February 10, 2012

Hadiah dan ganjaran..

Seorang budak pergi kedai untuk beli barang. Selesai ja beli dan bayar harga barang, tauke kedai bagi hadiah gula-gula free. Maka dia pun ambil gula-gula tu, dan ambil barang yang dibelinya keluar daripada kedai itu.

____________

Bila buat sesuatu kebaikan/amal, ganjaran sebenar bagi amal bukan di dunia. Dunia tidak dapat menampung ganjaran sebenar amal.Juga balasan diterima bagi sesuatu keburukan bukan di dunia. Kebaikan yang kita dapat di dunia hanyalah hadiah percuma daripada Allah swt. Ibarat budak dapat gula-gula free bila beli barang di kedai.

Dan ganjaran sebenar daripada amal/kebaikan hanya akan diterima di akhirat. Ganjaran amal adalah milik kita dan wajib kita akan dapat di akhirat. Ibarat barang yang dibeli oleh si budak, barang tu memang miliknya dan dia akan dapat.

Maulana Ilyas rah dalam Malfuzat, "Keberkatan duniawi yang dijanjikan oleh Allah kerana infaq harta bukanlah balasan yang sebenar. Balasannya tidak tertanggung di dunia ini. Apabila nikmat-nikmat syurga dipamerkan di dunia ini, maka manusia akan mati kegembiraan. Begitu juga dengan azab, apabila kala jengking neraka diperlihatkan di dunia ini maka dunia akan berubah menjadi kering dan keras kerana kesan bisa sengatnya".

Buat amal kebaikan bukan untuk ganjaran dunia - pujian, harta, dihormati dan disanjungi. Tetapi buat hanya untuk Allah swt. Setiap amal dan kebaikan Allah bagi janji. Buat kerana Allah dan yakin dengan janji Allah. Ikhlas.. Ikhlas..

Jangan jadi orang yang menjual akhirat kerana dunia yang kecil..

Bila orang kawin, maka yang dia akan dapat adalah isteri dan hadiah-hadiah perkahwinan. Isteri adalah haknya. Hadiah adalah hadiah, sampingan atas perkahwinan. Amatlah bodoh bila seseorang kahwin hanya untuk dapat hadiah, tapi taknak isteri.

*Peringatan untuk diri sendiri.. Selalu check ikhlas. Ikhlas.. Ikhlas..
Apa itu Iman ? Iman itu Ikhlas..

4 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM WBT...

    Banyak nikmat yang telah ALLAH beri kepada manusia..tetapi terdapat segelintir manusia yang tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang telah dianugerahkan oleh ALLAH..Perkahwinan juga merupakan salah satu nikmat..

    Dah sampai jodoh patutnya bersyukur, ada isteri untuk dijadikan teman..bukan untuk main2...

    "Jika kamu bersyukur maka Aku akan tambahkan nikmat kepadamu"

    p/s~~ macam tak kena dengan entri la pulak komen ni..hee

    ReplyDelete
  2. ikhlas...umpama semut hitam....diatas batu hitam...dimalam yg gelap gelita..masyallah...

    ReplyDelete
  3. Erm...betol ape yg saudara katekan...InsyaAllah.cuba ikhlas...

    ReplyDelete