September 12, 2011

Bazar story..

Ku langkah keluar dari Banglawali Masjid dengan perasaan sedih..
Teringat bayan tadi: Skunk kita duduk di sebaik-baik tempat, masjid. Keluar ja masjid terus masuk seburuk-buruk tempat, bazar.

Baba.. Baba.. This baby no money.
Baba.. Baba.. This baby no money.
Seorang wanita berhijab hitam sambil mendukung bayi menarik-narik baju aku.

Teringat aku waktu Ta'lim petang Fadhilat Sedekah;
"Jangan menghampakan orang yang meminta"

Aku menyeluk poket mencari wang..
Tiba-tiba aku teringat nasihat orang sebelum ke India;
Ko skunk tengah musafir, keluar jalan Allah. Tak harus sedekah. Nanti ramai peminta sedekah kt India. Kalu ko bagi sorang, sepuluh yang datang.

Terus aku keluarkan tangan yang masih kosong dan blah dari situ. 2-3 langkah dia ikut aku, terus aku masuk dalam kedai. Yeah, dah hilang. Bukan aku kedekut, tapi ikut nasihat. Kalu line clear, aku bagi.

Lalu aku tahan sebuah beca;
Aku   : Bazar Bogel..
Beca  : Bogel ?? Emm.. Twenty
Aku   : Haa, twenty??? (terkezut)
Beca  : Ruppee.. Ruppe..
Aku   : O.... Ok, twenty ruppee.. (sambil naik beca)
Beca  : Bogel.. Bogel.. (terus kayuh beca)

Sampy di sebuah pekan, beca berhenti.

Bogel.. Bogel..

Aku pun turun dari beca.. Kedai elektrik, kedai kain, kain beg, kedai makan.. Hoh, nama ja Bazar Bogel. Tak ade orang bogel pun. Non-muslim yang ramai. Bazar Bogel ni dimonopoli oleh non-muslim. Aku masuk kedai beg.

Aku    : How much this ? (sambil pegang 1 beg)
Kedai : 550 ruppee
Aku    : Hoh.. very costly..
Kedai : Very good quality.
(Kelentong aku. Ingat aku tataw barangan made in China)
Aku    : No.. You cheat me. No quality. 400 ruppee only.
Kedai : If 400 ruppee, you give me 100 pieces. 
             I want to buy all. (cara perli)
Aku    : For what I need to give you ??? (bengang)
            I know this price for foreigner. 
            I dont want foreigner price. I want local price.
Kedai  : No.. No.. Same price.
Aku     : You're cheating. (sambil blah daripada kedai)
Kedai  : Malaysian not good!! (Cara tegas)

Ntah camna lak dia tahu aku ni orang Malaysia.

Aku tahan lak teksi motor tayar 3 (Ato);
Aku    : Masjid Jamek
Ato     : 80 ruppee.
Aku    : No, 70 ruppee only. (cakap dengan konfiden)
Ato     : Ok.. Ok..
Aku    : (Ceh.. menyesal aku tawar 70 ruppee ja)

Setelah 20minit, ato berhenti betul di depan Masjid Jamek. Wah~
Terpegun aku 5 saat melihat pintu gerbang Masjid Jamek. Kalu pintu gerbang syurga maw terpegun 500tahun ooo.

Teringat kawan aku cakap; Ko nak pergi Taj Mahal jauh oi. kena naik train 5 jam.

Aku dengar train ja terus phobia. Waktu nak pergi Tamil Nadu dulu, train aku delay 6 jam. Musim panas ditambah dengan manusia yang crowded macam pasar ikan atau ikan sardin dalam tin. Sekejap tunggu platform ni, sekejap platform nu, sekejap platform sana, sekejap sini. Wah.. Wah..

Membebel seorang jemaah warga emas; Dah.. Dah.. Aku nak p bagitaw amir sab, aku nak balik Nizamuddin. Daripada aku mati kat stesen keretapi, baik aku mati kat Nizamuddin. (adoiya..)

Dah naik train, ambil seat masing-masing, datang satu grup manusia sambil pegang tiket; These are our seat!! (tegas dan berkarisma)

Amir sab aku ambil tiket dia sambil buat muka pelik; Oh.. this train to Tamil Nadu. You're in wrong train. (Diorang nak g belah utara, tp naik train ke selatan. Maw seminggu gak nak sampy tu)

Hoh, orang India pun penin dengan train dyorang. Tak sanggup aku ambil risiko naik train sendiri. Terus terbatal keinginan nak pergi Taj Mahal. Silap-silap sampy Nepal aku.

Ko pegi Masjid Jamek. Dekat ja. Cantik ala-ala Taj Mahal gak tu. (zihin kawan aku)

 Cam Taj Mahal kan? kan?

Wa.. Bazar Masjid Jamek lagi besau..  
Dah la tu sayang. Jom Balik, pujuk iman aku. Gua dah malas nak tawaf, kurang pahala, iman pun kurang, duit pun kurang, letih ja dapat. Dosa pun dapat gok. Adoi ya..

Balik.. Balik Nizamuddin.. Tambah iman.. Cepat.. Cepat.. (Fire iman gua pada nafsu)

Aku pun macam biasa mencari ato-ato yang sedangkan merehatkan tayar masing-masing..

