February 23, 2011

Extremely Busy Vol. 2..

Dulu pernah mengalami masalah yang sama..
Extremely busy.. here

Dan skunk kembali dengan Extremely Busy Vol. 2..
kepala meroyan ~

Di akhir-akhir semester agak kelam-kabut dengan dunia..
Sedangkan selalu dengar dunia itu busuk.. Tapi tak pernah insaf..
Sebab dalam hati masih ada dunia. Sangat sedih dengan kedaifan diri. :(

Dunia itu busuk.. Yeah.. Tapi kenapa tak baw pun ?? Aku baw wangi ja ??

Pagi-pagi bila aku drive keta pegi jogging, aku suka buka tingkap ambil angin sejuk dan embun pagi. Suddenly bila ternampak makhluk lori sampah jalan-jalan cari jamban, aku jadi tension tahap kritikal. Terus buka aircond tutup tingkap rapat-rapat. Lagi tension bila aku tengok makhluk ni kencing meleleh atas jalan. Maka sambil drive aku berdoa mudah-mudahan Allah swt meletakkan benteng deria rasa dan baw daripada terjahan perfume percuma segar daripada jamban ini.

Tapi kenapa arrr orang-orang yang bergayut pada makhluk lori tu bley tahan gas toksik itu ?? Walaupun tanpa sebarang alat bantuan pernafasan ?? Yeah, sebab hari-hari mereka terpaksa berkerja dan terpaksa menghidu gas toksik itu, lantas dengan izin Allah hidung mereka menjadi immune terhadap bau-bauan yang beraneka rasa itu. Lalu merasakan baw busuk itu normal, dan baw kentut mereka adalah wangi.

Hakikatnya dunia itu busuk. Malangnya deria hidung kita telah menjadi immune dengan busuknya dunia, dek kita hidup, makan, minum, tidur adalah di atas dunia. Bila mati masuk syurga, yeah, kita akan tahu bahawa dunia dulu sangat-sangat lah busuk. Dan inilah dunia yang kita rasa wangi seperti mana manusia-manusia tadi merasakan kentut mereka adalah wangi.

Erk.. aku tak de niat mengutuk orang-orang ini. Aku minta maap sangat-sangat. Sebab korang semua buat kerja halal, maka sebenarnya korang adalah lebih wangi daripada pencuri, perompak, penzina, penjual dadah, dan pelacur.  Serious aku tak tipu..

Kembali ke tajuk utama, extremely busy vol. 2..

Meh aku listkan kerja-kerja minggu ni:
1) Presentation NDT Project
2) Assg Engineering Economic
3) Attend NDT lab
4) Buat Logbook
5) Submit Draft Thesis 2
6) Test
7) Attend interview

No. 7 - Pagi tadi ada panggilan interview untuk kerja. My first experience interview, niat just nak ambil pengalaman. Maka aku berjalan masuk dengan muka confident macam berjalan menuju ke jamban. Soalan-soalanya.... (jeng.. jeng..) ~ 

I give u 1 minutes, explain about yourself.. (dah agak dah, apa lagi aku bayan la)
What do you know about Mexico ? T_T - Soklan tahap Shakespeare.. 
Explain about Laminar n turbulent.. ( Subjek favorite )
What do you know about our company? (yeah, aku dah study sebelum interview)
Your Strength ?? Weakness ??
bla bla bla...
10 minutes - Alright.. TQ for coming. Anything I will let you know by email..

Da.. dunia yang busuk pun susah kena interview bla bla bla..
Apa ntah lagi untuk syurga yang wangi, korang ingat senang-senang bley masuk syurga ?? Just bersenang-lenang goyang kaki dalam rumah sambil nonton ceramah agama, dah bley masuk syurga ?? Mudah-mudahan Allah hantar si pencari unta atas bumbung rumah korang..

