November 27, 2010

Obsessive Compulsive Disorder (OCD)


Selalu bila kuar jalan-jalan supermarket dan sewaktu dengannya, time tu la rase nak pegi tandas buang air. Ai... sedih betoi. Lalu sibuk mencari lambang manusia lelaki dan perempuan berwarna biru. Alhamdulillah. tandas awam skunk dah makin bersih dan wangi. Tapi sesetengah orang termasuk aku akan mengalami simtom-simtom terlalu teliti dan waspada tentang kebersihan. Bagaimana tu?


Aku akan mencari tandas yang cangkung, dan terasa sangat sedey apabila tandas cangkung selalunya penuh dengan manusia, yang available selalunya dan yang pastinya tandas duduk. Oh... Mungkin ramai yang sependapat dengan aku, bahawa tandas duduk sukar dipastikan kebersihannya, atau mungkin juga tandas cangkung lebih selesa untuk membuang? Tepuk dada tanya perut.

Jadi hasilnya, aku sangat pasti bukan aku saja yang membuat perkara ini, iaitu aku akan menggunakan tisu yang disediakan, lalu melapik alas duduk tebal-tebal, sebelum aku duduk. Supaya aku tidak was-was dengan alas tempat duduk tersebut. hahahaha.... Dah macam sofa lak rasanya.

Dan apabila hendak memegang hos atau flush, korang akan basuhkan dulu tempat-tempat tu sebelum pegang atau pun melapik dengan tisu supaya jari tak tersentuh hos atau flush dengan tangan  korang yang suci. termasuk aku juga. aduh, susah nya pabila menggunakan tandas awam.

Setelah selesai assignment, aku dan korang akan basuh tangan dengan sabun berulang-ulang-ulang kali untuk pastikan tangan bersih, suci tanpa was-was serta berbau harum. Kemudian ambil sedikit air dan lalukan air pada tombol pili sebelum korang pegang tombol tu, takut-takut ada kotoran melekat yang ditinggalkan oleh orang terdahulu pada tombol tersebut.

Dan setelah selesai, akan cari tisu dan gunakan 2,3,4,5,6, ... helai tisu untuk pastikan tangan betul-betul kering. Pastu bila nak keluar tandas, korang akan tolak atau tarik pintu tandas bukan pada pemegang pintu, tapi cari tempat-tempat pada pintu yang orang jarang sentuh, termasuklah menggunakan kaki takutkan tangan korang menjadi kotor apabila memegang pemegang pintu yang telah dipegang oleh jutaan manusia pengguna tandas sekalian.

Ketahuilah aku dan anda bahawa kita adalah OCD. Obsessive Compulsive Disorder. huhu...

Ramai yang tak sedar bahawa mereka menghidapi penyakit OCD yang teruk, iaitu korang akan mengamalkan apa yang aku tulis di atas, dan banyak lagi aktiviti-aktiviti tidak berfaedah di atas. Tetapi kebanyakan orang akan mengidap OCD yang minor. Biasa-biasa ja yang dibuat kebanyakan orang.

Antara contoh lain adalah korang akan semak dan baca assignment dan homework skolah dan universiti yang dibuat berulang kali untuk memastikan tidak berlaku kesilapan titik, grammar, spelling, bla bla... atau akan baca buku teks dari kulit ke kulit (kulit depan sampai kulit belakang) tanpa tertinggal satu perkataan pun. Dan study sampai korang betul-betul faham sesuatu teori, soalan tanpa membuat andaian sendiri. Dan bila buat sesuatu assignment, pastikan setiap garis, paragraph, tulisan, tersusun rapi dan seimbang tanpa senget dan cacat, sampy sedap mata memandang.

Bila dalam kereta pula, berasa sangat stress bila ada bunyi-bunyi pelik yang tidak tahu dimana puncanya. Dan sedaya upaya akan mencari punca dimanakah bunyi tersebut walaupun sedikit, dan sedaya upaya akan repair dan modified sampy bunyi-bunyi kecil itu hilang. Dan pastinya kereta korang mesti dalam keadaan sangat bersih, tidak banyak ranggi-rangi dan aksesori-aksesori yang semak macam hutan amazon, tingkap bersih daripada minyak dan cap jari. bla bla bla...