Aku  : Nizamuddin Markaz.
Ato   : 80 ruppee.. (taktik kelentong yang sama)
Aku  : No.. I came here juz 60 ruppee (Aku menipu supaya tidak ditipu. Apa hukumnya ar ??)
Ato   : O... No.. No.. 70.. 70..
(Aku pun blah cari ato ke-2. Tetiba ato tu panggil aku balik)
Ato  : Ok.. Ok.. 60..
(Oh.. berjayakah aku??)

Sampy ja Nizamuddin, aku teringat sesuatu yang aku terlupa. Adoiya.. Tadi aku keluar nak mencari buku-buku bacaan versi English:

1. Chhe Number Ki Mehnat
2. Karkuzari; Maulana Tariq Jamil
3. Eikh Khimti Musyawarah; Syed Ahmad Khan (aku pun tataw apa maksud dia. Amir Sab aku cakap baguih)

Nya.. pun.. adoi..

September 10, 2011

Hidup Itu Kehidupan

Setelah 4 bulan aku menghilangkan diri tanpa jejak..
Kini syawal aku menjelma..

Woi... mana hg p, lama tak dengaq habaq ?
Tup-tup, hilang teruih..
Hidup lagi rupanya..

Aku baru habih praktikal 4 bulan la..

Kat mana ?

India.. (jawab aku dengan bangga)
Aku p praktikal. Tambah lagi 1 semester; 4 bulan, praktikal agama. 

Best dak India ?

Hahaha... (untuk soklan camni, aku jawab dengan gelak)

Makan camna kat sana ?

Sana pagi-pagi aku makan roti 'Lipat-Patah'..
Ala-ala roti gardenia sapu jem, pastu lipat dan makan. Tapi kt India aku lipat ja roti terus patah. Lipat kiri patah. Lipat kanan patah. Lipat depan pun patah.

Kat sana aku belajar ilmu KEHIDUPAN.. Ilmu untuk hidup. Ilmu ni tak leh dapat kt Malaysia. Only in India, Pakistan & Bangladesh. Serius.. Belif it..

Bagaimana nak menjimatkan air dalam jamban..
Bagaimana nak menjimatkan air waktu mandi..
Bagaimana nak mandi wajib hanya dengan 1 - 2 botol air..
Bagaimana nak whuduk dengan menggunakan lotta..
Bagaimana nak tidur tanpa kipas angin waktu musim panas..
Bagaimana nak tidur bersama nyamuk-nyamuk..
Bagaimana nak makan bersama lalat-lalat..
Bagaimana nak sabar di jalan raya..
Bagaimana bla bla bla.. (Nak taw lagi keluar India cepat2)

Dan ke-2 aku belajar BERSYUKUR..
Sebagai rakyat Malaysia. Ala-ala semangat patriotik Merdeka-Raya.

Bila orang India tanya aku; Malaysian ???

Yeah, Malaysia Boleh. (jawab dengan bangga)

Sekali aku borak2 dengan orang India, dia tanya jarak negeri aku, Kedah dengan Kuala Lumpur;

Aku bgtaw dy, 500km. Naik bas 6 jam.

Terus dia gelak guling-guling ingat aku buat lawak antarabangsa. Dia tak percaya naik bas 6 jam boleh sampy 500km. Aku cakap bas Malaysia bawak 110km/j. Dia terus gelak sampy nangis. Tak percaya. Hampeh betoi..

Tapi yang aku respek tak kisah orang bandar, orang kampung, orang kaya, orang miskin, time solat ja penuh masjid. Walaupun mereka tak pernah ikut keluar jalan Allah, mereka tetap sambut jemaah macam sambut tetamu waktu hari raya. Semua sibuk nak masak untuk kami. Aku bagi duit suh beli cai, duit tak nak ambik, cai dapat. Sifat memuliakan tetamu, ikram muslimin.. superb!!

Bila korang ada planning nak jalan-jalan luar negara, jangan fikir Europe, German, Spain, Dubai ja..
Buat juga planning jalan-jalan India, Vietnam, Myanmar. You will appreciate much much more Malaysia. :)

Dan yang terbaik jalan-jalan di Jalan Allah.. Jom Keluar!!


September 1, 2011

'Heriat' Malaysia ?

Melayan paranormal panorama ramadhan di Masjid Jamek, Delhi

Iman ki mehnat bahud bahud zaruri hei..

Salam kembali daripada kursus iman 4 bulan di India hei...

hei hei hei...

Sedikit laporan kerja di sana.
Hasil mesyuarat dengan zumindar Malaysia di Nizamuddin dan Syura Malaysia, kami 1 jemaah terpaksa menghabiskan 4 bulan di India sahaja atas masalah-masalah tertentu yang tak dapat dielakkan. Benar kita merancang, tetapi keputusan Allah adalah yg terbaik. Yeah.. 

Tashkeel pertama di Tamil Nadu..
Tashkeel ke-2 di Uttar Pradesh..
Tashkeel ke-3 di Bihar..

3 tashkeel, 3 tempat, 3 jenis ujian dan tarbiyyah tersendiri.. Oh~ 
Tarbiyyah zahir dan batin.

Dan untuk korang-korang yg inginkan berat badan yang ideal, pinggang yang ramping: tak perlu makanan diet, x perlu minum jus mate, x perlu bersenam, keluar cepat-cepat 4 bulan di India. 
Hanya dengan qudrat Allah, berat badan aku telah turun daripada 64kg kepada 57kg. Cayok...

Dah.. bersambung lagi akan datang.. 

Aku nak p pekena lemang ketupat dulu. Kang habis kena sebat..

Walaupun terlambat, aku tetap nak wish .. .. .. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin banyak2 no..