September 30, 2010

Hilang atau Sedekah

Hari-hari selalu terbaca berita-berita kes pecah-pecah. Pecah amanah, pecah rumah, pecah kepala, pecah kaca pecah gelas, pecah dara bla bla bla. Ditakdirkan pada hari Isnin yang lepas, aku pun termasuk dalam kes pecah-pecah ni. Aduh...

 Gambar hiasan semata-mata

Keta aku kena kopak dan beg nota kelas aku dicuri. Beg nota yang hari-hari aku bawak pegi klaz pun ada orang susah payah sampai pecah-pecah kereta aku untuk curi. Tak faham betul aku dengan makhluk manusia yang bernama pencuri ni. kalu aku ni Isaac Newton ka, Einstein ka, logik gak kalu nak curi nota-nota aku. jual bley dapat juta-juta dollar. bley jadi kaya. tapi nota aku guna buku pun RM3, pen pun RM 3 ja. owh~


Nota-nota dalam kenangan

Walaupun nampak macam nota-nota kelas aku tak bernilai dari segi market value, tapi bernilai sangat-sangat untuk aku. Bayangkan 1 subjek aku bayar RM1300++ dan hari-hari aku datang klaz berhempas-pulas menyalin nota yang diajar dengan tulisan buruk sebab mengantuk. Dan dihari-hari kemuncak hampirnya Final Exam dan projek dan assignment yang bertimbun-timbun seperti banjaran Titiwangsa... hilang begitu sahaja tanpa meninggal jejak dan kesan... aduh... kurang diajar betul si pencuri. Dan nota untuk tiga subjek hilang, jadi RM1300 x 3 = RM 3900. Owh, buku yang berharga hanya RM3 setiap satu terkandung tulisan-tulisan yang bernilai RM 3900. Tapi bagi si pencuri harganya mungkin RM0 dan pasti dan pasti buku yang sangat bernilai untuk aku walaupun murah di pasaran akan dibuang kedalam tong sampah oleh makhluk yang bernama pencuri yang merasakan tiada nilai di dalamnya.

Barang-barang lain yang turut dikebas:
1. Digital camera yang selalu aku bawak jalan-jalan untuk ambil gambar-gambar menarik atau event-event yang berlaku secara tidak sengaja.
2. Alat-alat tulis dan calculator yang aku dah guna bertahun-tahun sejak daripada sekolah menengah.
3. Kopiah putih yang aku bawak hari-hari untuk solat.

Digital camera hilang aku tak risau sangat. walaupun harganya agak mahal, tapi bernilai lagi nota aku. Lagi pun tak ada gambar bogel aku pun dalam camera tu. Jadi tak perlu aku nak risau dan takut gambar-gambar bogel tersebar di internet macam yang selalu dibuat oleh orang-orang tertentu yang pendek akal. Yang ada gambar aku berkopiah putih, dan kawan-kawan aku jugak alim-alim semuanya bergambar sambil pakai kopiah putih. tak caya bley tengok entry ni. semoga pencuri tu insap apabila tengok gambar-gambar makhluk berkopiah putih sambil makan ayam sempena hari raya.

Kawan aku selalu bagi nasihat, dalam harta kita ada juga hak-hak orang lain. Hak-hak orang lain ni kena keluarkan daripada harta kita. Zakat yang wajib. Yang sunat sedekah. Jadi kena banyak-banyak la sedekah. kalu tak Allah sendiri yang akan ambil harta kita melalui apa cara sekalipun. Hilang ka, dicuri ka, terbakar, rugi bla bla bla... Kalu sedekah dapat pahala sedekah, kalu hilang dan dicuri... sekian.... habis... Jadi banyak-banyak la sedekah. Walaupun pada hakikatnya nampak makin banyak sedekah makin rugi, makin banyak makin rugi, tapi dalam agama bagitaw semakin banyak sedekah makin untung. makin banyak makin untung. Percaya dan yakin lah, banyak sedekah untung. untung dan terus untung.

Mungkin Allah dah ambil harta aku sebab kurang bersedekah. huhu... mungkin juga harta aku yang dicuri adalah sebahagian hak-hak orang lain daripada harta aku yang tak dikeluarkan sebagai sedekah. jadi aku nak menyeru sekali lagi kepada makhluk-makhluk sekalian, banyakkan la sedekah. serius tak rugi.

Apa-apa pun, daripada Allah ia datang, kepada Allah ia kembali.
Habis....




September 22, 2010

Antara dua darjat

Selalunya bila tiba hari raya, topik-topik berita akan berkisar kepada kes-kes eksiden yang x putus-putus. Kemalangan maut la, kemalangan ngeri la, kemalangan bas dan berjenis-jenis kemalangan.

Pengalaman eksiden aku dulu, melibatkan 5 buah keta. Aduh...

Baru-baru ni, tengah-tengah syok lepak berhari raya sambil menjamah makanan raya dan kuih raya, aku pun curik-curik dengar orang-orang tua dan sekalian pakcik-pakcik bersembang. perbualan tak lain dan tak bukan berkisar dengan kes kemalangan raya dan jalan raya.

