February 14, 2012

Rasa Cinta..

- Selagi ada bulan mentari..
  Selagi ada berkasihani..

    
- Selagi ada bulan dan bintang..
 Selagi ada berkasih sayang..

- Selagi ada ombak dan laut..
  Selagi hatiku terpaut..

    
- Selagi ada turunnya hujan..
 Selagi ada rahmat Tuhan..

- Selagi ada langit dan bumi..
  Selagi cintaku bersemi..

___________________________

Setiap tahun, bila tiba 14 Februari.. Orang akan bercakap tentang cinta..
Valentines Day la katakan.. Tapi aku bukan nak ulas bab haram halal Valentines.. Atau sejarah Valentines..

Sejarah? Paderi? Isabella? Ketelusan Cinta? Argh.. aku pedulik apa.. Tak berkaitan dengan aku. Malas nak study bab Valentines. Sudah terang lagi bersuluh.

Tapi aku nak sembang bab rasa cinta. Semua orang pernah rasa cinta. Tak kisah la cinta monyet, cinta beruk ka.. Rasa cinta sangat berkait rapat dengan korban. Rasa cinta dan sayang hanya datang bila ada korban. Pepatah Melayu kata, cinta itu menuntut pengorbanan. Feewit..

Sebab cinta pada ayah dan ibu, maka kita korban diri dan masa khidmat mereka. 
Sebab cinta pada anak-anak, maka kita korbankan wang ringgit bagi makan anak-anak. 
Sebab cinta pada isteri, maka kita korbankan masa dan harta tunaikan nafkah pada mereka.

Ada juga yang terkorban kerana cinta. 'Orang-orang Allah' terkorban kerana cinta pada Allah swt dan Rasul saw. Tetapi 'orang-orang dunia' terkorban kerana cinta harta, cinta takhta, dan cinta wanita. Terkorban masa, terkorban harta, terkorban nyawa, terkorban maruah.

Orang yang terkorban kerana cinta dunia, maka dia akan dapat dunia. Tapi orang yang terkorban kerana cinta Allah dan Rasul, maka dia akan dapat Allah dan Rasul.

Hasil daripada pengorbanan akan terbit rasa cinta. Bergantung atas apa yang kita korbankan. Korban pada perkara batil, maka cinta pada kebatilan akan wujud. Korban pada perkara agama, maka cinta pada agama akan wujud.

Saya dah buat korban atas agama, tapi kebatilan tetap masih kuat dalam diri..
Ramai orang buat korban untuk agama, tapi kenapa kebatilan tetap bertambah..

Kenapa??
Kerana pengorbanan kita untuk agama sebenarnya jauh lebih rendah daripada pengorbanan ahli-ahli batil terhadap perkara batil.

Hanya segelintir orang Islam yang korban harta, diri dan masa untuk agama. Itu pun terhad..
Tapi majoriti manusia di seluruh dunia korban harta, diri dan masa untuk perkara batil dan maksiat.

Contoh yang lain, hari Valentines..

Berapa hinggit yang sanggup dikorbankan oleh seorang lelaki kepada kekasihnya untuk beli hadiah dan belanja makan sebagai bukti cinta, kasih dan sayang ?? RM50 - tak mungkin.. Should be more than RM100..

Dan berapa hinggit pula yang sanggup dikorbankan sebagai sedekah dalam tabung masjid, orang miskin, atau fisabilillah ?? RM1 - Hampir semua.. RM10 - kadang-kadang.. RM50 - Em.. pikir banyak kali baru bagi..

Bila korban terhadap perkara batil lebih daripada perkara agama, maka perasaan cinta terhadap perkara batil akan jauh melebihi cinta pada agama. Itu baru bab harta.. Belum lagi bab korban masa dan diri..

Berapa banyak masa kita korban untuk perkara batil dan berapa banyak masa kita korban untuk perkara agama??

Pengorbanan masa untuk agama hanya 3 hari, 40 hari, dan 4 bulan sedangkan pengorbanan masa untuk dunia dan batil setiap saat, setiap minit, setiap jam dan setiap hari derrr. Jadi cinta dunia makin hari makin bertambah, cinta agama makin hari makin slow. Slow n steady la..