Oi... maw lalu interview kubur dulu. Jumpa interviewer yang siap bawak penukul besi.. wacakaplu.. sekali sebat sampy infinity masuk bawah tanah.
Pastu second stage, interviewer mahsyar.. masuk court lagi.. umur kemana dihabiskan? usia muda ke mana dihabiskan ? harta dari mana dapat ke mana guna ? ilmu amal ke tak ? So, siap-siapkan peguam bela korang yang power untuk menghadapi pendakwa raya yang superb.
Third stage interviewer mizan.. Timbang experience kerja, sijil-sijil, rasuah, tipu sekali semua sekali jalan..
Fourth stage interviewer - sirat - halangan berduri, nak lalu bukan dengan fizikal dan mental, lalu dengan iman dan amal ma.

Lepas dan lulus semua stage baru bley masuk syurga. Dapat hidu bauan syurga. Dapat hidu bauan bidadari. Dapat lihat wajah Allah yang Maha Cantik. Dapat Redha daripada Allah.

Mudah-mudahan kita semua tergolong di kalangan ahli-ahli syurga yang wangi. Amin ya Rabb..

Wallahu-alam..

February 17, 2011

Kualiti agama dalam diri..

Berkorban apa saja,
Harta ataupun nyawa,
Itulah kasih mesra,
Sejati dan mulia...

Cinta dan pengorbanan tak dapat dipisahkan..
Cinta akan lahir daripada pengorbanan..
Daripada pengorbanan akan terbit cinta..

Alamak.. Terjiwang lak.. teruskan..

Dan ramai juga yang terkorban kerana cinta.

'Orang-orang Allah' terkorban kerana cinta pada Allah swt dan Rasul saw. Tetapi 'orang-orang dunia' hari ini terkorban kerana cinta harta, cinta takhta, dan cinta wanita. Terkorban masa, terkorban harta, terkorban nyawa, terkorban maruah. 

Hasil pengorbanan pada perkara yang batil, maka datang cinta pada kebatilan dan hasilnya kebatilan makin hari makin bertambah. Walaupun wujud usaha agama, walaupun hari-hari ada manusia korban diri, harta dan masa untuk agama, ziarah mengajak manusia kepada Allah, kepada masjid, wujudnya majlis-majlis agama, kelas-kelas pengajian agama, madrasah-madrasah, ustaz-ustazah sheikh maulana bla bla bla, tapi kebatilan masih bertambah dan bertambah.

Kenapa arrr ??

Kerana pengorbanan kita untuk agama sebenarnya jauh lebih rendah daripada pengorbanan yang diberi oleh ahli-ahli batil terhadap perkara batil.

Aku bagi contoh yang mudah sempena hari kekasih..

Korang rasa brapa hinggit arrr yang akan dihabiskan oleh Romeo kepada Juliet untuk membeli hadiah dan belanja makan sebagai bukti cinta, kasih dan sayang ?? RM10 - bullshit la.. RM30 - tak mungkin.. RM50 - jarang-jarang.. RM100 should be..

Korang rasa brapa hinggit arrr orang akan sedekah dalam tabung masjid kew, orang miskin kew, madrasah kew ??? RM1 - Hampir semua.. RM10 - kadang-kadang.. RM50 - Jarang-jarang.. RM100 - maybe 2 tahun skali baru jumpa..

Jadi, kasih, sayang, dan cinta Juliet terhadap Romeo akan melebihi cinta korang terhadap masjid, surau, orang miskin dan madrasah. Maka orang lebih senang tinggalkan masjid, surau, dan madrasah daripada tinggalkan Romeo dan Juliet masing-masing..

Dan segi masa pun sama derrr. Pengorbanan masa untuk agama 3 hari, 40 hari, 4 bulan sedangkan pengorbanan masa untuk dunia setiap saat, setiap minit, setiap jam dan setiap hari derrr. Jadi cinta dunia makin hari makin bertambah, cinta agama makin hari makin slow. Slow n steady la..