Dah, dah banyak contoh aku bagi. dan korang mesti tahu korang pengidap OCD yang berat atau tak. Dan aku sendiri pengidap OCD yang berat, tapi tak sampy tahap kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke dalam ICU. hahaha... seronok bila tengok manusia-manusia yang OCD termasuk sorang lecturer aku. yang apabila masuk ja klaz, dy akan buat bebarapa garisan pada white board untuk dibahagikan kepada beberapa bahagian, dan akan ambil masa beberapa minit untuk garis dan padam sampy semua garisan dan bahagian sama saiz dan lurus. aduh... Geng-geng OCD kritikal.

Lagi sorang lecturer aku pun sama, dy akan berhenti bercakap dengan tiba-tiba sambil membuat muka stress apabila bercakap menggunakan grammar yang salah.

Orang OCD akan buat kerja smpy perfect, cantik, kemas dan faham apa yg dyorang buat, tanpa sesuka hati copy paste tapi tak faham apa-apa.

Jadi, adakah anda OCD?


# Ni semata-mata tulisan aku tanpa merujuk mana-mana buku dan guru. Jadi untuk lebih input, bley search google, OCD. 




November 24, 2010

Tanjung Penang


Minggu ni apabila aku buka blog aku; Eh, ramai pulak peminat-peminat aku daripada dari Penang (terkejut tidak sampai tahap beruk). Please!! Believe it... Nana Tanjung, anak mami? Hak....


Aku yang tak tahu malu mengaku bahawa itu bukan lah mana-mana keturunan jin atau jembalang. Sebaliknya itulah gerangan aku yang sedang lepak-lepak di Penang untuk final year projek aku. Akulah yang setia membuka blog aku sendiri dan berasa syok sendiri untuk menaip entry baru. Heaw... Aku terpaksa turun Penang untuk ambil beberapa dokumen untuk final projek aku. here



Dengan perasaan yang sangat risau dan takut, aku terpaksa turun site untuk minta data-data dan dokumen yang diiktiraf sebagai private and confidential. Kengkawan aku yang buat projek di lain-lain station pun menghadapi masalah yang sama dan pulang dengan tangan yang kosong. Mengkalu tak dapat data-data tu, dengan izin Allah, FAIL la oi.

Aku dah bgtaw supervisor aku tentang masalah ini, dia suh aku dapatkan gak, by hook or by crook. Melutut, merayu, menangis sampy depa bagi. Gunakan apa cara sekalipun. Gena sih ?

Dengan dakwah iman yakin; Allah kuasa, makhluk tadak kuasa. Aku terus melangkah ke hadapan. ceewah...

Aku pun pergi dengan bergaya kemas, tampan dan bermuka manis dan buat-buat baik sangat-sangat. Semoga mereka-mereka simpati terhadap aku dan memberi data-data yang aku mahu tanpa banyak songeh/karenah. Ingat ka mudoh-mudoh bley dapat, rupanya susoh gok. Waduh dong...

Banyak lak birokrasi, protokol, kerusi, dan orang nak kena jumpa. Jumpa setiap orang nak kena xplain menda yang sama berulang kali. Susah betoi nak setel masalah terpaksa berhubung dengan manusia. Kena cakap slow and steady, sabor, bertenang dan pura-pura ikhlas. Kalu dengan mesin senang ja. Terus shutdown buka balik. Habih kuat format/repair balik. Hak...

Jadi aku terpaksa stay seminggu di Penang untuk mengcopy data dan dokumen yang berkaitan. Mekasey kepada member-member yang sudi membantu, membekalkan data, penginapan, tunjuk jalan, kedai makan, jalan pintas, bla bla bla... Alang-alang dok Penang, kepala otak ligat cari idea. Yeah... Nasi kandaq konpem. Cari jeruk buah, makan kuih Vadey (makanan orang India yang sedap gila), pusing georgetown, batu ferringhi, naik ferri... Syoknya Tanjung.

Orang utara panggil Penang; Tanjung. Kira kalu kata nak p Tanjung tu, nak p Penang la. Pa lagi, jom bercuti-cuti di Tanjung. Cuti-Cuti Malaysia. Cuti sekolah boh. Bawak kawan-kawan, famili, adik-abang, anak isteri makan angin. Lapangkan minda, tenangkan jiwa, melihat kebesaran Allah. Jom...