Malang sekali ramai yang rasa cukup dengan korban masing-masing. Dah cukup dah ni, mati dah bley masuk syurga dah ni. Angan-angan dapat gurau senda dengan bidadari-bidadari cantik yang kekal daranya. Orang-orang lama pesan, Titik tolak bermulanya penurunan agama dalam diri seseorang apabila terbitnya rasa puas hati terhadap kualiti agama dalam diri. 

Tak ada sebab untuk rasa puas hati dengan kualiti agama masing-masing kerana kualiti agama kita sangat jauh dibandingkan dengan kualiti agama sahabat-sahabat rhum. 

Dalam hal dunia kita faham perlu tengok orang lebih kaya, orang lebih hebat, tengok orang ada kereta lebih besar, rumah lebih besar, isteri lebih cantik, duit lagi banyak, tanah lagi besar. Pesan kt anak-anak bila besar jadi cam Orang Kaya A, Orang Kaya B, dan Orang Kaya C. 

Tapi untuk hal agama cukup sekadar bandingkan dengan jiran sebelah rumah.. Jiran sebelah tu tak smayang langsung. Aku dah smayang ni kira ok la. Lalu buat tafsiran sendiri, tahap-tahap diorang ni la yang akan masuk neraka, tahap-tahap kita ni semua masuk syurga la. What de hek..

Seseorang telah bertanya kepada Abdullah ibn Mubarak rah (guru kepada Imam Bukhari) perbandingan diantara Khalifah Umar Abd Aziz rah. dengan Sahabat, Muawirah r.a. Kerana sewaku zaman pemerintahan Muawiyyah r.a, berlaku begitu banyak fitnah dan huru-hara. Sebaliknya sewaktu zaman pemerintahan Khalifah Umar Abd Aziz rah, pemerintahannya begitu aman dan adil sehingga Serigala dan Biri-Biri pun dapat makan dalam satu kawasan yang sama. Tapi Abdullah ibn Mubarak rah. bagitaw, perbandingan Khalifah Umar Abdul Aziz dengan Muawiyyah r.a ibarat debu pada kaki kuda hadrat Muawiyyah r.a.

Itu perbandingan seorang tabe'in yang hebat dengan seorang sahabat. Bagaimana perbandingan kita dengan tabe'in dan sahabat ?
 
Dimana kualiti iman kita ?? Jom sama-sama cek..

- Rasa resah dan gelisah bila kualiti agama dalam diri berkurang melebihi rasa resah dan gelisah bila duit poket habis hujung bulan.
- Rasa gembira dan seronok bila kualiti dan amal agama dalam diri meningkat melebihi rasa gembira dan seronok bila gaji masuk.

Jadi.... tahap kuali atau tahap wali ?? Wali band maybe ~
Wallahualam..

Ingat mati, ingat sakit..
Ingatlah saat kau sulit..
Ingat ingat hidup cuman satu kali..
 
Berapa dosa kau buat..
Berapa kali maksiat.. 
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat..
Cepat ucap astafighrullahal'adzim..

February 10, 2012

Hadiah dan ganjaran..

Seorang budak pergi kedai untuk beli barang. Selesai ja beli dan bayar harga barang, tauke kedai bagi hadiah gula-gula free. Maka dia pun ambil gula-gula tu, dan ambil barang yang dibelinya keluar daripada kedai itu.

____________

Bila buat sesuatu kebaikan/amal, ganjaran sebenar bagi amal bukan di dunia. Dunia tidak dapat menampung ganjaran sebenar amal.Juga balasan diterima bagi sesuatu keburukan bukan di dunia. Kebaikan yang kita dapat di dunia hanyalah hadiah percuma daripada Allah swt. Ibarat budak dapat gula-gula free bila beli barang di kedai.

Dan ganjaran sebenar daripada amal/kebaikan hanya akan diterima di akhirat. Ganjaran amal adalah milik kita dan wajib kita akan dapat di akhirat. Ibarat barang yang dibeli oleh si budak, barang tu memang miliknya dan dia akan dapat.

