February 10, 2012

Hadiah dan ganjaran..

Seorang budak pergi kedai untuk beli barang. Selesai ja beli dan bayar harga barang, tauke kedai bagi hadiah gula-gula free. Maka dia pun ambil gula-gula tu, dan ambil barang yang dibelinya keluar daripada kedai itu.

____________

Bila buat sesuatu kebaikan/amal, ganjaran sebenar bagi amal bukan di dunia. Dunia tidak dapat menampung ganjaran sebenar amal.Juga balasan diterima bagi sesuatu keburukan bukan di dunia. Kebaikan yang kita dapat di dunia hanyalah hadiah percuma daripada Allah swt. Ibarat budak dapat gula-gula free bila beli barang di kedai.

Dan ganjaran sebenar daripada amal/kebaikan hanya akan diterima di akhirat. Ganjaran amal adalah milik kita dan wajib kita akan dapat di akhirat. Ibarat barang yang dibeli oleh si budak, barang tu memang miliknya dan dia akan dapat.

Maulana Ilyas rah dalam Malfuzat, "Keberkatan duniawi yang dijanjikan oleh Allah kerana infaq harta bukanlah balasan yang sebenar. Balasannya tidak tertanggung di dunia ini. Apabila nikmat-nikmat syurga dipamerkan di dunia ini, maka manusia akan mati kegembiraan. Begitu juga dengan azab, apabila kala jengking neraka diperlihatkan di dunia ini maka dunia akan berubah menjadi kering dan keras kerana kesan bisa sengatnya".

Buat amal kebaikan bukan untuk ganjaran dunia - pujian, harta, dihormati dan disanjungi. Tetapi buat hanya untuk Allah swt. Setiap amal dan kebaikan Allah bagi janji. Buat kerana Allah dan yakin dengan janji Allah. Ikhlas.. Ikhlas..

Jangan jadi orang yang menjual akhirat kerana dunia yang kecil..

Bila orang kawin, maka yang dia akan dapat adalah isteri dan hadiah-hadiah perkahwinan. Isteri adalah haknya. Hadiah adalah hadiah, sampingan atas perkahwinan. Amatlah bodoh bila seseorang kahwin hanya untuk dapat hadiah, tapi taknak isteri.

*Peringatan untuk diri sendiri.. Selalu check ikhlas. Ikhlas.. Ikhlas..
Apa itu Iman ? Iman itu Ikhlas..

January 8, 2012

Jom Meeting


Petang itu ayah siram pokok bunga. Bila siap, tiba-tiba ja paip air tak boleh tutup. Ayah pun cari dawai dalam stor, ikat pili supaya air tak terus keluar. "Esok la aku baiki. Dah nak Mahgrib ni" bisik ayah.

Esok pagi ayah pergi kerja macam biasa. Pagi-pagi bos dah panggil mesyuarat. Bentang kerja itu ini. Projek sana sini. Kerja tak siap kena marah. Keja lambat pun kena marah. Stress..

Di rumah adik buka pili untuk basuh tangan. Adik tak tahu pili rosak. Ikatan dawai yang ayah ikat tadi terbuka. Air keluar tidak henti-henti. Si adik yang tak tahu apa-apa tinggalkan pili dalam keadaan rosak.

Bila petang ayah pun balik kerja. Kerja yang banyak, ditambah bos yang berangin dan traffic jem yang teruk. Ayah jadi stress nongeng-nongeng. Sampy ja rumah, ayah lihat paip yang diikat semalam rosak balik.

Stress ayah meningkat ke tahap gajah naik minyak. Terus di tengkingnya, "Siapa punya kerja ni??"
Maka hari itu berlalu dalam keadaan penat, marah dan stress tahap dewa bagi seorang ayah.

Tapi bagi jiran kampung sebelah, dia juga menghadapi masalah pili yang rosak. Petang itu, dia juga buat alternatif yang sama, ikat pili air dengan dawai.

Cuma setiap hari, paginya dimulakan dengan mesyuarat rumah. Dalam mesyuarat rumah, agenda lain-lain, si ayah pesan kepada isteri dan anak-anak, "Pili dekat laman rumah kita tu rosak. Ayah dah ikat. Jangan buka. Petang ni ayah balik baiki".

Maka hari itu, sepanjang peninggalan ayah ke kerja, tak dak sapa pun buka paip air tu. Semua tahu pili air rosak. 