Tapi ramai juga yang rasa cukup dengan korban masing-masing. Dah cukup dah ni, mati dah bley masuk syurga dah ni. Lalu angan-angan dapat gurau senda dengan bidadari-bidadari cantik yang kekal daranya. Orang-orang lama pesan sama kita, Titik tolak bermulanya penurunan agama dalam diri seseorang apabila terbitnya rasa puas hati terhadap kualiti agama dalam diri. 

Hakikatnya tak ada sebab untuk rasa puas hati dengan kualiti agama masing-masing kerana kualiti agama kita sangat jauh dibandingkan dengan kualiti agama sahabat-sahabat rhum. 

Dalam hal dunia semua kita pandai dan faham perlu tengok orang lebih kaya, tengok orang ada kereta lebih besar, rumah lebih besar, isteri lebih cantik, kedai lagi besar, duit lagi banyak, tanah lagi besar. Pesan kt anak-anak bila besar jadi cam Orang Kaya A, Orang Kaya B, Orang Kaya C sampy habis huruf nak listkan semua orang kaya dalam dunia. Tapi untuk hal agama cukup sekadar bandingkan dengan mat rempit, mat gam, dan mat gian lalu terbit rasa warak dan alim dalam diri. Lalu buat tafsiran bahawa tahap-tahap diorang ni la yang akan masuk neraka, jadi tahap-tahap kita ni suma masuk syurga la. What de hek..

Khalifah Umar Abdul Aziz rah apabila ditanya perbandingan dirinya dengan sahabat rhum, Perbandingan diriku dengan sahabat ibarat debu yang melekat pada tapak kaki kuda hadrat Muawiyyah ra. Kita dengan Khalifah Umar ?? Kita dengan sahabat ?? 
 
Dimana kualiti iman kita ?? Jom sama-sama cek..

- Rasa resah dan gelisah bila kualiti agama dalam diri berkurang melebihi rasa resah dan gelisah bila duit poket habis hujung bulan.
- Rasa gembira dan seronok bila kualiti agama dalam diri meningkat melebihi rasa gembira dan seronok bila duit poket masuk sewaktu poket dah kering.

Jadi.... tahap kuali atau tahap wali ?? Wali band maybe ~

Wallahualam..

Ingat mati, ingat sakit..
Ingatlah saat kau sulit..
Ingat ingat hidup cuman satu kali..
 
Berapa dosa kau buat..
Berapa kali maksiat.. 
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat..

Cepat ucap astafighrullahal'adzim..

February 11, 2011

Kisah orang bujang dan orang kahwin..

Satu petang di kedai kopi.. aku lepak-lepak dengan seorang pakcik J (Joss). Sambil baca surat khabar, dia buka satu berita yang agak menarik: Pakcik Duda Ketemu Jodoh Makcik Janda. Umur linkungan 70 tahun sih.. dah tua pun kahwin lagi ???

Sambil melahap makanan, pakcik J mulakan bicara. "Tengok, tua-tua pun masih ada jodoh. Tak payah risau-risau sibuk cari marka. Belajaq dulu bagi habih." Menasihati aku sebagai anak bujang di depannya.

Lantas dan pantas aku mencelah, "Ish, tua-tua camtu ada nafsu lagi ka ??? " ( Soalan orang bujang )

Tiba-tiba.. Jeng-jeng-jeng (pasangkan irama seram-seram bodoh)

Duuush ~~~

Satu tempeleng hinggap pada kepala aku..

Haaa' (dengan nada sengau)
Tu la hang... Asyik pikiaq menda tuuuu ja..
Kalu sebut kawin, pikiaq menda tuuuuu ja..
Kalu pikiaq menda tu, ingat kawiiiin ja ..