Maulana Ilyas rah dalam Malfuzat, "Keberkatan duniawi yang dijanjikan oleh Allah kerana infaq harta bukanlah balasan yang sebenar. Balasannya tidak tertanggung di dunia ini. Apabila nikmat-nikmat syurga dipamerkan di dunia ini, maka manusia akan mati kegembiraan. Begitu juga dengan azab, apabila kala jengking neraka diperlihatkan di dunia ini maka dunia akan berubah menjadi kering dan keras kerana kesan bisa sengatnya".

Buat amal kebaikan bukan untuk ganjaran dunia - pujian, harta, dihormati dan disanjungi. Tetapi buat hanya untuk Allah swt. Setiap amal dan kebaikan Allah bagi janji. Buat kerana Allah dan yakin dengan janji Allah. Ikhlas.. Ikhlas..

Jangan jadi orang yang menjual akhirat kerana dunia yang kecil..

Bila orang kawin, maka yang dia akan dapat adalah isteri dan hadiah-hadiah perkahwinan. Isteri adalah haknya. Hadiah adalah hadiah, sampingan atas perkahwinan. Amatlah bodoh bila seseorang kahwin hanya untuk dapat hadiah, tapi taknak isteri.

*Peringatan untuk diri sendiri.. Selalu check ikhlas. Ikhlas.. Ikhlas..
Apa itu Iman ? Iman itu Ikhlas..

January 8, 2012

Jom Meeting


Petang itu ayah siram pokok bunga. Bila siap, tiba-tiba ja paip air tak boleh tutup. Ayah pun cari dawai dalam stor, ikat pili supaya air tak terus keluar. "Esok la aku baiki. Dah nak Mahgrib ni" bisik ayah.

Esok pagi ayah pergi kerja macam biasa. Pagi-pagi bos dah panggil mesyuarat. Bentang kerja itu ini. Projek sana sini. Kerja tak siap kena marah. Keja lambat pun kena marah. Stress..

Di rumah adik buka pili untuk basuh tangan. Adik tak tahu pili rosak. Ikatan dawai yang ayah ikat tadi terbuka. Air keluar tidak henti-henti. Si adik yang tak tahu apa-apa tinggalkan pili dalam keadaan rosak.

Bila petang ayah pun balik kerja. Kerja yang banyak, ditambah bos yang berangin dan traffic jem yang teruk. Ayah jadi stress nongeng-nongeng. Sampy ja rumah, ayah lihat paip yang diikat semalam rosak balik.

Stress ayah meningkat ke tahap gajah naik minyak. Terus di tengkingnya, "Siapa punya kerja ni??"
Maka hari itu berlalu dalam keadaan penat, marah dan stress tahap dewa bagi seorang ayah.

Tapi bagi jiran kampung sebelah, dia juga menghadapi masalah pili yang rosak. Petang itu, dia juga buat alternatif yang sama, ikat pili air dengan dawai.

Cuma setiap hari, paginya dimulakan dengan mesyuarat rumah. Dalam mesyuarat rumah, agenda lain-lain, si ayah pesan kepada isteri dan anak-anak, "Pili dekat laman rumah kita tu rosak. Ayah dah ikat. Jangan buka. Petang ni ayah balik baiki".

Maka hari itu, sepanjang peninggalan ayah ke kerja, tak dak sapa pun buka paip air tu. Semua tahu pili air rosak. 

Walaupun ayah balik kerja dalam keadaan stress, sampy rumah lihat keadaan aman, damai dan tenteram, ayah jadi cool. Tak da sapa menjadi perosak kepada pili yang rosak. Then ayah pun baiki pili dengan hati yang tenang dan senang.

Sekian!!  

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Bilamana turun ayat (sentiasalah bermesyuarat dengan mereka dalam urusan-urusan penting) maka Rasulullah saw telah bersabda: Allah dan RasulNya tidak perlu pada mesyuarat, tapi Allah telah menjadikannya sebagai rahmat bagi ummatku, maka barang siapa dikalangan umatku yang bermesyuarat, dia sentiasa berada pada jalan yang lurus, dan barang siapa yang tidak bermesyuarat di kalangan umatku, dia akan sentiasa di dalam kesusahan. (HR Baihaqi)..