September 1, 2011

'Heriat' Malaysia ?

Melayan paranormal panorama ramadhan di Masjid Jamek, Delhi

Iman ki mehnat bahud bahud zaruri hei..

Salam kembali daripada kursus iman 4 bulan di India hei...

hei hei hei...

Sedikit laporan kerja di sana.
Hasil mesyuarat dengan zumindar Malaysia di Nizamuddin dan Syura Malaysia, kami 1 jemaah terpaksa menghabiskan 4 bulan di India sahaja atas masalah-masalah tertentu yang tak dapat dielakkan. Benar kita merancang, tetapi keputusan Allah adalah yg terbaik. Yeah.. 

Tashkeel pertama di Tamil Nadu..
Tashkeel ke-2 di Uttar Pradesh..
Tashkeel ke-3 di Bihar..

3 tashkeel, 3 tempat, 3 jenis ujian dan tarbiyyah tersendiri.. Oh~ 
Tarbiyyah zahir dan batin.

Dan untuk korang-korang yg inginkan berat badan yang ideal, pinggang yang ramping: tak perlu makanan diet, x perlu minum jus mate, x perlu bersenam, keluar cepat-cepat 4 bulan di India. 
Hanya dengan qudrat Allah, berat badan aku telah turun daripada 64kg kepada 57kg. Cayok...

Dah.. bersambung lagi akan datang.. 

Aku nak p pekena lemang ketupat dulu. Kang habis kena sebat..

Walaupun terlambat, aku tetap nak wish .. .. .. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin banyak2 no..


May 4, 2011

Incredible India


Salam dari Masjid Sri Petaling, KL.
Yeah... :)

InsyaAllah...

6 May 2011       : KL - DEL (AirAsia)
16 July 2011      : DEL - DAC (Bman)
28 August 2011 : DAC - KL (AirAsia)

InsyaAllah 2 jemaah akan ke IPB 6 May ni, total 9 orang. Doa mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan kami.

Sapa2 nak join aku bley datang SP secepat mungkin, interview dulu no..

Jumpa lagi 4 bulan akan datang.
InsyaAllah..

Jom~
India.. Tunggu!!

April 19, 2011

Al-Kisah..

Sangat lama bercuti daripada blog.. Terpaksa kurangkan joss ber-blog untuk fokuskan kepada perkara-perkara lain yang lebih penting.

Final Exam
2 minggu lepas busy dengan final exam.. revision, study, tutorial.. study group.. busy2..
Rumah aku pun dah macam Kedai Mamak 24-hours; sampy 2-3 pagi budak2 lepak wat study grup..
Tinggal nak order teh tarik dengan roti kosong ja.. Kalu dak dah kaya aku oi..
Sehingga terpaksa dikurangkan masa rehat, masa makan, dan masa tidur.. (macam pernah dengar ja)
Alhamdulillah result pun dah kuar. 
Jeng.. jeng.. jeng.. (pasangkan irama seram-seram sejuk)
Berikut adalah hasilnya:

 Sambil hidung kembang kempih.. huh.. hih..

Alhamdulillah..
Semester akhir dapat tangkap kepala ular.. GPA = 4.0 (sambil kesat-kesat mata: Kenape, tak percaye ?)

Tapi cumulative, CGPA agak kurang memberangsangkan..
Tuu laa... Malas sangat dulu.. Kuat main, malas..
Pastu bagi alasan kononnya lelaki melayu terakhir paling warak, takut riak !!
Lalu ambil keputusan datang kelas lambat-lambat.. Ini Semua Dunia.. Dunia..
Duduk saf paling belakang dalam kelas. Lalu terkumat-kamit habiskan zikir pagi petang. Ditambah tidur Khailullah tengahari dalam kelas.. Oh~ Nikmatnya..
Kemudian istighfar tengok lecturer mengajar kt depan.. "Astaghfirullah.. Sesat ni.. Tak boleh bawak masuk kubur.. Hidayat Ya Allah.." T_T
Last2 semester baru insaf.. huhu..
Orang-orang tua pesan, student kena jaga amal jaga study. 1st in study, 1st in tabligh.
Syukur Alhamdulillah.. Sempat terjaga daripada mimpi ngeri.. Oh..
Still acceptable la.. Bakul Masuk Sendiri Angkat~

Final Year Project II
Project II - incomplete ???
Meh cek nak explain.. Result untuk Final Year Project memang lambat skek.. Sebab thesis baru hantar minggu lepas. InsyaAllah minggu depan baru kuar result.

Untuk projek ni, lepas ja Final Exam ada project presentation. Alhamdulillah projek aku dapat pencalonan untuk finalist Mechanical Engineering Invention and Innovation Competition Award (MEcCA). Dan keputusannya...
Jeng.. jeng.. jeng.. (pasangkan irama seram-seram sejuk sekali lagi)
"The Best Project in Case Study - Tolong sebut nama aku di sini" 8)
Malangnya tiada awek bersorak kegirangan untuk aku..
Sebab Mechanical Department memang kurang perempuan..
Oh~ Seronok.. Tak perlu nak control macho pegi klaz..

Incredible India
Lepas ja antar Project Thesis, aku terpaksa uruskan Passport, Visa, dan Tafakut untuk program Jalan-Jalan Cari Iman.. Tak lama pun, 4 bulan ja..
Jauh perjalanan luas pemandangan.. kan.. kan..
Sekarang tengah menunggu Visa diluluskan. InsyaAllah Hujung Minggu ni aku ke KL untuk jumpa kawan-kawan lain yang akan bersama-sama dalam program nanti.
Doa mudah-mudahan Allah mudahkan segala urusan..

Orait.. jumpa lagi 4 bulan akan datang no..
Opss.. InsyaAllah..

India.. Tunggu !!!
Bangla..  tunggg... erk...
Seram aku dengar orang karkuzari Bangla.. Kunyit..
Ish.. Bagi la laporan yang memberangsangkan skek..