aku, tiba-tiba pegang bahu aku.. Hafiz.. maw kawin??
Jawab aku - Arr.. muda lagi la.. hehe.
Pak Kiyyai - Mana ada muda.. Jangan diseksa nafsu tu!
Tak faham!

*Lagi entry pasal kawin. 

October 30, 2011

Dulu, Kini dan Selamanya. . .

 
Dulu-dulu waktu zaman sekolah, rasa nak cepat masuk Universiti.
Sebab nampak life di Universiti lebih bebas dan seronok. (tertipu dengan filem drama Melayu. haiit..)
Bila masuk universiti, baru rasa seronoknya zaman sekolah.

Dan bila di universiti, rasa nak cepat masuk kerja.
Sebab nampak bila dah kerja, lebih enjoy dapat manyaaakk duit. Dapat joli-joli Angelina Jolie..
Bila dah kerja, baru rasa seronoknya zaman universiti dulu. (masa lapang.. masa lapang.. masa lapang.. huu...)

Jadi skunk tengah fikir...

Waktu bujang rasa macam nak cepat kawin.
Sebab nampak bila kawin dapat hilangkan kesunyian. (sllurppp... Slurpee)
Lebih penting dapat terbang 2 sayap. Pahala berganda. Bonus berganda. Heaw....

Adakah nanti bila dah kawin baru rasa seronoknya bujang ??
Orang dah kawin tolong jawab!!

Dan yang pasti suatu hari nanti . . .jeng3x...

Penghuni neraka pasti menyesal akan kehidupan dunianya yang bodoh..
Penghuni syurga pun akan menyesal pada masa2 yang berlalu tanpa zikrullah..

# Dah lama tak menulis.. Nak menulis juga, jadi lah entry merapu camni. . .
# Entry otak jem.. Sekian!!