Pakcik J memulakan zihinnya..
Perkahwinan ni membina kekeluargaan Islam. Berkeinginan untuk ada teman, boleh diajak berborak, berbual, bersembang, berbincang, gurau senda. Itu pasal yang Pakcik janda tu kawin lain, maw ada teman ma ~

Bukan menda tuuuu ja.. Memang la menda tuuuu pun sebahagian daripada perkahwinan, perlu disalurkan kepada tempat yang sepatutnya. Supaya tak terjadinya penzinaan. Tetapi kalu pikiaq menda tuuu ja, itu yang jadi penceraian, masalah bla bla bla.. Sebab tak dak fikir nak membina kekeluargaan Islam.

Daripada perkahwinan akan berkembang zuriat-zuriat keturunan yang baik.. supaya lahir daripada keluarga-keluarga kita orang yang membantu agama Allah, hafiz-hafizah, alim-alimah, ustaz-ustazah, daie-daie'ah, imam, kadi, bilal, siak, AJK masjid bla bla bla...

Allah swt telah menjadikan Ibadat Perkahwinan sesuatu yang sangat-sangat mudah.. Cuba tengok Rukun Nikah :

1. Lelaki
2. Perempuan
3. Akad Ijab dan Qabul
4. Wali
5. Saksi

Sekadar menghalalkan pertemuan dua lubang kencing ja. Tak perlu susah-susah.. 

Cuba compare dengan Rukun Solat: 
 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13

Sendiri maw ingat la.. Hari-hari solat ~

Tapi hari ni, Ibadat Perkahwinan telah jadi ibadat yang paling susah, dengan adat-adat nya, baju persalinan, belanja ribu-ribu lemon, hantaran tinggi gunung Jerai, majlis grand ala-ala Arab, ala-ala Mediteranean, ala-ala Melayu, ala-ala Europe, ala-ala Orang Asli, ala-ala Orang Tabligh la.. la la la...

Tapi Ibadat Solat yang susah diambil mudah. Sebab apa aku cakap susah - Maulana Zakaria rah bgtaw, "Aku dapati tidak kurang 200 masalah khilaf dikalangan ulama berkaitan dengan amalan Solat." Tapi Ibadat Solat ni la yang kita pandang remeh, tinggal-tinggalkan, lengah-lengahkan, ambil ringan, buat dont know, buat slumber badak macam badak, malas nak khusyuk, malas nak solat panjang-panjang, dan macam-macam lagi la korang bley tengok kt masjid-masjid..

Udah-udah mas.. malas aku nak membebel panjang-panjang sebab aku pun belum ada pengalaman berkahwin.. hak ~

Petua kepada siapa nak cepat kahwin, doa la supaya aku cepat kahwin, tapi jangan bgtaw aku lak =)

Siapa yang mendoakan saudara muslimnya tanpa pengetahuan saudaranya, maka Allah swt akan kirimkan malaikat untuk doakan perkara yang sama kepada dia. (lebih kurang maksud hadith)

Jangan lupa masukkan sekali dalam doa korang : yang solehah, alimah, hafizah, dan yang cantik, cun, comey pun boley disekalikan gak.. seriously aku tak kisah ~

Alright, selamat beramal no..


February 9, 2011

Aku bukan nak promote, tapi nak share..

Alkisah di hospital..
Selama 4 hari aku terpaksa ulang-alik ke hospital memandangkan ayah aku sakit.. baca SINI..

Tetapi satu pengajaran yang aku dapat, aku nak share dengan orang ramai. Terutama pada orang-orang muda termasuk aku (perasan muda)..

Ketika di hospital tunggu my dad, aku ditakdirkan terjumpa seorang remaja berumur 19 tahun yang mengalami sakit sama macam ayah aku. Tapi dia punya cancer betul-betul dekat dengan rectum (dubur) - aku tak sure exactly kt mana dan istilah yang betul, tapi lbey kurang camtu la dy bgtaw. 