Walaupun ayah balik kerja dalam keadaan stress, sampy rumah lihat keadaan aman, damai dan tenteram, ayah jadi cool. Tak da sapa menjadi perosak kepada pili yang rosak. Then ayah pun baiki pili dengan hati yang tenang dan senang.

Sekian!!  

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Bilamana turun ayat (sentiasalah bermesyuarat dengan mereka dalam urusan-urusan penting) maka Rasulullah saw telah bersabda: Allah dan RasulNya tidak perlu pada mesyuarat, tapi Allah telah menjadikannya sebagai rahmat bagi ummatku, maka barang siapa dikalangan umatku yang bermesyuarat, dia sentiasa berada pada jalan yang lurus, dan barang siapa yang tidak bermesyuarat di kalangan umatku, dia akan sentiasa di dalam kesusahan. (HR Baihaqi)..


December 7, 2011

Apa itu Tanggungjawab ??

Kata seorang rakan: Baru-baru berniaga ni sibuk sikit la. Tak nampak batang hidung. Sekejap ke sana, sekejap ke sini. Cuti pun dah tak tentu. Tapi Alhamdulillah solat 5 waktu jemaah ada. Cuma 5 amal ja tak dak. 

Kata Aku: Seorang brader kemalangan motor dan dihantar ke hospital. Si isteri ke hospital berjumpa encik doktor...
- Isteri: Bagaimana keadaan suami saya doktor?
- Doktor: Oh.. suami puan ok. Tangan ada, kaki ada, kepala ada. Cuma nyawa ja tak dak. Camna ?

Kata Maulana Ibrahim - 5 amal adalah permulaan agama untuk seluruh kesempurnaan agama masuk dalam diri.

Bila sudah berkerja atau berniaga, mahu tak mahu tanggungjawab makin bertambah. Allah ciptakan dunia pun sebagai tempat tanggungjawab. Tanggungjawab suami dengan isteri, ibu-bapa dengan anak-anak, jiran dengan jiran, kawan dengan kawan, peniaga dengan pembeli dan yang paling penting tanggungjawab semua manusia sampy hari kiamat pada agama. Semua tanggungjawab ini akan ditanya oleh Allah hatta Nabi-Nabi juga akan ditanya atas tanggungjawab mereka.

Jadi.. Apa itu Tanggungjawab ?
Benda yang kena Tanggung di dunia, dan Jawab di akhirat.

Hari ni semua orang faham bab tanggungjawab.. 
Rumah - rumah ni saya punya
Kedai - kedai ni saya punya
Kereta - kereta ni saya punya
Apa-apa terjadi pada rumah kita, kedai kita, kereta kita, kita faham itu semua tanggungjawab kita. Tapi bila sebut - Agama..

Oh.. Agama ustaz punya.. Apa-apa terjadi pada agama semua tanggungjawab ustaz-ustaz dan mufti-mufti.. Betul ??

Agama pun kita punya dan apa-apa yang terjadi pada agama adalah tanggungjawab kita.

Dan tanggungjawab bukan suatu pilihan, tetapi kewajipan. Seorang ayah, kewajipan nafkah atas keluarga dan isteri.  Seorang ketua kewajipan atas hal ehwal orang bawahannya.

Agama pun sama, tanggungjawab agama adalah satu kewajipan, bukan pilihan. Ramai orang ingat agama adalah pilih-pilih dan suka-suka. Bila sedia buat, tak sedia tak buat. Bila free buat. Bila busy tinggal. Nehi.. Nehi hei.. Tanggungjawab - kewajipan - kena buat.

Berbalik kepada kisah awal-awal si kawan tadi. Bila dah berkeluarga dan berniaga, kena bijak bahagikan masa untuk agama, keluarga dan perniagaan. Perlu kesimbangan antara amal dan keperluan. Tahu apa tanggungjawab yang perlu diutamakan. Bahagikan masa untuk agama, kerja dan keluarga sebaik mungkin.

Semuanya ada tanggungjawab dan keperluannya yang tersendiri. Tak juga perlu sampy tinggalkan kerja terus untuk bagi masa pada agama.

Seorang tanya Maulana Ilyas rah. – Maulana selalu bayan Allah yang bagi rezeki. Tetapi kenapa perlu berniaga ?

