September 10, 2011

Hidup Itu Kehidupan

Setelah 4 bulan aku menghilangkan diri tanpa jejak..
Kini syawal aku menjelma..

Woi... mana hg p, lama tak dengaq habaq ?
Tup-tup, hilang teruih..
Hidup lagi rupanya..

Aku baru habih praktikal 4 bulan la..

Kat mana ?

India.. (jawab aku dengan bangga)
Aku p praktikal. Tambah lagi 1 semester; 4 bulan, praktikal agama. 

Best dak India ?

Hahaha... (untuk soklan camni, aku jawab dengan gelak)

Makan camna kat sana ?

Sana pagi-pagi aku makan roti 'Lipat-Patah'..
Ala-ala roti gardenia sapu jem, pastu lipat dan makan. Tapi kt India aku lipat ja roti terus patah. Lipat kiri patah. Lipat kanan patah. Lipat depan pun patah.

Kat sana aku belajar ilmu KEHIDUPAN.. Ilmu untuk hidup. Ilmu ni tak leh dapat kt Malaysia. Only in India, Pakistan & Bangladesh. Serius.. Belif it..

Bagaimana nak menjimatkan air dalam jamban..
Bagaimana nak menjimatkan air waktu mandi..
Bagaimana nak mandi wajib hanya dengan 1 - 2 botol air..
Bagaimana nak whuduk dengan menggunakan lotta..
Bagaimana nak tidur tanpa kipas angin waktu musim panas..
Bagaimana nak tidur bersama nyamuk-nyamuk..
Bagaimana nak makan bersama lalat-lalat..
Bagaimana nak sabar di jalan raya..
Bagaimana bla bla bla.. (Nak taw lagi keluar India cepat2)

Dan ke-2 aku belajar BERSYUKUR..
Sebagai rakyat Malaysia. Ala-ala semangat patriotik Merdeka-Raya.

Bila orang India tanya aku; Malaysian ???

Yeah, Malaysia Boleh. (jawab dengan bangga)

Sekali aku borak2 dengan orang India, dia tanya jarak negeri aku, Kedah dengan Kuala Lumpur;

Aku bgtaw dy, 500km. Naik bas 6 jam.

Terus dia gelak guling-guling ingat aku buat lawak antarabangsa. Dia tak percaya naik bas 6 jam boleh sampy 500km. Aku cakap bas Malaysia bawak 110km/j. Dia terus gelak sampy nangis. Tak percaya. Hampeh betoi..

Tapi yang aku respek tak kisah orang bandar, orang kampung, orang kaya, orang miskin, time solat ja penuh masjid. Walaupun mereka tak pernah ikut keluar jalan Allah, mereka tetap sambut jemaah macam sambut tetamu waktu hari raya. Semua sibuk nak masak untuk kami. Aku bagi duit suh beli cai, duit tak nak ambik, cai dapat. Sifat memuliakan tetamu, ikram muslimin.. superb!!

Bila korang ada planning nak jalan-jalan luar negara, jangan fikir Europe, German, Spain, Dubai ja..
Buat juga planning jalan-jalan India, Vietnam, Myanmar. You will appreciate much much more Malaysia. :)

Dan yang terbaik jalan-jalan di Jalan Allah.. Jom Keluar!!


September 1, 2011

'Heriat' Malaysia ?

Melayan paranormal panorama ramadhan di Masjid Jamek, Delhi

Iman ki mehnat bahud bahud zaruri hei..

Salam kembali daripada kursus iman 4 bulan di India hei...

hei hei hei...

Sedikit laporan kerja di sana.
Hasil mesyuarat dengan zumindar Malaysia di Nizamuddin dan Syura Malaysia, kami 1 jemaah terpaksa menghabiskan 4 bulan di India sahaja atas masalah-masalah tertentu yang tak dapat dielakkan. Benar kita merancang, tetapi keputusan Allah adalah yg terbaik. Yeah.. 

Tashkeel pertama di Tamil Nadu..
Tashkeel ke-2 di Uttar Pradesh..
Tashkeel ke-3 di Bihar..

3 tashkeel, 3 tempat, 3 jenis ujian dan tarbiyyah tersendiri.. Oh~ 
Tarbiyyah zahir dan batin.

Dan untuk korang-korang yg inginkan berat badan yang ideal, pinggang yang ramping: tak perlu makanan diet, x perlu minum jus mate, x perlu bersenam, keluar cepat-cepat 4 bulan di India. 
Hanya dengan qudrat Allah, berat badan aku telah turun daripada 64kg kepada 57kg. Cayok...

Dah.. bersambung lagi akan datang.. 

Aku nak p pekena lemang ketupat dulu. Kang habis kena sebat..

Walaupun terlambat, aku tetap nak wish .. .. .. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin banyak2 no..


May 4, 2011

Incredible India


Salam dari Masjid Sri Petaling, KL.
Yeah... :)

InsyaAllah...

6 May 2011       : KL - DEL (AirAsia)
16 July 2011      : DEL - DAC (Bman)
28 August 2011 : DAC - KL (AirAsia)

InsyaAllah 2 jemaah akan ke IPB 6 May ni, total 9 orang. Doa mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan kami.

Sapa2 nak join aku bley datang SP secepat mungkin, interview dulu no..

Jumpa lagi 4 bulan akan datang.
InsyaAllah..

Jom~
India.. Tunggu!!