Baru umur 19 tahun, dan still belajar di IPT di Malaysia. Dy cakap kadang-kadang buang air besar kuar darah. Buat dont know ja sebab ingatkan Buasir. Kadang-kadang ja jadi, kadang-kadang ok. Lama-lama parent dy tengok makin tak bermaya, terus bawa jumpa doctor. Bila cek, doctor bgtaw cancer telah membiak dengan berjaya. Argh~

Dan masalahnya cancer tu jadi dekat rectum. Jadi bila buat operation untuk buang bahagian usus tersebut, dah tak boleh disambung. My dad punya case still ok sebab happen at large intestine. So still can sambung balik sebab usus besar sangat panjang. Thanks God. 

Untuk case budak ni, cancer jadi dekat dengan rectum. Thus during operation dah tak boley sambung balik. Means that tak boley buang air besar ikut dubur, tapi kena tebuk di perut dan guna beg. Sangat sedey, masih muda ma..

Tapi dy pun tak pasti samada buang air besar ikut perut tu sekadar menunggu bekas pembedahan tu baik, atau selama-lamanya. Dy nak konpemkan balik dengan doctor. Mudah-mudahan sementara ja.

Untuk case ayah aku, doctor cakap lelaki banyak kena cancer ni. Dan aku pun pernah baca satu artikel yang state ramai lelaki di Jepun mengidap penyakit ni. Doctor tu bagi nasihat, selalu minum Yakult. Oh~

He claims that Yakult can fight and kill the cancer cells yang baru nak menapak untuk memulakan penghidupan dalam usus. 
Just his oppinion la.. lalala~

InsyaAllah boley usaha like what he claims.
Dan aku pun telah mula memenuhkan peti sejuk rumah dengan minuman Yakult. Hek..

Kalu tak minum Yakult, macam mana nak nafi Yakult tak boleh menyembuhkan. 
Just drink, and after that baru boley nafi.. 

Semoga Allah bagi kesihatan kepada kita suma. Allahumma amin~

*Aku dah cek Yakult diiktiraf halal oleh Jakim. tak caya cek SINI. Hehe~

February 5, 2011

Penyakit sebagai kaffarah dosa..

Ada orang bagitaw aku dia demam..
Aku pun suh dy makan panadol..
Ada orang cakap dy sakit kepala..
Aku cakap menda yang sama, p makan panadol..

Dulu datang sorang Sahabat ra jumpa Nabi saw mengadu abang dy sakit perut..
Nabi saw bgtaw pergi balik bagi abang kamu makan madu..

Kmudian, Sahabat tersebut datang buat kali kedua bgtaw sakit perut abang dy makin bertambah walaupun dah makan madu..
Maka Nabi saw bgtaw kali kedua, pergi balik bagi abang kamu makan madu..

Dan kali ketiga pemuda tu datang mengadu masalah yang sama..
Nabi saw bagitaw perut abang kamu menipu, perkataan Allah itu benar..
Dalam Quran Allah sebut madu adalah syifak bagi penyakit..

Surah an-Nahl, ayat 69:  

"Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"

Maka Sahabat tersebut balik semula mengikut apa yang diperintahkan oleh Nabi Saw..
Maka dengan izin Allah, penyakitnya terus sembuh..

Jadi madu, panadol tak boleh menyembuhkan..
Yang menyembuhkan hanya Allah swt..
Perintah Allah swt untuk cari ubat bila sakit..
Tapi yakin hanya pada Allah swt..

Disamping tu kena belajar-belajar selesaikan masalah dengan amal..
Kerana untuk orang mukmin, dunia adalah darul amal..
Kemudian usaha dengan asbab..
Yakin hanya pada Allah swt..

Hari ni ayah aku masuk hospital sebab sakit cancer..
InsyaAllah esok operate..

Tapi..
Hospital, doktor, ubat-ubat, pembedahan, nurse cantik, mc comey tak boleh bagi sembuh..

Sakit datang daripada Allah..
Penyembuhan pun datang daripada Allah..
Sama-sama doa dan buat amal..
Mudah-mudahan Allah swt bagi sembuh..

InsyaAllah..