Tetiba sorang pakcik tua memulakan cerita, "Hari tu aku naik genting, tetiba eksiden dengan lori. Nasib baik aku naik mercedes, tu pun remuk habis keta aku. kalu aku naik proton ka, kancil ka, habih dah...".

Alahai pakcik. nyawa di tangan Allah ka di tangan Mercedes?

Ada orang fikir ini benda kecil la brader. cakap-cakap camtu pun salah ka?

Iman susah nak dapat, letih nak buat usaha atas iman, mujahadah nafsu, tekan perasaan. tapi senang pulak terkeluar. ramai orang yang tak sedar kadang-kadang percakapan dia hari-hari dah cukup untuk membatalkan iman. persoalan iman adalah persoalan yang besar, perkara pokok dalam agama.

Lihat paman nabi saw, Abu Talib. segala kebaikan dia buat, membantu dan membela perjuangan nabi saw. Satu sebab ja... membuatkan semua amalan dia tak diterima... iman...

Sebab tu aku ada dengar ustaz-ustaz selalu pesan, sebelum buat amal, terutamanya solat, perbaharuilah syahadah. dikhuatiri percakapan dan perbuatan harian membuatkan iman terbatal secara tidak sengaja, menyebabkan tertolak segala amal yang dibuat.

orait, aku nak tukar topik....
sembang-sembang ngan member...
tp still la bab kereta....

apsal ar manusia hari ini sibuk membahaskan pasal kereta kancil dan kereta merc?
dua-dua kenderaan ada 4 tayar gak.
dua-dua kenderaan boleh bergerak gak.
dua-dua kenderaan boleh sampai ke destinasi gak.

naik kereta merc ni laju skek kot. selesa sama.

eh... laju camna pun tayar belakang tak boleh potong tayar depan gak brader. kadang-kadang yang naik keta kancil sampai masjid awal daripada keta merc. hehe...

ni bukan ayat pancung-memancung atau nak komen orang nek keta kecik ke besar. saje nak state perbualan cerita sembang-sembang kosong ngan member-member karkun.

bayan haritu pun ada bgtaw, rumah besar kereta besar bukan 'dunia'. Ghairullah (selain daripada Allah) baru dikatakan dunia. kalu rumah besar, keta besar, unta besar, harta besar guna untuk jalan Allah, itu bukan 'dunia'.

apa-apa pun bersyukur dengan apa yang ada. aku nak state cakap ustaz yang ceramah kat surau tempat aku smalam:

aku hidup tak kayo, tapi sonang. Mahu tak sonangnya, hutang tak do. jadi tido pun leno, dalam rumah leno, dalam keta leno, dalam masjid pun leno, tak dok nak risau-risau orang nak bunuh, nak rompak, nak pukul, nak tikam, nak bakar.

sejuk perut ibu mengandung...

Apa-apa pun, apa yang penting, kerjasama kita bersyukur dan redha dengan pemberian dan takdir Allah.
Wallahualam~

*seronok tengok suasana tenang di Sri Petaling. dimana-mana jua, hanya beralaskan tanah dan berbumbungkan langit, tetap lena. haha....


September 21, 2010

BBQ Raya

Sempena bulan raya dan makan-makan, dan open house sana-sani tak henti-henti, aku ngan member-member pun nak buat pesta makan-makan BBQ Raya dengan jemputan seramai 9 orang, secara tertutup dan berbayar... owh...

Apa yang boleh dimakan hari ini?
Kita nak makan apa hari ini?
Siapa kita nak makan hari ini?

Disini aku kemukakan 3 persoalan yang tiba-tiba timbul mengenai makan. Selalunya persoalan pertama untuk orang-orang susah tak ada makanan. jadi tanya apa yang boleh dimakan hari ini? Tapi untuk golongan pertengahan sibuk tanya kita nak makan pa hari ini? sebab terlalu banyak pilihan makanan di luar sana. Dan ada juga orang 'luar biasa' yang kadang-kadang bertanya, siapa kita nak makan hari ini? Pedulikan mereka.

Memandangkan aku yang paling ensem di kalangan semua hadirin hadirat sekalian, maka aku diputuskan menjadi driver ke carefour mencari bahan-bahan BBQ. Berbelanja lah dengan jimat. Beli yang perlu aja: Ayam selonggok, nenas seguni, bawang sekaton, rempah selori, dan arang sebukit.

 
yeah... diputun-putun sehingga kecil-kecilan 

Pembahagian kerja bermula ~ eh korang putun-putun sayur kasik kecil-kecil buat salad... korang lak pegi perap ayam.... korang yang dok saja tu bley buat air... korang ni buat nasi planta la.... korang-korang kat sana tu gi lekat api.... and last but not least, aku buat bodo ja buat-buat busy~
 
 
 Tudia ~ nasik planta hasil ayaq tangan aku

Selepas 2 jam menunggu ayam perap sebati diperap sambil mendengar bayan tentang perihal perkara di atas tanah dan di bawah langit, maka berjalan lah acara kemuncak, perasmian oleh Yang Berbahagia Pengerusi Rumah Karkun dengan simbolik membakar ayam-ayam yang telah maut di sembelih dan diputun-putun secara kejam untuk dilahap oleh pelahap-pelahap sekalian.