Maulana jawab - Berniaga adalah untuk sempurnakan cabang-cabang dalam agama - Agama yang sempurna meliputi Iman Niat, Ibadat, Muamalat, Muasyarat dan Akhlak. Jadi berniaga adalah untuk hidupkan Muamalat dalam agama.

Kata Maulana Ibrahim: Peniaga yang jujur dan amanah akan bangun di akhirat bersama para Nabi a.s.
Abu Bakar, Umar, dan Abdul Rahman Auf r.hum adalah peniaga. Dan mereka membawa agama dalam perniagaan mereka.

Nabi Shuaib a.s adalah seorang peniaga dan kaum baginda juga di kalangan peniaga. Nabi Shuaib a.s dihantar untuk membetulkan perniagaan kaum-kaumnya.

Dahulunya Negeri Saba’ terkenal dengan pertanian. Mereka buat empangan dan tali air yang sangat hebat. Apabila dibuka tali air, maka air mengalir ke kebun-kebun mereka dengan sendirinya. Allah hantar 13 orang Nabi kepada kaum Saba’. Tapi apabila mereka engkar, Allah keringkan kebun-kebun mereka. Kemudian Allah pecahkan empangan-empangan mereka dan hancurkan kebun-kebun dan seluruh kaum Saba’.

Dalam Hayatus Sahabah, Maulana Saad petikkan kata-kata Saidina Umar r.a. - Sesekali kami tidak akan benarkan orang berniaga di pasar-pasar kami selagi mereka tidak belajar ilmu tentang Tijarah (perniagaan).

Maulana Zakariyya rah. Juga ada menulis satu buku berkaitan Fadhilat Tijarah. Aritu tangguh 4bulan dah azam nak beli buku tu, tapi tak jadi atas sebab musabab tertentu. Sesiapa yang boleh bantu aku dapatkan buku ni kat Kedah? Huhu.. :)

Sebenarnya dah lama terfikir untuk buat business. Dengan harapan masa lebih flexible untuk kerja-kerja agama. Alhamdulillah Allah bukakan jalan walaupun terasa masih terlalu awal dan muda (perasan).

Skunk aku kerja dengan pakcik sendiri, belajar urus business. Dah lama business dia, sejak 1983. Aku pun di alam arwah lagi time tu. InsyaAllah dalam masa setahun ni kena belajar sebelum diberi tanggungjawab uruskan business pakcik aku yang dah nak pencen. Kena bermula dari bawah sebelum naik pangkat jadi Managing Director. Ceewah.. :) Business apa - PSS. Gugel sendiri.

Tapi ada lagi satu perniagaan yang paling menguntungkan dan tidak akan rugi-rugi ?

Kalu seorang penjual bakso kata untung besar. Mungkin untung jualannya RM300.
Kalu seorang tauke restoran nasi kandar kata untung besar. Mungkin untung jualannya RM3,000.
Kalu seorang tauke kedai minyak Petronas kata untung besar. Mungkin untung jualannya RM100,000.
Kalu seorang tauke penjual kereta kata untung besar. Mungkin untung jualannya RM1,000,000.
Kalu Robert Kuok kata untung besar. Mungkin untung jualannya RM1,000,000,000.
Kalu Bill Gate kata untung besar. Mungkin untung jualannya USD3,000,000,000.

Jadi, bila Raja kepada sekelian Raja..
Raja kepada seluruh alam semesta..
Pemilik segala kekayaan dan kerajaan berkata - Untung..

Berapa besar punya untung agak-agak arr ??

Walaupun nampak macam rugi minta cuti 4 bulan tanpa gaji..
Walaupun nampak macam rugi belanja ribu ringgit tambang flight dan belanja makan di negara orang..
Walaupun nampak macam rugi tinggalkan business 4 bulan..
Walaupun nampak macam rugi kasih sayang tinggalkan family selama 4 bulan..

Tapi, bila Allah cakap untung.. Pasti.. Pasti.. Pasti.. Wajib.. Wajib.. Wajib..
Untung.. Untung.. Untung.. Tidak akan rugi..

Kerja Amr Bil Maa'ruf Nahi Anil Munkar > Tanggungjawab = Kewajipan = Kena Buat = Kena Jawab.

*Hangin aku dengan TM yang tak bertanggungjawab membiarkan internet rumah aku rosak selama seminggu.. Sila Jawab!!