November 21, 2010

Nice to hold, nice to see, Once broken...

Beberapa minggu yang lepas, sibuk dengan agenda tersendiri mengisi masa cuti semester. First week cuti aku ada di Langkawi. Bukan jenjalan makan angin, tapi ikut ayah aku kerja disana. Bila ada masa, aku pun jalan-jalan pusing kedai sekitar Langkawi. Pulau bebas cukai, jadi barang-barang agak murah. Pinggan mangkuk, perkakas dapur, coklat dan bla bla bla... Habis setiap satu kedai aku masuk, sementara menunggu ayah aku siap kerja. Berkotak-kotak aku lahap coklat akibat keboringan seorang diri di hotel. aduh...

Bila aku masuk ja kedai-kedai yang menjual pinggan mangkuk, aku terpandang satu ayat yang hampir setiap kedai ada, "Nice to hold, nice to see. Once broken consider sold". Mulanya aku fikir bagus juga ayat ni, membuat pengunjung lebih berhati-hati semasa berjalan, membelek, melihat, memegang, membeli... Jadi aku pun berjalan dengan ayu supaya tak terkena pinggan-pingan yang berkaca mudah pecah ni!

Ditakdirkan seorang makcik telah masuk ke kedai bersama anak-anak kecilnya. Lumrah kehidupan kanak-kanak adalah berlari dan terus berlari dan bermain sesuka hati sambil bising-bising macam pasar ikan. Hua... Tetiba ibunya membising, "Hai, main, main. Tak nampak tu, satgi kena, pecah. P main kat luaq". Ibu menegur anak-anak supaya berhati-hati takut terkena pinggan mangkuk dan pecah. Anak-anak pun terpacak seperti menyanyi lagu Negaraku.

Dan aku terperasan apabila aku terpandang ja ayat, "Nice to hold, nice to see. Once broken consider sold", aku menjadi sedikit takut untuk lalu di kawasan-kawasan berbahaya ini. Lagi-lagi la untuk membelek-belek, mengusap-usap, dan menjentik pinggan mangkuk tersebut. oh... takut-takut, bila pegang, belek dan menjentik untuk cek kualiti, terus pecah. kena bayar. alahai....

Jadi adakah bagus dan patut untuk diletakkan ayat tersebut wahai si peniaga dan pekedai ???

Sekiranya ayat tersebut menyebabkan orang jauh daripada barang-barangan yang dijual, menyebabkan orang takut untuk mendekati, membelek, mencuba, dan menjentik barang-barang yang dijual. Jadi bagaimana pembeli nak membeli barang-barang yang dijual sedangkan si penjual menakut-nakutkan pembeli untuk berjalan, dan melihat, lalu membelek dan menjentik barang tersebut. Si pekedai juga seolah-olah melabelkan barang-barangan yang dijual mudah pecah, tidak tahan dan kurang berkualiti. Hehe...

Alangkah baiknya jika si pekedai tidak meletakkan sebarang ayat untuk menakut-nakutkan pengguna, dan lebih baik 'if broken consider free' sewaktu pembeli membelek-belek dan mencuba barangan yang dijual. Ini akan memberi keyakinan untuk pembeli mencuba, membelek dan menjentik barang-barang yang dilihat menarik seterusnya membeli brang-barang tersebut. kan? Dan terlagi baik apabila si pekedai juga sanggup membenarkan tukaran dan pulangan barang semula andainya mereka tidak berpuas hati dengan barangan tersebut. Ini akan membuktikan bahawa barangan yang dijual amat berkualiti.

Haha... jangan marah wahai pekedai-pekadai. Ini adalah suara dan pandangan aku sebagai pengguna dan pembeli. Semata-mata berdasarkan pengamatan aku ketika berjalan-jalan di Langkawi.

Maklumlah, memberi sokongan kepada kempen "Suara Pengguna".

Jadi, cepat-cepat la tanggalkan pelekat, "Nice to hold, nice to see. Once broken consider sold".
Sangat kurang praktikal.