  
Owh... sian nasib ko ayam. dah la dibunuh dan disembelih, kemudian dilapah dan dibakar untuk menjadi santapan sekalian khalifah-khalifah bumi (tdak kena mengena dengan isu-isu semasa mahupun sensasi)

Yeah... haruman nasik bercampur baur dengan haruman ayam meningkatkan nafsu syahwat makan sehingga kecur perut dan punggung. Al-maklum dah sebulan berpuasa mujahadah nafsu syahwat dan makan, maka, Kini Tiba Hari Raya, Semua Insan Bergembira, hari untuk makan-makan dan telan-telan apa yang boleh ditelan. 
Berikut menu-menu utama BBQ Raya: 

  
Potato Wedges Tanzania, segar dari ladang. Diimport khas daripada Tanzania
 
 
 Ayam Bakar Berempah Hawaii. Rempah semulajadi diimport daripada hutan Amazon
 
Nampaknya trafik dilaporkan lancar di bahagian penyediaan potato wedges. Di bahagian sayur dan salad pula, trafik dilaporkan sedikit perlahan dan dibahagiam pembakaran ayam, trafik dilaporkan sesak. Bertungkus-lumus sekalian polis-polis trafik menjalankan kerja memastikan trafik lancar agar kenderaan ayam-ayam dapat sampai ke destinasi dengan selamat pada waktunya.

  
Kelihatan petugas trafik sedang mengawal lalu-lintas di bahagian pembakaran ayam bagi mengurangkan kesesakan. "satu talam siap --- jalan"

 
Kelihatan deretan-deretan mangsa kemalangan yang hangus terbakar siap sedia untuk dijamah dan seterusnya dikebumikan

Ops.. lupa lak nak memperkenalkan cheff-cheff kehormat kita pada malam ini. Mastermind untuk majlis ini adalah bro Hairul kampung baru, merangkap ketua cheff dalam penyediaan rempah-rempah dan ratus-ratus untuk ayam dan salad fresh daripada hutan Amazon. Dibantu oleh cheff-cheff tidak kehormat sebagai pembakar-pembakar, pengawal trafik, pemotong-pemotong, dan yang utamanya, pemakan-pemakan, pelahap-pelahap, dan penelan-penelan sekalian.

 
 Cheff kehormat sedang memasak sayur salad yang masyuk n marveles sehingga berapi-rapi setinggi gunung berapi.

Hasilnya...

 
 yeah... lihat kualiti sayuran salad yang mengiurkan bagi mereka-meraka penggemar sayur-sayuran dan salad-saladan sekalian. wacakaplu memang sedap o.

  
 Sejumlah tetamu-tetamu yang hadir secara tertutup.

Setelah penat lelah dan letih bertungkus lumus ligat bagaikan gasing berpusing-pusing sehingga pening, maka tibalah masa yang ditunggu-tunggu... tet.... perang!!! maka suasana rumah yang tadinya hapening tiba-tiba sunyi dan sepi bagai dilanda garuda... khusyuk, khuduq dan tawaduuk.

 
Set Ayam Hawaii: Ayam Bakar Middle East, Nasi Wangi Rempah Arab, Fresh Potato Wedges Antartika, dan Mix Salad Europe. nyum.... nyum.... yummi....

Dan majlis ditamatkan dengan kerja-kerja khidmat masyarakat berbudi kepada tanah dan negara. hahaha... ini memang ramai yang lari. perut dan punggung dah penuh, pa lagi, cabut!!!! x ramai yang sedia berkhidmat untuk bangsa dan negara, berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. syabas kepada mereka-mereka yang telah berjuang sehingga ke titisan darah terakhir... ngeh... ngeh.... 

 
Eh, usha-usha apa tu bang?? ayam dah habis la...

Sekain Sekian kisah perjalanan trafik BBQ Raya Karkun sempena sambutan hari raya 2010... Jumpa lagi di masa hadapan.

*Bila la nak raya 6 lak ni... waduh dong....

September 16, 2010

Selamat Hari Raya Kengkawan

Argh... Lama x update...
Malas + Raya + Enjoy Sakan-Sakan.
Ketupat Rendang Lemang Lontong Mercun +++
Tapi jangan lupa...
Syukur Alhamdulillah...
Dan Takbir Allahu Akbar.... Allahu Akbar.... Allahu Akbar...
Telah berjaya mengharungi ujian jihad terbesar, melawan hawa nafsu...
Dah masuk Syawal, hiew... (sorakan kegembiraan aku)
Semoga Allah temukan kita lagi pada Ramadhan akan datang... InsyaAllah...
Sama-sama kita istiqamah dan tingkatkan amal...
Mudah-mudahan mendapat keberkatan dan manfaat daripada Ramadhan yang lepas...
Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir Batin Kengkawan...